Sayang anak jelas-jelaskan!

Don’t let yourself become so concerned with raising a good kid that you forget that you already have one. 

Orang kata sayang anak tangan-tangankan. Saya kata sayang anak jelas-jelaskan!

Tak cukup sekadar sayang jika si kecil tak sedar dirinya disayangi.

Bagaimana nak tunjuk sayang?

  1. Jangan asyik disogokkan anak dengan gajet dengan alasan kita nak buat kerja rumah. Jangan disalahkan anak tidak mendengar kata andai kita yang didik anak tidak mendengar sedari awal.
  2. Peluk anak sekerap mungkin. Peluk kejap dan beritahu anda sayang pada mereka.
  3. Bila anak datang minta perhatian, layanlah sekejap hatta sedang sibuk sekalipun (kecuali ada kecemasan). Kerja tak akan pernah habis dan masalah akan sentiasa ada. Tapi anak kita tak akan selamanya kecil dan berharap. Jangan biarkan mereka putus harapan pada kita.
  4. Beri ruang untuk anak bercerita. Tanya dengan penuh minat aktiviti hidupnya. Percayalah, jika hal-hal kecil pun anda tak kisah, janganlah diharap mereka bercerita hal-hal besar kerana bagi mereka, semuanya adalah hal-hal besar.
  5. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu/ ayah adalah doa. Jadi, perhatikan apa yang kita kata.

 

aware

 

Motivasi diri buat semua

Petang tadi rancak saya dan staf unit bercerita kisah lama. Terbuka kisah sewaktu masih bergelar doktor pelatih (houseman).. selalu rasa down sebab banyak benda tak tahu. Kena marah sampai tak ingat nama sendiri, menangis dalam wad, tak boleh tidur malam apabila pesakit yang dijaga sepenuh hati meninggal, pendek kata macam-macam lah. Dicepatkan masa 9+ tahun kemudian, saya sekarang sedang berusaha mendapatkan kepakaran.. (doakan saya berjaya) dan kini bergelar isteri dan ibu.

Saban hari, kita akan sentiasa belajar. Sentiasa diuji dan sentiasa diduga. Pujian itu sendiri adalah ujian. Dan musibah pula untuk kita berfikir. Betulkan niat. Luruskan mana yang bengkok. Tajamkan semangat yang tumpul. Asahkan bakat yang terpendam. Dengan lafaz bismillah, melangkahlah! Tak apa kita jadi orang baru semula. Hakikatnya memang begitu. Takkan habis belajar dan tak akan sempurna. Seperti mana kita tak akan selamanya di atas, seperti itu jugalah kita tak akan selamanya di bawah. Kalau sekarang tak berapa tahu, esok esok kitalah yang pakar. Yang penting terus usaha. Jangan putus doa. Jangan kulai semangat.

Semoga terus maju bak kuda perang. ac3cea42614446d7e50d28d4b28890a6