Hari minggu adalah hari keluarga berhibur – Jadikan ia satu tradisi keluarga yang membina!

Bagi yang ada anak-anak, masa cuti hari minggu la selalunya nak cover balik masa dengan keluarga. Saya nak cadangkan untuk kita sama-sama jadikan hari minggu sebagai hari keluarga berhibur. Jadikan ia sebagai tradisi keluarga yang membina! Kenapa ye? Sebabnya, kebanyakan dari kita sibuk bekerja, membanting tulang mengerah keringat demi mencari rezeki halal buat keluarga dan anak-anak. Tak kisahlah anda kerja bagaimana (waktu pejabat atau tak), saya yakin bila anda balik kerja mesti super exhausted kan? Masa kerja dah penat otak dah, campur waktu stuck kat atas jalan raya lagi? Fuhh!! Memang rasanya balik tu kalau boleh nak capai bantal terus tidur je kan?

Perlu diingatkan, masa yang BERKUALITI dengan anak-anak lebih penting daripada KUANTITI. 

But, it never hurts to try right? Those ‘extra’ time might earn you more favors from the kids. 

Apa yang dimaksudkan dengan tradisi keluarga ni? Maksudnya, kita jadikan ia satu upacara WAJIB untuk semua ahli keluarga. Jadilah ribut ke, hujan ke, MESTI kena buat.

Percayalah, biarpun acaranya simple, tapi memori kebahagiaan keluarga yang tercipta tu akan kekal bersama anak-anak hingga mereka dewasa. Malah, mungkin disambung pula ke generasi seterusnya!

Contoh tradisi keluarga ni macam-macam:

  • sambut harijadi anak-anak setiap tahun
  • tulis kad raya bersama untuk atuk opah yang jauh di kampung
  • rakam suara bersama untuk setiap malam sambut tahun baru
  • kotak memori di mana anda tulis sepucuk surat setahun untuk anak-anak (ala-ala cerita Kuch Kuch Hota Hai tu..
  • dan lain-lain

Perasan tak event kat atas ni setahun sekali? Untuk lebih uhmph!.. apa kata kita mulakan satu tradisi keluarga yang baru yang kita boleh buat selalu? Cara mudah.. manfaatkan setiap hujung minggu!

Jom tengok apa yang kita boleh buat dengan setiap hari minggu yang ada-

1.Aktiviti berjalan kaki/ berbasikal/ main kasut roda/dan lain-lain di taman. Nak lagi power, masukkan satu keluarga join fun run. (*ini aktiviti keluarga kami =).. well, technically not yet a tradition coz this is our first ever event as a family including our little boy, but its a step closer to goal!) Aktiviti yang sihat, selalunya tak pakai kos yang banyak, dan anak-anak pun gembira sebab boleh keluar rumah!

IMG-20170910-WA0042

2. Menanam pokok bunga di laman. Bagi anak sorang satu pasu untuk dijaga dengan tanda nama sekali. Mesti mereka suka!

3. Bagi yang suka berjalan, tak perlu pergi jauh-jauh untuk berasa seronok. Yang penting, dapatkan elemen suprise dan travelling dengan meneroka tempat-tempat baru berdekatan dengan tempat tinggal anda. Ada banyak tempat yang menarik dan percuma yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur, Selangor dan negeri berdekatan. Hanya perlu kreatif dan berani mencuba! (*ini pun aktiviti keluarga kami ^w^)

IMG_20161008_183819.jpg

4. Memasak makanan baru bersama-sama. Kalau anda jenis yang biasa makan makanan Melayu, mungkin boleh cuba belajar masakan Barat? Jawa? Buat roti ke? Apa-apa je pun boleh. Kalau masak menjadi, dapat makan — alhamdulillah! Kalau tak jadi? Pastikan ambil banyak gambar semasa proses memasak dan bukukan. nanti bila rasa nak gelak besar kemudian hari, boleh buka balik gambar-gambar ni.. menarik kan?

5. Bagi yang suka duduk di rumah, boleh buat movie time. (* ini pun salah satu aktiviti keluarga kami) Pilih satu filem yang sama-sama seisi keluarga boleh tengok, sit back and enjoy. Sambil-sambil tu, nak makan popcorn pun boleh. Nak pause untuk pergi tandas pun senang. Sekali-sekala, cerita dengan anak-anak kenapa itu kenapa ini.. kalau mereka tanya, lagi bagus! Layankan! Biar bercambah minda dan bertambah komunikasi dua hala.

Anda ada idea lain? Jom Kongsi di sini!

Semoga keluarga kita bertambah bahagia dan sihat selalu!!