Menghadapi ‘kenakalan’ anak seusia 2 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar Adam Naufal anak manja saya dah hampir mencecah usia 2 tahun. Belum cukup dua tahun lagi tapi dah ternampak kelibat kenakalan a.k.a Terrible Twos. Sudah pandai memberontak, mengamuk sehingga guling-guling di lantai, berlari bila nak pakai baju, main kubu dan perang-perang biarpun dah lewat malam, dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang terrible lah! Haha. Memang tercabar kesabaran dibuatnya.

Sebenarnya, bila berhadapan dengan apa jua masalah sekalipun, cara nak selesaikan adalah dengan HADAPI ia dan FAHAMI kenapa ia berlaku.

Dari situ, kita akan lebih mudah berlapang dada, dan lebih bagus lagi .. dapat cari penyelesaian terbaik untuk mengubah/menghadapi masalah itu.

Anak kecil yang baru menginjak usia 2 tahun ni bukan saja-saja nak buat perangai. Mereka sebenarnya sedang mengalami satu proses perkembangan otak yang pesat:  perkataan yang mereka faham dan tahu sudah semakin banyak, otot badan semakin kuat jadi bolehla nak buat itu ini dan cuba macam-macam, dan ini fasa di mana mereka belajar untuk mengenal dan menerima apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.

Tup Tup.. emak ayah asyik dok marah, asyik kata TAK BOLEH, dan setiap langkah asyik terhalang.. maunya tak mengamuk si kecil tu.

Si kecil tak buat perangai untuk saja-saja buat ibu bapa mereka marah, sebaliknya mereka nak BERITAHU perasaan mereka (dalam erti kata lain, itulah cara mereka berkomunikasi/ menyampaikan perasaan ‘terbesar’ mereka pada ketika itu).

Tak ada istilah tunggu dalam kamus hidup si manja yang berumur dua tahun ni.Apa dia nak, masa tu juga dia mahu. No delayed gratification for them. Sebab tu bila kehendak mereka tak dipenuhi, mengamuk la jawabnya! Jadi, ibu bapa sekalian, jangan ambil hati ya!

Cara nak atasi kelakuan mereka ni..

1)Beri ruang kebebasan untuk mereka (promote independence). 

Bebas dari segi memilih agar mereka boleh belajar membuat keputusan dan merasai nilai berdikari (yang sangat-sangat mereka idamkan).

Boleh mula dengan perkara yang kecil-kecil dan tak mendatangkan bahaya. Contoh:

a) pilih warna baju yang nak dipakai hari itu.  Kalau takat nak duduk di rumah dan tak perlu hadiri apa-apa majlis, beri mereka peluang untuk pilih apa yang mereka mahu.

b)Tanya pada si manja apa yang mereka nak main (jangan terus disogokkan permainan pada mereka).

c) ajak mereka masak sama-sama (gaul salad/ uli doh/dll.)

Pastikan soalan yang ditanya hanya ada dua pilihan jawapan.

Close ended questions k.

Contoh>>> Nak pakai baju gambar badak ke baju gambar zirafah?

Kenapa >>> supaya mereka ni tak overwhelm dengan soalan dan pilihan. Kita hanya nak didik dan beri peluang mereka rasa kebebasan, bukan nak mereka betul-betul bebas! Ok?

2) Rumah yang mesra permainan. 

Si manja nak buat kubu dengan kusyen sofa, biarkan selagi tak mengganggu orang lain/ merbahaya.

Si manja nak main lompat-lompat? Sediakan alas penahan agar si manja tak cedera dan jauhkan dari bucu-bucu tajam.

Lagi bagus, anda join main skali. Baru betul-betul bonding time!

Memang susah nak buat, tapi jangan lupa..kanak-kanak belajar dari bermain. Jadi, main untuk si manja bukanlah masa yang terbuang sia-sia.

3) Berikan sokongan emosi pada anak. 

Ini paling penting dan paling selalu kita lupakan.

Kehidupan boleh jadi sangat menyeksakan apabila kita kecil. Apabila anak-anak ini merajuk/mengamuk/buat perangai, mereka sebenarnya mahu dipeluk dan disayangi.

Saya suka guna mantra CONNECT INSTEAD OF REDIRECT.  Mengalihkan perhatian mereka ketika mereka sedang tantrum memang bagus. Alangkah bagus lagi bila kita fahami dan berikan makna pada perasaan si manja tadi. Agar si dia mampu untuk mengendali emosi sendiri dengan lebih tepat dan baik.

Trust me, it’ll help you a long way from now. 

Percayalah, ia akan sangat-sangat membantu di masa hadapan.

Akhir kata, jom ubah perspektif kita. Daripada fokus kenakalan anak dan Terrible Twos ni, apa kata kita jadikan ia Tremendous Twos? Fasa umur yang penuh dengan magika dan detik di mana si manja belajar mengenali identiti diri. Barulah yang negative menjadi positif, dan setiap keringat menjadi rahmat!

Mari mendidik dengan ilmu dan sabar!

terrible twos

 

Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak

Mengenali dan meneliti masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak  adalah satu perkara yang susah disebabkan kanak-kanak tak pandai menyuarakan apa yang mereka rasa atau fikirkan.

Biarpun susah, bukan bermakna ia tak boleh dilakukan. 

Alangkah baiknya andai kita para ibu bapa ni lengkapkan diri dengan ilmu, amati anak-anak kita (dan sekeliling) untuk tanda-tanda tingkah laku merisaukan ini, dan bertindak segera. Pengesanan awal boleh mengubah masa depan anak tersebut, malah akan lebih menyenangkan hidup kita.

Ada 7 tingkah laku kanak-kanak yang mungkin berlaku. Ini khas terutamanya untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun (toddler) yang masih lagi belajar mengenali dunia dan diri sendiri. Jom kenali apa yang normal dan apa yang tidak!

Kenali dan rawat awal

1.Tantrum 

Tantrum ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk anak berkomunikasi dengan kita untuk beritahu yang dia ni lapar/ letih/ marah/ tak puas hati. Mereka tak tahu cara bagaimana nak beritahu dengan baik.. so jangan marah ye.

Tantrum ni dikira normal jika ia berlaku sekali-sekala (bukan setiap hari), berlaku selama lebih kurang 5 minit dan kemudian perhatiannya dapat dialihkan kepada yang lain. Menangis, hentak kaki, guling-guling.. tu kira normal.

Yang tak normal adalah bila tantrum mereka ni berlaku banyak kali dalam sehari, dan hampir setiap hari (fuh.. boleh gila kita dibuatnya). Sekali si kecil ni tantrum, laaaama sangat dan anda susah nak alihkan perhatian mereka. Pada masa yang sama, mereka ni juga turut cederakan diri sendiri/ orang lain dan bercakap bahasa yang kasar.

2. Menjerit-jerit. 

Si manja sedang dalam fasa belajar menggunakan dan mengawal peti suara mereka, so menjerit-jerit tu biasalah. Terutamanya jika mereka menjerit bila lapar/ marah/ letih atau pun tak puas hati. Menjerit pun tak lebih 5 atau 10 minit dan berlaku sekali-sekala.

Tapi… awas jika anak selalu menjerit beberapa kali dalam sehari, berlaku SETIAP hari, melebihi 25 minit dan disertai dengan kelakuan yang membahayakan.

3. Mencederakan diri.

Ini berlaku bila kita tak nak ikut apa yang mereka nak/ mereka betul-betul tak nakkan sesuatu, adakalanya mereka ni berguling-guling di lantai dan menggelupur. Kalau mereka ni cedera atas tindakan yang tidak disengajakan, then it’s ok. Yang merisaukan adalah apabila kecederaan adalah serius (sehingga berdarah contohnya), dilakukan berulang kali atau sengaja dilakukan tanpa sebarang provokasi. That’s a MAJOR red flag! 

4. Mencederakan orang lain 

Berdasarkan kajian, tingkah laku kasar toddler ni memuncak sewaktu umur dua tahun. Sebab tu lah ada perkataan terrible two. Orang tak sebut suka-suka tau. Ada sebabnya.. Sewaktu fasa ni, kanak-kanak biasanya lebih agresif terutamanya bila nak rebut balik mainan atau pun sewaktu nak tunjukkan kemarahan.

Tendang/ tampar/ baling barang sewaktu marah/ tak puas hati adalah normal. Menggigit bila cuba nak rampas barang dari seseorang pun normal.

Apa yang tak normal adalah apabila si kecil menggigit/ memukul beberapa kali dalam seminggu, tindakan kasar mereka ni semakin lama semakin dahsyat, dan mereka ni tak takut langsung bila berkasar dengan orang lain. Kadang-kadang, tak ada sebab (provokasi) pun mereka ni mengganas. Awas ye!

5. Risau apabila berpisah (separation anxiety). 

Ini pun normal bila mereka menangis untuk beberapa minit bila berpisah dengan anda ataupun mereka cuba berpegang pada anda.. tapi sekejap je perhatian mereka dah boleh dialihkan.. Tapi.. kalau nangis melampau sampai lebih setengah jam.. pastu anak jadi panik/ risau sangat, kita khuatir anak ada masalah anxiety ataupun ada kemungkinan anak didera oleh orang yang kita tinggalkan tu.. Penderaan ada banyak jenis tau.. bukan setakat penderaan fizikal je kita kena waspada. Kalau anak betul-betul tak nak pada orang tu, cuba selidik kenapa.

6. Tidak menunjukkan rasa sayang (affection) . 

Bila anak tak respon/ tak mahu langsung disentuh biarpun tengah penat/ sedih.. kemudian nampak emosi terganggu bila disentuh/ dipeluk/ dicium ataupun tak menunjukkan sebarang minat untuk berada bersama orang lain.. silalah risaukan anak itu ye. Cepat-cepat rujuk anak untuk perhatian pakar supaya kita boleh tahu apa masalah sebenar yang sedang berlaku.

7. Mengasingkan diri.

Ada sesetengah anak memang jenis yang pemalu ataupun introverted. Jadi mereka perlukan masa yang agak lama untuk membuka hati dan selesa dengan orang lain yang tak dikenali. Ada juga anak yang lebih suka bermain sendiri/ dengan orang dewasa yang dipercayai dan tidak sukakan suasana orang yang ramai/ bising. Ini NORMAL.

Tapi, jika mereka ni kanak-kanak yang sifatnya peramah dan ceria.. kemudian tiba-tiba je tukar perangai dan asingkan diri, ini pelik dan merisaukan. Ataupun mereka selalu nampak letih/ langsung tak berminat untuk berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri.. ini pun tanda-tanda yang merisaukan.

Jika ada yang menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan tersebut, cuba perhatikan anak dengan lebih terperinci (lebih kurang seminggu) dan catat kekerapan, jangka masa dan punca tingkah laku tersebut.. dan kemudian RUJUK pakar kanak-kanak/ kesihatan mental untuk tindakan selanjutnya.

tingkah laku kanak-kanak

tingkah laku kanak-kanak (1)

PENGESANAN AWAL SANGAT MEMBANTU MEMPERBAIKI MASA DEPAN ANAK ANDA.

jadi, sebar-sebarkan untuk pengetahuan kita semua!

Semoga bermanfaat!

 

 

Anak sakit nak tumbuh gigi?

Anak tumbuh gigi adalah satu keadaan yang sangat ditunggu-tunggu (ye ke?). Senyum comel mereka tu bertambah manis dengan hiasan gigi sebatang dua.. rasa macam seronok je dengar anak gelak terbahak-bahak sambil tayang gigi mereka.. tapi..! sementara nak keluar gigi tu.. dia punya seksa.. masyaAllah! Ada anak yang cool je, paling kuat pun merengek sikit waktu tidur+air liur meleleh.. tapi ada juga yang meragam saban masa+tak boleh tidur malam+demam. Oh! Serena Williams pun tweet tau pasal perasaan hopeless nya dia melihat anak sakit nak tumbuh gigi.

 

Jadi, kenapa sakit ye? 

Dah tentulah, gigi kan keras.. proses nak keluar dari gusi tu menyebabkan gusi si manja jadi bengkak dan meradang a.k.a sakit!

Berapa lama sakit nak tumbuh gigi ni? 

Dari permulaan gusi membengkak sehinggalah bengkak surut semula (selepas gigi keluar dari permukaan gusi). Tak ada jangka masa yang tepat tapi secara purata dalam seminggu untuk SEBATANG gigi.. so, kalau anda check mulut tengok ada bayang 4 batang gigi nak keluar.. so kalilah berapa hari.. dan anda sendiri pun boleh agak kenapa anak anda meragam sangat sepanjang tempoh tu.. (god bless you.. semoga dipermudahkan..). Pengalaman saya dengan Adam, gigi pertama keluar waktu Adam umur 7 bulan.. dan paling lama gigi dia nak keluar (dari gusi bengkak dan ada bayang gigi hinggalah keluar sepenuhnya) satu bulan. Tapi nasib saya agak baik sebab Adam termasuk golongan yang cool tadi.. baju+tudung je lah basah kena air liur dan tangan kena gigit bila Adam rasa tak selesa (sakit ya amat!! Tapi better saya yang sakit dari dia.. Saya sure emak bapa yang lain pun ada sentimen macam saya jugak )

Apa waktu umur yang sepatutnya gigi keluar? 

Tak ada jangka waktu yang tepat gigi keluar. Selalunya, paling awal umur 6 bulan. Paling lambat, umur 2 tahun 1/2. Kadang-kadang gigi tak keluar lagi tapi bayi dah nak makan benda-benda keras/ suka menggigit.. itu petanda awal gigi dah nak keluar.

Macam mana nak tolong hilangkan kesakitan si manja? 

Kita tak dapat nak hilangkan sepenuhnya tapi kita dapat KURANGKAN sakit si manja. Caranya?

  1. Urut gusi anak yang membengkak. Pastikan tangan bersih atau gunakan kain lembut yang bersih.
  2. Beri anak teether untuk digigit. Lagi best kalau disejukkan dulu (letak sekejap dalam bahagian bawah peti ais; bukan dalam bahagian sejuk beku). — Cara ni tak jalan dengan anak saya.. saya ganti dengan ketulan ais batu.. baru ok. tapi hati-hati, jangan bagi besar sangat dan jangan terlampau banyak.  Limit satu dua je sebelum tidur.
  3. Bagi anak makan makanan keras (Contoh: biskut bayi yang dibuat khas untuk melegakan teething pain.) — yang ni Adam suka sangat!
  4. Pastikan air liur dilap selalu. — ini penting. Dalam kes Adam, kadang-kadang air liur tu sampai meleleh ke leher, bercampur dengan peluh menyebabkan kulit Adam meradang. Kesian Adam tergaru-garu.
  5. Boleh ke bagi ubat Paracetamol a.k.a ubat demam? Paracetamol ni adalah ubat tahan sakit yang selamat untuk si kecil. Kalau nak bagi sebagai ubat tahan sakit, pastikan anda BETUL-BETUL PASTI  anak merengek (dan/atau demam) disebabkan oleh sakit nak tumbuh gigi.. dan pastikan anda beri DOS yang BETUL. Kalau tak pasti, rujuk kepada doktor. Habis cerita.
  6. Boleh ke guna teething gel? — dulu-dulu, yang famous Bonjela.. Pakar kanak-kanak tak galakkan guna. Takut bayi tertelan. Bukan apa, gel ni selalunya ada local anesthetic (ubat tahan sakit) , dan kesannya sekejap saja disebabkan oleh bercampur dengan air liur anak (yang sememangnya banyak masa tu).

Kalau terpaksa guna juga:  

  1. Pastikan ia gel yang TIDAK ditambah sebarang gula (sugar-free) dan gel itu memang dibuat khas untuk bayi. Sebabnya, gula boleh menyebabkan gigi reput (tooth decay) .. Kan kesian.. tak sempat gigi nak keluar, dah terdedah dengan risiko mereput.. T_T
  2. JANGAN GUNA LEBIH DARI YANG DISYORKAN. 
  3. Jika anak anda berusia 4 bulan ke bawah, sila rujuk doktor terlebih dahulu. 

Dan yang terakhir.. yang paling penting.. TLC! TENDER LOVING CARE! 

7. Rajin-rajinlah peluk anak, peluk cium dengan penuh kasih-sayang. Kemesraan dan kelembutan anda pada si manja akan buat si manja jadi lebih selesa dan rasa difahami. Bila anak selesa, ibu gembira. Dan bila ibu gembira, ayah tak pening kepala! betul kan? Hehe.

teething pain

Yang baik kita kongsikan dan sama-sama amalkan!