Mengatasi tantrum anak seperti ibu yang super cool!

Laaa… pasal tantrum lagi? Iye. Saya kupas banyak sikit tentang tantrum ni sebab nak atau tak nak, ini adalah sebahagian besar cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana. Tipulah kalau kata anak tak pernah tantrum.. tu pelik bin ajaib namanya. Apabila kita dah faham perkembangan emosi anak yang normal mengikut umur (boleh ulang baca di sini) dan kita tahu bahawa tantrum ni sebenarnya baik untuk anak (baca di sini), langkah seterusnya tentulah belajar cara-cara mengatasi tantrum.. Khasnya apabila anak tunjuk perangai di tempat awam..masa tu kalau tak kena gaya, boleh bertukar jadi Mr. Hulk Hogan! Hijau menahan marah!

tantrum2

Apa patut kita buat ketika anak sedang tantrum: 

  • Pastikan anak dalam keadaan selamat. Malang tidak berbau. Buatnya anak tengah tantrum di atas escalator dan terjatuh ke bawah?? Nauzubillah.. minta dijauhkan..
  • Cuba tenangkan anak dengan perbuatan non-verbal: maksudnya peluk anak, pegang tangan dia, usap kepala dia.. Moga-moga dengan sentuhan lembut seorang ayah atau ibu boleh menenangkannya.
  • Kalau tak berjaya juga: BIARKAN ANAK LUAHKAN PERASAAN. Anak tengah mengamuk guling-guling atas lantai, jangan pula anda tarik dia, marah atau tengking dia. NO NO NO! Itu hanya tambah masalah. Let it run its course. 
  • Anda perlu masuk mood bertapa masa ni. Fikirkan yang tenang-tenang saja. Sabar.. sabar.. dan sabar lagi.

when little people are overwhelm with big emotion, it’s our job to share our calm, not to join their chaos. 

Apa yang TAK PATUT anda buat ketika anak sedang tantrum? 

  • Mengalah dengan anak. Mengalah di sini maksudnya anda terus beri saja apa yang anak nak. Salah ye! Bila buat macam ni, anda sebenarnya sedang kuatkan mesej pada anak yang dia akan dapat apa saja bila dia mengamuk/menjerit.
  • Buat tak tahu pada anak. Anda biar je anak mengamuk sampai dia penat dan berhenti sendiri.. selepas tu tak ada follow upUntuk elakkan tantrum berulang, sangat PENTING untuk kita bercakap dengan anak, selami apa perasaan mereka dan kenapa dia frust sangat sampai mengamuk? Bila buat begini, kita beri ruang dan ajar anak cara untuk menyampaikan apa yang mereka rasa dengan cara yang betul. Dan mereka juga tahu yang anda ambil berat tentang mereka.
  • Menghukum atau mendenda anak. Anak dah lah sedih sebab tak dapat sesuatu yang dihajatkan, bila cuba pula sampaikan hajat di hati (mengamuk) anda pula buat dono je, tiba-tiba kena marah dan denda lagi.. T_T.  Nampak tak bagaimana keadaan macam ni boleh buat anak membesar jadi lebih pemarah, pendam perasaan hingga akhirnya meletup, ataupun anak bertukar jadi lebih nakal?

    Dont blame them, blame yourself for making them turn to bad instead of just sad. 

  • Tanya anak macam-macam. Boleh tanya, cumanya bukan SEMASA anak tengah tantrum, tapi SELEPAS anak dah tenang semula.

Untuk kesimpulan, saya sediakan senarai semak khas untuk semua (bosan asyik baca bullet point je). Moga bermanfaat!

kendali tantrum anak (1)

 

 

Tantrum anak: 5 sebab kenapa tantrum sebenarnya baik untuk anak anda

Tau tak apa benda yang paling banyak dibualkan oleh ibu bapa bila mereka berjumpa sesama mereka? Kalau tak cerita pasal kecomelan anak masing-masing, pasti mereka akan cerita tentang ‘hebatnya’ anak mereka bila mengamuk/ buat perangai atau tantrum. Tantrum ni sebenarnya adalah kemarahan yang berlaku secara tiba-tiba. Anak mudah tunjuk perangai bila dia lapar, terlalu letih atau mengantuk, berada di dalam situasi yang asing baginya dan boleh jadi juga anak mengamuk sebab apa yang dia hendakkan tak dipenuhi. Anak yang sedang tantrum sebenarnya cuba untuk mengatasi perasaan kecewanya. 

Seperti yang saya pernah sebutkan dalam entry sebelum ini, setiap kelakuan anak adalah cara si kecil memberitahu apa yang sedang dirasainya. Jangan sia-siakan percubaan anak untuk berkomunikasi dengan kita dengan mengecop dirinya degil dan tak mahu dengar kata. Tantrum ni adalah satu perkembangan yang penting dari segi kesihatan mental dan emosi anak. Jom kita tengok apa sebenarnya yang menyebabkan tantrum ni baik untuk anak-anak.

1. Lebih baik lepaskan dari pendam.. betul tak?

Analogi yang mudah adalah apabila kita sakit perut memulas-mulas.. tentu kita rasa lega sangat bila akhirnya dapat ke tandas dan buang semua kan? Better out than in right? Macam tu lah juga dengan tantrum anak-anak ni. Bila mereka menangis dan mengamuk, mereka sebenarnya sedang melepaskan ‘stress’ mereka.

Crying is not the hurt, it is the process of becoming unhurt” 

2. Anak berasa selamat dengan anda.

Anak kecil tak pandai nak manipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, terutamanya kita. Anak kecil tak dilahirkan dengan minda sebegitu. Perasan tak budak-budak yang sedang tantrum ni hanya buat perangai apabila bersama emak/ayah atau penjaganya? Selalu kita dengar yang orang lain puji baiknya anak kita.. tak buat perangai pun bila orang lain jaga.. tapi.. bila emak atau ayahnya balik… ha! All hell break loose! Terus menangis la, tergolek-golek atas lantai, sambil jerit jerit.. padahal tadi elok je. Itu sebabnya anak kecil hanya akan tunjuk ‘perangai terbaiknya’ bersama orang yang dipercayainya sahaja. Jadi, bila anak tantrum depan anda, terimalah ia sebagai pujian paling hebat! You are his most trusted person in this world! 

3. Menangis membantu anak anda belajar. 

Kadang-kala si kecil ni menangis hanya untuk lepaskan perasaan geram dan kecewanya sahaja. Frust sebab tak dapat susun lego jadi bentuk rumah ke, frust sebab tak dapat ambil bola yang termasuk bawah kerusi ke, dan lain-lain. Bila mereka dah lepaskan perasaan geram mereka tu, kemudian mereka akan lebih tenang dan percayalah.. mereka akan cuba fikir dan usaha lagi teruskan apa yang mereka tak berjaya selesaikan sebentar tadi! Jadi, jangan cepat sangat step in bila anak tantrum.. beri masa untuk si kecil tenangkan perasaannya sendiri.

4. Anda kata TIDAK padanya. 

Ini point yang sangat penting. Sayang anak jangan sehingga kita biarkan si anak bermaharajalela buat apa yang dia suka. Adakalanya anak buat perangai sebab anda tak penuhi permintaannya.. contohnya si kecil nak main pisau, main api, atau lompat-lompat atas katil. Itu semua adalah perbuatan yang boleh membahayakan dirinya, jadi bila anda kata tidak padanya, itu sebenarnya sedang mengajar mereka apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh. Berkata TIDAK pada anak kecil bermaksud anda adalah ibu bapa yang baik, tak takut mendidik dan berhadapan dengan proses menjaga yang lebih rumit dan menyusahkan. It’s always easier to give in and said yes to the kids.. but that is wrong. Be firm with your limit and teach them gently why they cannot do it. 

5. Tantrum bantu anak uruskan emosinya dalam jangka masa panjang.

Adakalanya, emosi anak kecil yang tak terkawal ditonjolkan melalui cara lain, seperti bersikap agresif, tak mahu berkongsi barang-barang dengan orang lain, ataupun langsung tak beri kerjasama dalam menyelesaikan kerja-kerja ringan seperti berus gigi, pakai kasut dan sebagainya. Tantrum dalam hal ini membantu anak kecil untuk melepaskan rasa marahnya dengan cara yang lebih selamat dan mudah. (bersabarlah ye ibu bapa sekalian.. beberapa minit je.. jangan kita pula jadi macam si kecil.. ikut jerit sekali)

jurassic park

That is so true.. ISN’T IT? haha! 

Well, the least we could do is just HAVE FUN with it. Enjoy!!

 

Memahami perkembangan emosi anak anda.

Nak jadi ibu bapa ni bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Banyak hak dan keperluan anak-anak yang perlu sentiasa dijaga dan dipenuhi. Sebab itu lah, saya selalu bising dan sedih bila nampak anak-anak terbiar, dibuang atau ditinggalkan di sana sini. Anak manusia ni bukan macam anak kucing, bila nak kita ambil dan bila tak nak kita buang. Untuk membina seorang manusia yang sihat pemikiran dan jiwa raganya, sudah tentulah perkembangan emosi yang sihat memainkan peranan yang penting.

Perkembangan emosi ini merujuk kepada kebolehan untuk mengenal, meluahkan dan mengawal perasaan pada pelbagai peringkat umur. Ia juga merujuk kepada perasaan empati (kasihan, simpati dan memahami perasaan orang lain yang sedang bersedih). Perkembangan emosi kanak-kanak adalah satu perkembangan penting yang banyak bergantung kepada hubungannya dengan ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan.

Seawal umur satu hari, anak kecil amat bergantung kepada ibu bapa/ penjaganya. Saya selalu tekankan betapa ilmu keibubapaan penting dalam proses menjaga dan membesarkan seorang anak. Selain dari menyediakan makan pakai anak, kita juga perlu berikan PERHATIAN & KASIH SAYANG yang secukupnya. Banyak kes penderaan (dera fizikal dan emosi) yang berlaku ke atas anak kecil lantaran dek kerana si ibu dan si bapa tidak faham akan perkembangan emosi anak mengikut umurnya. Apa yang jadi adalah si anak yang disalahkan.

“budak ni nakal sangatlah!” 

“kan ayah dah cakap.. duduklah diam-diam.. ayah nak keluar kejap je.. nanti ayah baliklah!”

“penatnya.. budak ni asyik nangis je.. asyik nak berkepit je..” 

Biasa kan kita dengar ayat-ayat ni? Saya sendiri pun kadang-kadang merungut juga bila anak asyik nak mengendeng je dengan saya.. sedangkan hakikatnya.. apa yang dipinta oleh anak pada masa itu adalah normal bagi perkembangan emosinya.. T_T

Seorang anak akan lebih cepat berkembang emosinya (secara positif) sekiranya kita sebagai ibu bapa: 

  • puji dan berikan sokongan sekiranya anak buat sesuatu yang baik
  • berikan anak perhatian dan kasih sayang 
  • mewujudkan tali ikatan yang kuat antara kita dan anak
  • menyediakan dan membesarkan anak-anak di dalam persekitaran yang selamat dan positif

Seorang bayi berumur 3 bulan akan berhenti menangis apabila diambil dan didukung oleh ibu bapanya. Bayi berumur 6 bulan pula gembira apabila anda melayannya bermain dan mereka juga akan tergelak besar kerana seronok bermain dengan anda. Bagi anak yang berumur 12 bulan pula, mereka akan mula menonjolkan sifat ego seperti mahukan anda hantar botol susunya terus pada tangan mereka dan bukannya letak di tepi.. kalau anda suruh mereka ambil sendiri, alamatnya memang meraunglah si kecil tu.. Bagi yang berumur 2 tahun pula (ada juga yang lebih awal), mereka dah pandai meragam, nangis meraung-raung atau berguling-guling di lantai apabila permintaannya tak dipenuhi.. (panjang kalau saya nak cerita satu satu, jadi boleh rujuk infografik untuk ringkasan perkembangan emosi anak kecil ni).

 

perkembangan emosi

Dengan belajar dan memahami perkembangan emosi yang normal bagi anak kecil, insyaAllah kita akan kurang rasa nak marah atau merungut bila anak ‘buat perangai’. Apa sekalipun, itu anak kita dan mereka adalah tanggungjawab kita. Jagalah mereka sebaik-baiknya.