Menghadapi ‘kenakalan’ anak seusia 2 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar Adam Naufal anak manja saya dah hampir mencecah usia 2 tahun. Belum cukup dua tahun lagi tapi dah ternampak kelibat kenakalan a.k.a Terrible Twos. Sudah pandai memberontak, mengamuk sehingga guling-guling di lantai, berlari bila nak pakai baju, main kubu dan perang-perang biarpun dah lewat malam, dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang terrible lah! Haha. Memang tercabar kesabaran dibuatnya.

Sebenarnya, bila berhadapan dengan apa jua masalah sekalipun, cara nak selesaikan adalah dengan HADAPI ia dan FAHAMI kenapa ia berlaku.

Dari situ, kita akan lebih mudah berlapang dada, dan lebih bagus lagi .. dapat cari penyelesaian terbaik untuk mengubah/menghadapi masalah itu.

Anak kecil yang baru menginjak usia 2 tahun ni bukan saja-saja nak buat perangai. Mereka sebenarnya sedang mengalami satu proses perkembangan otak yang pesat:  perkataan yang mereka faham dan tahu sudah semakin banyak, otot badan semakin kuat jadi bolehla nak buat itu ini dan cuba macam-macam, dan ini fasa di mana mereka belajar untuk mengenal dan menerima apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.

Tup Tup.. emak ayah asyik dok marah, asyik kata TAK BOLEH, dan setiap langkah asyik terhalang.. maunya tak mengamuk si kecil tu.

Si kecil tak buat perangai untuk saja-saja buat ibu bapa mereka marah, sebaliknya mereka nak BERITAHU perasaan mereka (dalam erti kata lain, itulah cara mereka berkomunikasi/ menyampaikan perasaan ‘terbesar’ mereka pada ketika itu).

Tak ada istilah tunggu dalam kamus hidup si manja yang berumur dua tahun ni.Apa dia nak, masa tu juga dia mahu. No delayed gratification for them. Sebab tu bila kehendak mereka tak dipenuhi, mengamuk la jawabnya! Jadi, ibu bapa sekalian, jangan ambil hati ya!

Cara nak atasi kelakuan mereka ni..

1)Beri ruang kebebasan untuk mereka (promote independence). 

Bebas dari segi memilih agar mereka boleh belajar membuat keputusan dan merasai nilai berdikari (yang sangat-sangat mereka idamkan).

Boleh mula dengan perkara yang kecil-kecil dan tak mendatangkan bahaya. Contoh:

a) pilih warna baju yang nak dipakai hari itu.  Kalau takat nak duduk di rumah dan tak perlu hadiri apa-apa majlis, beri mereka peluang untuk pilih apa yang mereka mahu.

b)Tanya pada si manja apa yang mereka nak main (jangan terus disogokkan permainan pada mereka).

c) ajak mereka masak sama-sama (gaul salad/ uli doh/dll.)

Pastikan soalan yang ditanya hanya ada dua pilihan jawapan.

Close ended questions k.

Contoh>>> Nak pakai baju gambar badak ke baju gambar zirafah?

Kenapa >>> supaya mereka ni tak overwhelm dengan soalan dan pilihan. Kita hanya nak didik dan beri peluang mereka rasa kebebasan, bukan nak mereka betul-betul bebas! Ok?

2) Rumah yang mesra permainan. 

Si manja nak buat kubu dengan kusyen sofa, biarkan selagi tak mengganggu orang lain/ merbahaya.

Si manja nak main lompat-lompat? Sediakan alas penahan agar si manja tak cedera dan jauhkan dari bucu-bucu tajam.

Lagi bagus, anda join main skali. Baru betul-betul bonding time!

Memang susah nak buat, tapi jangan lupa..kanak-kanak belajar dari bermain. Jadi, main untuk si manja bukanlah masa yang terbuang sia-sia.

3) Berikan sokongan emosi pada anak. 

Ini paling penting dan paling selalu kita lupakan.

Kehidupan boleh jadi sangat menyeksakan apabila kita kecil. Apabila anak-anak ini merajuk/mengamuk/buat perangai, mereka sebenarnya mahu dipeluk dan disayangi.

Saya suka guna mantra CONNECT INSTEAD OF REDIRECT.  Mengalihkan perhatian mereka ketika mereka sedang tantrum memang bagus. Alangkah bagus lagi bila kita fahami dan berikan makna pada perasaan si manja tadi. Agar si dia mampu untuk mengendali emosi sendiri dengan lebih tepat dan baik.

Trust me, it’ll help you a long way from now. 

Percayalah, ia akan sangat-sangat membantu di masa hadapan.

Akhir kata, jom ubah perspektif kita. Daripada fokus kenakalan anak dan Terrible Twos ni, apa kata kita jadikan ia Tremendous Twos? Fasa umur yang penuh dengan magika dan detik di mana si manja belajar mengenali identiti diri. Barulah yang negative menjadi positif, dan setiap keringat menjadi rahmat!

Mari mendidik dengan ilmu dan sabar!

terrible twos

 

Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak

Mengenali dan meneliti masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak  adalah satu perkara yang susah disebabkan kanak-kanak tak pandai menyuarakan apa yang mereka rasa atau fikirkan.

Biarpun susah, bukan bermakna ia tak boleh dilakukan. 

Alangkah baiknya andai kita para ibu bapa ni lengkapkan diri dengan ilmu, amati anak-anak kita (dan sekeliling) untuk tanda-tanda tingkah laku merisaukan ini, dan bertindak segera. Pengesanan awal boleh mengubah masa depan anak tersebut, malah akan lebih menyenangkan hidup kita.

Ada 7 tingkah laku kanak-kanak yang mungkin berlaku. Ini khas terutamanya untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun (toddler) yang masih lagi belajar mengenali dunia dan diri sendiri. Jom kenali apa yang normal dan apa yang tidak!

Kenali dan rawat awal

1.Tantrum 

Tantrum ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk anak berkomunikasi dengan kita untuk beritahu yang dia ni lapar/ letih/ marah/ tak puas hati. Mereka tak tahu cara bagaimana nak beritahu dengan baik.. so jangan marah ye.

Tantrum ni dikira normal jika ia berlaku sekali-sekala (bukan setiap hari), berlaku selama lebih kurang 5 minit dan kemudian perhatiannya dapat dialihkan kepada yang lain. Menangis, hentak kaki, guling-guling.. tu kira normal.

Yang tak normal adalah bila tantrum mereka ni berlaku banyak kali dalam sehari, dan hampir setiap hari (fuh.. boleh gila kita dibuatnya). Sekali si kecil ni tantrum, laaaama sangat dan anda susah nak alihkan perhatian mereka. Pada masa yang sama, mereka ni juga turut cederakan diri sendiri/ orang lain dan bercakap bahasa yang kasar.

2. Menjerit-jerit. 

Si manja sedang dalam fasa belajar menggunakan dan mengawal peti suara mereka, so menjerit-jerit tu biasalah. Terutamanya jika mereka menjerit bila lapar/ marah/ letih atau pun tak puas hati. Menjerit pun tak lebih 5 atau 10 minit dan berlaku sekali-sekala.

Tapi… awas jika anak selalu menjerit beberapa kali dalam sehari, berlaku SETIAP hari, melebihi 25 minit dan disertai dengan kelakuan yang membahayakan.

3. Mencederakan diri.

Ini berlaku bila kita tak nak ikut apa yang mereka nak/ mereka betul-betul tak nakkan sesuatu, adakalanya mereka ni berguling-guling di lantai dan menggelupur. Kalau mereka ni cedera atas tindakan yang tidak disengajakan, then it’s ok. Yang merisaukan adalah apabila kecederaan adalah serius (sehingga berdarah contohnya), dilakukan berulang kali atau sengaja dilakukan tanpa sebarang provokasi. That’s a MAJOR red flag! 

4. Mencederakan orang lain 

Berdasarkan kajian, tingkah laku kasar toddler ni memuncak sewaktu umur dua tahun. Sebab tu lah ada perkataan terrible two. Orang tak sebut suka-suka tau. Ada sebabnya.. Sewaktu fasa ni, kanak-kanak biasanya lebih agresif terutamanya bila nak rebut balik mainan atau pun sewaktu nak tunjukkan kemarahan.

Tendang/ tampar/ baling barang sewaktu marah/ tak puas hati adalah normal. Menggigit bila cuba nak rampas barang dari seseorang pun normal.

Apa yang tak normal adalah apabila si kecil menggigit/ memukul beberapa kali dalam seminggu, tindakan kasar mereka ni semakin lama semakin dahsyat, dan mereka ni tak takut langsung bila berkasar dengan orang lain. Kadang-kadang, tak ada sebab (provokasi) pun mereka ni mengganas. Awas ye!

5. Risau apabila berpisah (separation anxiety). 

Ini pun normal bila mereka menangis untuk beberapa minit bila berpisah dengan anda ataupun mereka cuba berpegang pada anda.. tapi sekejap je perhatian mereka dah boleh dialihkan.. Tapi.. kalau nangis melampau sampai lebih setengah jam.. pastu anak jadi panik/ risau sangat, kita khuatir anak ada masalah anxiety ataupun ada kemungkinan anak didera oleh orang yang kita tinggalkan tu.. Penderaan ada banyak jenis tau.. bukan setakat penderaan fizikal je kita kena waspada. Kalau anak betul-betul tak nak pada orang tu, cuba selidik kenapa.

6. Tidak menunjukkan rasa sayang (affection) . 

Bila anak tak respon/ tak mahu langsung disentuh biarpun tengah penat/ sedih.. kemudian nampak emosi terganggu bila disentuh/ dipeluk/ dicium ataupun tak menunjukkan sebarang minat untuk berada bersama orang lain.. silalah risaukan anak itu ye. Cepat-cepat rujuk anak untuk perhatian pakar supaya kita boleh tahu apa masalah sebenar yang sedang berlaku.

7. Mengasingkan diri.

Ada sesetengah anak memang jenis yang pemalu ataupun introverted. Jadi mereka perlukan masa yang agak lama untuk membuka hati dan selesa dengan orang lain yang tak dikenali. Ada juga anak yang lebih suka bermain sendiri/ dengan orang dewasa yang dipercayai dan tidak sukakan suasana orang yang ramai/ bising. Ini NORMAL.

Tapi, jika mereka ni kanak-kanak yang sifatnya peramah dan ceria.. kemudian tiba-tiba je tukar perangai dan asingkan diri, ini pelik dan merisaukan. Ataupun mereka selalu nampak letih/ langsung tak berminat untuk berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri.. ini pun tanda-tanda yang merisaukan.

Jika ada yang menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan tersebut, cuba perhatikan anak dengan lebih terperinci (lebih kurang seminggu) dan catat kekerapan, jangka masa dan punca tingkah laku tersebut.. dan kemudian RUJUK pakar kanak-kanak/ kesihatan mental untuk tindakan selanjutnya.

tingkah laku kanak-kanak

tingkah laku kanak-kanak (1)

PENGESANAN AWAL SANGAT MEMBANTU MEMPERBAIKI MASA DEPAN ANAK ANDA.

jadi, sebar-sebarkan untuk pengetahuan kita semua!

Semoga bermanfaat!

 

 

Mengatasi tantrum anak seperti ibu yang super cool!

Laaa… pasal tantrum lagi? Iye. Saya kupas banyak sikit tentang tantrum ni sebab nak atau tak nak, ini adalah sebahagian besar cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana. Tipulah kalau kata anak tak pernah tantrum.. tu pelik bin ajaib namanya. Apabila kita dah faham perkembangan emosi anak yang normal mengikut umur (boleh ulang baca di sini) dan kita tahu bahawa tantrum ni sebenarnya baik untuk anak (baca di sini), langkah seterusnya tentulah belajar cara-cara mengatasi tantrum.. Khasnya apabila anak tunjuk perangai di tempat awam..masa tu kalau tak kena gaya, boleh bertukar jadi Mr. Hulk Hogan! Hijau menahan marah!

tantrum2

Apa patut kita buat ketika anak sedang tantrum: 

  • Pastikan anak dalam keadaan selamat. Malang tidak berbau. Buatnya anak tengah tantrum di atas escalator dan terjatuh ke bawah?? Nauzubillah.. minta dijauhkan..
  • Cuba tenangkan anak dengan perbuatan non-verbal: maksudnya peluk anak, pegang tangan dia, usap kepala dia.. Moga-moga dengan sentuhan lembut seorang ayah atau ibu boleh menenangkannya.
  • Kalau tak berjaya juga: BIARKAN ANAK LUAHKAN PERASAAN. Anak tengah mengamuk guling-guling atas lantai, jangan pula anda tarik dia, marah atau tengking dia. NO NO NO! Itu hanya tambah masalah. Let it run its course. 
  • Anda perlu masuk mood bertapa masa ni. Fikirkan yang tenang-tenang saja. Sabar.. sabar.. dan sabar lagi.

when little people are overwhelm with big emotion, it’s our job to share our calm, not to join their chaos. 

Apa yang TAK PATUT anda buat ketika anak sedang tantrum? 

  • Mengalah dengan anak. Mengalah di sini maksudnya anda terus beri saja apa yang anak nak. Salah ye! Bila buat macam ni, anda sebenarnya sedang kuatkan mesej pada anak yang dia akan dapat apa saja bila dia mengamuk/menjerit.
  • Buat tak tahu pada anak. Anda biar je anak mengamuk sampai dia penat dan berhenti sendiri.. selepas tu tak ada follow upUntuk elakkan tantrum berulang, sangat PENTING untuk kita bercakap dengan anak, selami apa perasaan mereka dan kenapa dia frust sangat sampai mengamuk? Bila buat begini, kita beri ruang dan ajar anak cara untuk menyampaikan apa yang mereka rasa dengan cara yang betul. Dan mereka juga tahu yang anda ambil berat tentang mereka.
  • Menghukum atau mendenda anak. Anak dah lah sedih sebab tak dapat sesuatu yang dihajatkan, bila cuba pula sampaikan hajat di hati (mengamuk) anda pula buat dono je, tiba-tiba kena marah dan denda lagi.. T_T.  Nampak tak bagaimana keadaan macam ni boleh buat anak membesar jadi lebih pemarah, pendam perasaan hingga akhirnya meletup, ataupun anak bertukar jadi lebih nakal?

    Dont blame them, blame yourself for making them turn to bad instead of just sad. 

  • Tanya anak macam-macam. Boleh tanya, cumanya bukan SEMASA anak tengah tantrum, tapi SELEPAS anak dah tenang semula.

Untuk kesimpulan, saya sediakan senarai semak khas untuk semua (bosan asyik baca bullet point je). Moga bermanfaat!

kendali tantrum anak (1)