Peranan ibu bapa apabila anak dijangkiti penyakit berjangkit…

Baru-baru ini saya dan keluarga berpeluang makan besar di kampung. Memang meriah, kecoh dan seronok! Almaklum ramai budak kecil, lari ke sana sini. Tapi sayangnya, dalam pada duduk bersembang-sembang tu, terperasan pula si kecil berdua ni. Yang seorang senyap je, melepek dengan emaknya. Yang lagi seorang tergaru-garu. Kita sebagai warga prihatin (dan ada latar belakang perubatan) ni pergilah bertanya. Nah! terkejut saya. Seorang tu demam campak dan lagi seorang pula kudis buta (kedua-duanya boleh berjangkit).

Jadi dilema sekejap.. T_T

  1. Apa nak buat dengan situasi masa tu di mana ada ramai budak kecil yang terdedah kepada dua jenis penyakit berjangkit ni? (dalam suasana keramaian yang ramai orang berkumpul dan masing-masing dah lama tak berjumpa, keadaan ini perlu dikendalikan dengan penuh berhemah dan teliti.. jangan sampai ada yang kecil hati dan terluka!)
  2. Bagaimana nak menasihati keluarga si kecil ni dari segi penjagaan anak mereka?
  3. Bagaimana nak elakkan penyakit si kecil berdua ni dari menjangkiti anak saya dan anak-anak kecil yang lain?

Akhirnya, saya sampaikan serba ringkas mesej kesihatan pada kedua-dua keluarga berkenaan. Yang paling penting, BAWA ANAK KE KLINIK untuk terima rawatan yang betul dan ASINGKAN ANAK DARI BUDAK-BUDAK LAIN dan tempat keramaian. Sebab apa? Sebab penyakit yang anak mereka hadapi biarpun tak teruk atau merbahaya pada nyawa mereka, tapi IA PENYAKIT BERJANGKIT! Kesian dengan anak kecil lain ataupun orang lain yang berimuniti rendah terdedah dan berisiko menghidapi penyakit yang sama. It really is not fair to them and the rest. 

Dan seterusnya, amalkan gaya hidup yang bersih seperti rajin cuci tangan (tangan sendiri dan juga tangan anak), kerap tukar cadar/tuala anak, dan ajarkan anak agar jangan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, baju dan berus gigi. (oh please.. don’t get me started on oral hygiene. berbuih mulut nanti nak cerita.. huhu).

anak ada peny berjangkit

Kesihatan anak adalah tanggungjawab bersama. Bukan setakat kita sebagai ibu bapa yang perlu ambil berat soal kesihatan anak, warga komuniti yang lain pun perlu ambil berat sama. Contoh mudahlah, rumah kita bersih tapi rumah jiran sebelah penuh bekas air kosong dan jadi tempat pembiakan nyamuk.. bolehke kita nak pastikan yang nyamuk rumah sebelah takkan gigit kita dan anak kita di rumah sebelah ni? Iye tak?

Jadi, semua orang perlu ambil berat dan jalankan peranan masing-masing.

After all, it takes a village to raise A kid. 

Jadilah warga komuniti yang prihatin. Bersama kita boleh!!

 

 

sekali marah, 5 kali sayang!

biasa kan emak ayah bila penat terlepas marah kat anak.
lepas tu rasa bersalah.

nak ulang balik masa tak boleh..
jadi nak buat macam mana ye?

SEKALI MARAH, LIMA KALI SAYANG. 
ingat mantra ni.
bagi setiap kali anda buat anak sedih, untuk ‘padamkan’ rasa sedih mereka tu.. anda kena bagi 5 kali rasa positif pada anak.

sayang-page-001

Peluk anak kuat-kuat ke.
Sebut mak sayang ke.
Masak makanan yang anak suka ke.
Baca buku kegemaran anak ke.
Atau turun bermain di lantai bersama anak. Lutut ke lutut. Dahi ke dahi.

Ini bukan main petik tau.
Ini hasil dari kajian saintifik.

#MendidikDenganIlmu
#CuddleCare
#KeluargaBahagia

Bila berlaku kematian di dalam keluarga..

Minggu ini adalah minggu muhasabah dek kerana banyaknya peringatan kematian menyelubungi kami T_T. Kami sendiri nyaris kemalangan di jalan Sungai Tua demi mengelakkan seorang penunggang motosikal yang bergesel dengan kereta di jalan setentang kami. Banyak perkara yang bermain di fikiran masa tu, tapi alhamdulillah bukan masa kami lagi, dan anak kami juga sihat dan selamat. Hari ini dikejutkan dengan berita bakal kehilangan seorang sahabat yang amat baik dan banyak berbudi. Bakal meninggalkan anak sekecil 3 bulan dan isteri yang setia mengharapkan keajaiban. Mohon doakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga.

Bila berlakunya kematian dalam keluarga.. memang anak-anak lah yang paling terkesan kerananya. Biarpun mereka masih kecil, tak mampu menyuarakan perasaan, hakikatnya mereka juga turut merasa kehilangan. Apatah lagi yang hilang itu adalah pelukan kejap si ayah yang penyayang, si ibu yang lembut mendampingi atau sahabat rapat teman gelak menangis mereka (kes maahad tahfiz terbakar). Anak kecil yang berhadapan dengan kematian ini menunjukkan reaksi kesedihan mereka bergantung pada umur mereka, sejauh mana rapatnya mereka dengan yang meninggal itu dan apakah sokongan yang mereka terima. Sebaiknya kita sebagai ahli keluarga terdekat atau masyarakat sekeliling membantu si kecil ini sebaik mungkin. Bagaimana nak bantu? Secara ringkasnya adalah teknik 4C. 

1. Communicating (berkomunikasi) 

Amat penting kematian orang yang tersayang disampaikan kepada si manja dengan bahasa yang jujur, jelas dan mudah. Bila sebut kematian, anak kecil mungkin tak akan faham sepertimana orang dewasa faham.

Iaitu mati adalah universal (semua orang pun akan mati), irreversible (kekal selama-lamanya) dan non-functional state (maksudnya si mati tidak boleh buat sama seperti yang hidup. Contoh: makan, minum, bersekolah).

Anak semuda usia 4 tahun sudah boleh memahami bahawa kematian adalah sesuatu yang kekal (bermaksud mereka tidak akan dapat berjumpa lagi dengan yang telah meninggal).

Jangan sama sekali tipu si kecil! Ini hanya akan lebih memburukkan keadaan dan kita sendiri pun akan lebih sedih dan terasa hati apabila anak asyik bertanya di kemudian hari.

2. Care (kasih dan sayang). 

Setiap kanak-kanak memberi respons berbeza terhadap kematian dalam keluarga. Ada yang akan menangis, ada yang akan bertanya soalan, ada juga yang langsung tak ada tindak balas. Semua tu OK. Teruskan bersama mereka, peluk mereka, berikan jaminan yang anda ada di sisi mereka dan mereka tidak akan ditinggalkan. Kesedihan yang menyelubungi kematian (grief) boleh jadi satu pengalaman yang sangat sunyi dan menyeksakan tak kira bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Jadi, berikan masa. Amat penting bagi seorang anak kecil yang kehilangan tempat bergantung kekal merasa selamat dan disayangi (biarpun bukan dari pihak kita yang kehilangan pasangan, perasaan selamat, dijaga dan dihargai itu mesti diteruskan dan dibaja oleh ahli keluarga yang lain).

3. Continuity (rutin kehidupan).

Ini SANGAT SANGAT PENTING! Cuba sedaya upaya memastikan rutin asal anak tidak terganggu, khasnya bagi yang bersekolah. Pastikan pihak sekolah diberitahu awal agar proses anak bersekolah dapat diteruskan dengan lancar dan mereka pun dapat membantu memberi sokongan di mana perlu.

4. Connection (hubungan dengan keluarga)

Apabila ada ahli keluarga yang meninggal, adakalanya keluarga akan jadi seperti kehilangan dan tidak sempurna. Amat penting bagi anak kecil untuk masih berasa yang dirinya masih terikat (connected) kepada yang telah meninggal dan juga anda yang masih hidup di sampingnya. Bantu mereka untuk mengingati yang telah pergi dengan recall dan berkongsi memori indah bersama si mati. Tindakan melarang anak kecil menyebut nama si mati adalah salah dan malah ini akan menyebabkan trauma emosi mereka menjadi lebih teruk. Jika anak kecil nak bermain hatta ketika sedang upacara pengkebumian sekalipun, biarkan mereka bermain. (mungkin perlu dialihkan sekejap dari majlis agar tidak mengganggu majlis). Itu adalah terapi untuk mereka.

Ada tiga soalan penting yang mungkin tidak tertanya oleh si kecil tapi MESTI anda jelaskan pada mereka, kerana inilah yang akan bermain di fikiran si kecil:

  • siapa yang akan jaga mereka?
  • adakah mereka pun akan jatuh sakit dan mati juga?
  • adakah kematian si ibu/ayah adalah disebabkan oleh mereka?

grieving

Yang penting bagi kita selaku ahli keluarga dan masyarakat sekeliling, pastikan mendapatkan bantuan sekiranya anak kecil yang berhadapan dengan kematian orang yang penting dalam hidup mereka ni menunjukkan tanda-tanda amaran seperti:

  • susah/ tak mahu bercakap
  • bertindak ganas
  • mengalami tanda fizikal yang kerap dan tidak ada punca sebenar seperti sakit kepala/ sakit perut.
  • masalah tidur/ masalah pemakanan
  • tidak dapat menumpukan perhatian di sekolah
  • berasa bersalah melampau
  • tingkah laku merosakkan diri sendiri

Apa sekalipun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah berikan kekuatan, kesabaran dan jalan keluar terbaik bagi mereka yang berhadapan dengan situasi ini TT_TT.

Sesungguhnya, kematian itu dekat. 

Adakah kita mengambil iktibar daripadanya?

Semoga secebis ilmu ini bermanfaat pada kita.