Anak bosan? Jom ke DIY!
Siapa yang pernah jaga budak-budak mesti tahu, mereka ni memang penuh dengan tenaga. Lari sana, lompat sini, baling itu, gigit ini. Pendek kata, kerja teruk di luar panas tanpa makan minum 8 jam pun jauh lebih senang dari menjaga budak seorang.
Jadi, sebagai ibu bapa yang bijak, kita kenalah sediakan aktiviti yang membina untuk mereka ni.
Bukan bagi gadget untuk main, bukan letak anak bersila depan tv, tapi sediakan aktiviti yang merangsang minda dan tumbesaran mereka. Mesti ada orang kata.. mahal la nak beli semua tu. Haa.. meh sini cheq nak habaq.. JOM PERGI DIY! bukan saja murah, banyak pilihan, malah DIY pun ada di mana-mana! (disclaimer: saya bukan duta DIY ye)
Untuk anak saya Adam yang baru setahun+, ada beberapa sensory play yang boleh buat Adam occupied. Dan bahan-bahannya tak susah pun, cari je di DIY. Yang penting kena kreatif dan usaha sikit je.
1. Main bola bertangkai. Anak saya memang minat gila main bola. Macam-macam jenis bola ada kat rumah. Saya belikan bola ni (harga RM 3.30) supaya senang tangan Adam yang kecil tu pegang bola ni sambil jalan kaki ke taman. Ajar anak tanggungjawab sambil latih gross motor function skali. Bola bertangkai ni bila dibaling dia tak pergi jauh, sebab tangkai tu tambah daya geseran, jadi senang anak kecil nak kejar dan ambil.
1. Susun bola dalam bekas doh buat muffin. Mudah, ringkas, dan tak mengotorkan rumah. Anak pun boleh berlatih gross motor function and spatial recognition. Harga bola-bola kecil ni? Tak sampai RM5. Harga bekas doh – kurang RM 10. Masa anak main ni – lebih kurang 20 minit. 20 minit dah boleh masak sayur tau!
2. Buku bergambar yang comel dan murah! Punyalah banyak buku bergambar kat DIY ni. Dari awal dah boleh ajar anak buat pilihan, buku yang mana lebih menarik perhatian si anak. Buku yang saya beli ni harga dia RM3.50 je. Kertas kualiti bagus pula tu. Kalau harga macam ni, tak sakit hati sangat bila anak koyakkan buku. Yang penting, bagi anak biasa dengan buku dulu.
3. Sesi buat kuih. Boleh bagi anak tolong tekan bentuk kuih/biskut yang nak dibuat dengan loyang-loyang plastik yang super cute ni! Mungkin lantai akan kotor sket dan anak akan comot.. tapi kan semua tu boleh dibasuh?pengalaman main tepung dengan anak sambil uli doh comel ni tak terharga tau! ni antara permainan yang bagus untuk rangsang daya sentuhan anak.
4. Makan spageti berwarna-warni. Yang ni boleh beli mangkuk plastik yang tahan lasak je la kot di DIY. Spageti dan pewarna perlu beli di tempat lain. Anak boleh makan sambil belajar sentuhan yang baru dan menyeronokkan. Akan occupy masa anak dalam 15-20 minit.
5. Cabut pelekat daripada pintu. Yang ni mudah dan senang. Just beli pelekat yang ada corak, lekatkan pada pintu atau dinding (pastikan bukan jenis yang dicat mudah tanggal), dan tinggalkan sikit tepi untuk anak tarik keluar. Jangan terkejut game macam ni boleh buat anak leka hampir setengah jam! Boleh latih kekuatan tangan khasnya pergelangan tangan, fine motor skill (penggunaan ibu jari) dan menggunakan kedua belah tangan.
Ada banyak lagi permainan ringkas yang kita boleh buat dan sediakan untuk si manja bermain.
Selamat mencuba!