Menyambut hari ibu di kala pandemik.

*ini sekadar luahan kisah seorang ibu yang turut bergelar frontliners*

Bekerja sebagai seorang doktor di bahagian kesihatan awam membawa saya kepada satu pengalaman yang tak mudah dilupakan. Melihat bagaimana kebanyakan negara termasuklah bumi Malaysia tercinta, satu-persatu terkesan dengan pandemik COVID19 dan menutup sempadan mereka. No more world without borders. Arahan kawalan pergerakan (movement control order) dilaksanakan dan tatkala orang lain berada di rumah, saya dan suami pula sebaliknya (kami dua-dua orang kesihatan). Cuti kami dibekukan dan anak ditinggalkan bersama jiran yang sudi menjadi pengasuh sementara taska ditutup. Saya masih ada ibu bapa yang tinggal berdekatan, tapi apabila memikirkan risiko jangkitan COVID19 kepada golongan yang berumur, saya dan suami akur kepada situasi ketika itu. Tak mahu virus itu dibawa pulang dari tempat kerja dan menjangkiti orang tua kami. Mujur Allah datangkan pengasuh yang baik dan sudi menjaga anak kami.

Hari-hari berikutnya menyaksikan saya sering pulang lewat malam. Tinggal di kawasan zon merah, kes memang bertali-arus. Ambulans sambung-menyambung hantar kes ke hospital. Telefon pun tak lepas dari tangan. Operasi menyaring pesakit pula memang sentiasa ada. Dari kontak rapat, kluster tabligh, kluster istana, kluster luar negara, kluster pasar borong hinggalah ke rumah jagaan orang tua. Kami masih teguh berjuang demi negara. Alkisahnya, bila balik ke rumah, badan (dan otak) memang keletihan dan cari katil saja.

Dan di sini, bermulalah episod tantrum si Adam. Merengek minta perhatian. Buat perangai minta disayang. Sedih sangat rasanya masa tu. Peluk cium bau masam anak tu lah jadi penawar segala keletihan kerja sehari-hari. Tak dapat saya bayangkan bagaimana teman-teman seperjuangan yang mana anak-anak mereka tiada di sisi (kerana dihantar untuk dijaga orang tua di kampung). Kesian juga pada suami, rumah asal kemas (yang selalunya tak kemas pun) dan makan minum seadanya (selalu beli saja). Anak memang suami yang hantar dan dia jugalah yang mengambil dari rumah pengasuh. Pengorbanan seorang suami menerima seadanya keadaan tugas saya yang sangat mendesak. Sebuah pengorbanan yang pada saya tak ternilai harganya. Saya ada banyak sesi one-to-one dengan Adam. Peluk dia. Dan saya selalu ceritakan pada nya apa kerja saya, ke mana saya pergi, apa yang saya buat di lapangan dan yang paling penting apa tujuan kerja saya. Biarpun umur Adam tak sampai 4 tahun, tapi dia faham tugas emak ayahnya di luar. Berjuang untuk negara. Sampai si kecil tu pun boleh bagi ‘pesanan penaja’ pasal virus dan etika batuk. ^w^

(point sy: Sampaikan maklumat yang sebetulnya dan jangan berahsia dengan si kecil. Biarpun kefahaman mereka tak sedalam orang dewasa, tapi jangan disangka yang mereka ni tak tahu langsung. Mereka faham asal saja kita jelaskan dalam bahasa yang mudah untuk mereka faham).

PS: Terima kasih hubby. For everything <3. 

Fast forward two month later. We are here with cases coming down (but work still as much as before). Dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (ada sedikit kelonggaran). I’m happy to note that we’re surviving (thank you very much) and healthy and happy we still have each other to go home to. Pengajaran paling penting yang saya dapat dari pandemik ni adalah perspectives. Buruk kaca mata kita, buruklah pandangan yang kita nampak. Kemusnahan, kematian dan kesengsaraan. Tapi jika baik pandangan kita, biarpun ada sisi hitam yang mencela, sisi baik itulah yang kita kedepankan. Lihat kepada apa kebaikan yang kita dapat dari semua ini.

  1. Betapa setiap saat (secara virtual atau realiti) bersama keluarga itu sangat berharga.
  2. Mujur juga pandemik ni berlaku di sangat dunia maju dengan teknologi. Mudah untuk kita bervideo call, tele-conference dan sebagainya. Yes, we are two world apart, yet we’re close to heart gitu..
  3. Tak banyak benda yang kita perlukan untuk hidup sehari-hari. Banyak sebenarnya harta kita ni.
  4. Bagi yang tinggal di rumah or work from home, pandemik ni mengajar kita untuk lebih kreatif dengan masa dan tugas yang ada. Never say never!

All in all, we’re good here.

happy mothers day

=================

Semoga kesihatan dan kebahagiaan ini dikekalkan dan dirahmatiNya.

Jaga kesihatan diri ya semua.

Salam Hari Ibu buat ibu-ibu walau di mana jua anda berada.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jauhkan COVID-19 dari anak-anak!

Salam semua. Maaf kekangan kerja yang sangat mendesak menyebabkan ‘bersawang’ sekejap laman blog ni. I have so many things to share, but unfortunately duties called. Untuk yang tak tahu, saya adalah seorang ibu anak satu dan juga seorang doktor di bahagian kesihatan awam.

My utmost duty is to protect the people’s health. 

and this blog is just a small way i’m giving back to the community.

Dunia sedang panik dengan ancaman COVID-19, dan bilangan kes semakin mencanak naik. Malaysia pun tidak terlepas dari ditimpa bencana ini. Saya doakan dan saya berharap para pembaca dan keluarga tersayang semuanya sihat belaka dan dijauhkan dari COVID-19.

Virology Lab Work As Europe On Coronavirus High Alert

Bagi yang rajin mengikuti perkembangan kes COVID-19, baik di Malaysia mahupun di negara lain, pasti anda perasan bilangan kes di kalangan kanak-kanak adalah sangat sedikit, lebih kurang 2% berbanding jumlah kes keseluruhan sedunia. Apa sebabnya masih tidak kita ketahui secara jelas, namun kita bersyukur kerana somehow this disease spares the newborns, the kids, and pregnant ladies – antara 3 golongan yang selalunya berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit. Setakat ini, data dari World Health Organization (WHO) menunjukkan golongan tua adalah golongan yang paling berisiko mendapat jangkitan dan mengalami komplikasi penyakit sehingga membawa kepada kematian.

That being said, the youngsters are the ones who easily caught the infection and risks spreading it to the community. Ya! Orang muda lah yang lebih mudah dijangkiti (gejala tidak teruk) tetapi menjadi punca perebakan di kalangan masyarakat.

Apa sekalipun, langkah menjaga kebersihan diri melalui amalan cuci tangan dengan air bersih yang kerap, & menjaga etika batuk adalah yang paling murah dan senang diamalkan. Bukan saja COVID-19, penyakit lain juga boleh dielakkan, jadi jangan ambil mudah ya saranan Kementerian Kesihatan ni! Pemakaian topeng muka atau face mask membantu mengurangkan transmisi jangkitan tetapi cara pemakaian mesti betul. Kalau anda boleh selesa dengan topeng muka dari pagi ke petang, ada kemungkinan cara anda pakai salah.

  1. Bahagian berwarna MESTI dipakai di bahagian luar.
  2. Topeng mestilah menutup muka DAN hidung.
  3. Bahagian yang berwayar perlu ditekan di hidung (untuk exact fit to face)
  4. Ikat dan pakai dengan kemas.
  5. Bila dah rasa lembap dengan nafas/bersin anda, sila ganti ya. Buang face mask yang telah dipakai ke dalam tong sampah yang BERTUTUP.
  6. Jika anda buka topeng muka untuk sementara, jangan letak merata-rata, khasnya di atas meja ataupun peralatan makanan (dah ada kes ye berlaku di Hong Kong).
  7. Jika anda bersin dan tutup dengan tangan/tisu, sila buang tisu berkenaan terus ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN ANDA sebelum memegang apa-apa peralatan.
  8. Your hands stay below the shoulder. Dalam erti kata lain, elakkan memegang muka/hidung dengan tangan anda. Droplet COVID-19 dari persekitaran yang telah dicemari boleh bertahan beberapa jam dan menjangkiti anda sekiranya ia masuk melalui hidung/mulut.

Langkah pencegahan terbaik adalah kerap mencuci tangan dengan air bersih dan sabun. 

Untuk anak-anak, boleh mulakan amalan mencuci tangan ini di rumah. Bila anak dah biasa buat, tak susah untuk kita cuba hindarkan anak-anak dari penyakit berjangkit, khasnya yang merebak melalui udara/sentuhan dengan droplets/ permukaan yang tercemar.

Please stay safe everyone. Tune in to your ministry of health’s website/social media to get yourself updated with the current situation (STAY AWAY FROM FAKE NEWS PLEASE), and please limit your movement outside, particularly to the countries where the disease is rampant. 

Akhir kata, doa tanpa usaha itu BOHONG & usaha tanpa doa itu SOMBONG.

Jaga diri & mari sama2 mainkan peranan masing2 ya!

 

Bina masa berkualiti dengan anak tatkala anda tak ada masa?

Hatta ibu bapa bekerja mahupun ibu bapa yang berada di rumah sepenuh masa, masing-masing punya cabaran tersendiri. Nak selitkan masa untuk diri sendiri di samping nak memastikan anak-anak dapat perhatian dan kasih-sayang secukupnya. Bagaimana tu?

to a child,

 

acap kali, anak disogokkan dengan mainan/makanan. barangkali nak menghilangkan rasa serba-salah kerana meninggalkan anak bersama pengasuh/di sekolah. Jangan kata orang lain, saya pun adakalanya ada tendency nak buat begini. Tapi awas! Kuantiti takkanpernah dapat menandingi kualiti. Biarpun masa seketika cuma, utamakan MASA BERKUALITI, bukan hanya setakat dengan anak malah dengan pasangan juga.

ingat ya.. intimasi berlaku melalui hubungan 1 dengan 1, bukannya secara berkumpulan. 

Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka ni memandang dunia dalam konsep concrete, ataupun tetap; yang bermakna selagi mereka tak nampak/ tak dapat sentuh sesuatu, bagi mereka benda itu tidak wujud.

Jadi, ada tak cara nak wujudkan masa berkualiti tatkala anda sebenarnya tak berapa ada masa ni?

1.Aktiviti projek dengan anak-anak. 

Projek yang terbaik adalah projek yang memakan sedikit masa untuk disiapkan, a.k.a tak boleh siap in 1 sitting. Projek macam mana tu? Tak kisahlah nak buat projek taman mini ke, hias akuarium ke, scrap book ke.. apa jua yang menarik minat anda & juga minat si manja.

Kalau ada anak lebih dari 1 pulak macam mana? Study suggest anda ada lebih dari satu projek. Ye lah, minat dan cara setiap anak pun berbeza kan.. janganlah main pukul rata pulak.

2. Tandakan dalam kalendar (yang boleh dilihat anak). 

Kenapa nak kena tanda & bagi anak nampak? Konsepnya mudah sahaja.. ANTICIPATION. Perasaan tak sabar-sabar menanti sesuatu yang seronok dan menggembirakan. Macam mana anda tak sabar menanti hari Jumaat sebab esoknya cuti & boleh pergi jalan-jalan, macam tu lah juga anak-anak tak sabar-sabar nak main dengan emak ayahnya! Mungkin tak dapat buat setiap hari, selang seminggu pun boleh. Asal saja bila anda dan anak sedang beraktiviti, tumpuan anda 100% kepadanya. Jangan pula tangan dok capai telefon!

3. Lebihkan apa yang anda boleh buat BERSAMA. 

Untuk anak-anak, bila buat sesuatu BERSAMA-SAMA, barulah perhubungan dua-hala dan interaksi gaya badan berlaku. Contoh mudah, anda nak anak belajar solat, cara yang betul adalah anda dan anak sama-sama solat bersama di masjid/surau, bukannya anda hantar anak ke sana untuk solat. Contoh lain, anda beli mainan lego untuk anak anda bermain sambil ‘mengembangkan daya kreativiti’.. cara yang betul adalah anda sama-sama duduk sebelah dan main lego tu.. bukannya bukak beg, keluarkan lego dan biar anak main lego sorang-sorang..

4. Bila bercakap dengan anak, tunggu anak habis cakap dan bagi respons sepenuh hati. 

I cannot stress this enough. Perhubungan dua hala. Bagi peluang untuk anak habiskan cakap & pandang muka/mata anak. Anak-anak ni cerdik tuan-puan, mereka tahu bila anda ‘hadir’ atau tidak. Hatta bercakap dengan bayi sekalipun, tunggu cue dari anak yang menandakan mereka sedang bercakap-cakap dengan kita.. klu verbal (bunyi atau perkataan) dan juga klu non-verbal.. dahi berkerut ke.. tangan excited turun-naik ke. Bila anak tahu kita beri sepenuh perhatian kepadanya, mereka akan lebih percaya diri dan berani mencuba. Itu satu perkara penting yang perlu ada pada anak kecil!

just my type.png

Ultimately, for kids, Love is FOCUSED INTEREST. 

Semoga dengan hari mendatang, kita lebih kreatif dan lebih komited menunaikan hak anak-anak kita dengan memberikan masa yang berkualiti untuk mereka.

 

Selamat menjalin hubungan bermakna dengan anak-anak!