Menghadapi ‘kenakalan’ anak seusia 2 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar Adam Naufal anak manja saya dah hampir mencecah usia 2 tahun. Belum cukup dua tahun lagi tapi dah ternampak kelibat kenakalan a.k.a Terrible Twos. Sudah pandai memberontak, mengamuk sehingga guling-guling di lantai, berlari bila nak pakai baju, main kubu dan perang-perang biarpun dah lewat malam, dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang terrible lah! Haha. Memang tercabar kesabaran dibuatnya.

Sebenarnya, bila berhadapan dengan apa jua masalah sekalipun, cara nak selesaikan adalah dengan HADAPI ia dan FAHAMI kenapa ia berlaku.

Dari situ, kita akan lebih mudah berlapang dada, dan lebih bagus lagi .. dapat cari penyelesaian terbaik untuk mengubah/menghadapi masalah itu.

Anak kecil yang baru menginjak usia 2 tahun ni bukan saja-saja nak buat perangai. Mereka sebenarnya sedang mengalami satu proses perkembangan otak yang pesat:  perkataan yang mereka faham dan tahu sudah semakin banyak, otot badan semakin kuat jadi bolehla nak buat itu ini dan cuba macam-macam, dan ini fasa di mana mereka belajar untuk mengenal dan menerima apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.

Tup Tup.. emak ayah asyik dok marah, asyik kata TAK BOLEH, dan setiap langkah asyik terhalang.. maunya tak mengamuk si kecil tu.

Si kecil tak buat perangai untuk saja-saja buat ibu bapa mereka marah, sebaliknya mereka nak BERITAHU perasaan mereka (dalam erti kata lain, itulah cara mereka berkomunikasi/ menyampaikan perasaan ‘terbesar’ mereka pada ketika itu).

Tak ada istilah tunggu dalam kamus hidup si manja yang berumur dua tahun ni.Apa dia nak, masa tu juga dia mahu. No delayed gratification for them. Sebab tu bila kehendak mereka tak dipenuhi, mengamuk la jawabnya! Jadi, ibu bapa sekalian, jangan ambil hati ya!

Cara nak atasi kelakuan mereka ni..

1)Beri ruang kebebasan untuk mereka (promote independence). 

Bebas dari segi memilih agar mereka boleh belajar membuat keputusan dan merasai nilai berdikari (yang sangat-sangat mereka idamkan).

Boleh mula dengan perkara yang kecil-kecil dan tak mendatangkan bahaya. Contoh:

a) pilih warna baju yang nak dipakai hari itu.  Kalau takat nak duduk di rumah dan tak perlu hadiri apa-apa majlis, beri mereka peluang untuk pilih apa yang mereka mahu.

b)Tanya pada si manja apa yang mereka nak main (jangan terus disogokkan permainan pada mereka).

c) ajak mereka masak sama-sama (gaul salad/ uli doh/dll.)

Pastikan soalan yang ditanya hanya ada dua pilihan jawapan.

Close ended questions k.

Contoh>>> Nak pakai baju gambar badak ke baju gambar zirafah?

Kenapa >>> supaya mereka ni tak overwhelm dengan soalan dan pilihan. Kita hanya nak didik dan beri peluang mereka rasa kebebasan, bukan nak mereka betul-betul bebas! Ok?

2) Rumah yang mesra permainan. 

Si manja nak buat kubu dengan kusyen sofa, biarkan selagi tak mengganggu orang lain/ merbahaya.

Si manja nak main lompat-lompat? Sediakan alas penahan agar si manja tak cedera dan jauhkan dari bucu-bucu tajam.

Lagi bagus, anda join main skali. Baru betul-betul bonding time!

Memang susah nak buat, tapi jangan lupa..kanak-kanak belajar dari bermain. Jadi, main untuk si manja bukanlah masa yang terbuang sia-sia.

3) Berikan sokongan emosi pada anak. 

Ini paling penting dan paling selalu kita lupakan.

Kehidupan boleh jadi sangat menyeksakan apabila kita kecil. Apabila anak-anak ini merajuk/mengamuk/buat perangai, mereka sebenarnya mahu dipeluk dan disayangi.

Saya suka guna mantra CONNECT INSTEAD OF REDIRECT.  Mengalihkan perhatian mereka ketika mereka sedang tantrum memang bagus. Alangkah bagus lagi bila kita fahami dan berikan makna pada perasaan si manja tadi. Agar si dia mampu untuk mengendali emosi sendiri dengan lebih tepat dan baik.

Trust me, it’ll help you a long way from now. 

Percayalah, ia akan sangat-sangat membantu di masa hadapan.

Akhir kata, jom ubah perspektif kita. Daripada fokus kenakalan anak dan Terrible Twos ni, apa kata kita jadikan ia Tremendous Twos? Fasa umur yang penuh dengan magika dan detik di mana si manja belajar mengenali identiti diri. Barulah yang negative menjadi positif, dan setiap keringat menjadi rahmat!

Mari mendidik dengan ilmu dan sabar!

terrible twos

 

Nak pergi bercuti ke idok?

Soalan yang mudah tapi jawapannya mungkin tidak. Tambah pula kalau anak isteri tanya tengah-tengah bulan. Sebelum nak menjawab ya tu, banyak benda kena fikir dulu.

  1. Duit belanja (pergi balik)
  2. Cuti (kerja melambak-lambak!)
  3. Destinasi percutian (percutian keluarga maksudnya tempat yang boleh buat anak-anak gembira; ada kolam renang, taman permainan, bla bla bla)
  4. Baju berjalan (iye la.. nak juga nampak cantik dalam gambar kan?)
  5. Barang-barang anak yang penting dibawa sekali (pampers, susu, mainan, pelampung, ubat demam, sweater, etc.)
  6. Kerja-kerja di rumah (baju perlu dibasuh dulu, nanti balik bercuti ada selonggok lagi baju nak kena basuh)
  7. Nak buat apa kat sana (takkan main kolam je kot? Tak ada jalan-jalan ke? Penat tau nak fikir itinerary ni..)

Rasa penat kan bila tengok list ni? Tapi..! Apa kelebihan kalau kita pergi bercuti sebagai satu keluarga?

Nak gembirakan hati seorang ibu bapa ni senang je. Gembirakan hati anak-anak mereka dulu. Bila si kecil riang gembira, automatik emak ayah happy.

Its that simple! 

Dan mungkin belanja dorang makan besar? Eheh.

Orang kata kalau nak kenal seseorang tu dengan lebih mendalam, pergilah mengembara dengan dia. Haa.. masa dalam perjalanan tu, banyak benda boleh belajar. Banyak memori manis boleh tercipta! Berkepuk-kepuk gambar boleh tangkap tau! Emak ayah pun akan belajar jadi lebih kreatif cari bahan nak pastikan anak tak bosan dalam perjalanan. Nak belajar bersabar ala-ala boot camp, inilah masanya!

Anak kecil ni seronok bila dapat tengok benda baru. Tambah pula kalau kita bawa dia buat aktiviti yang dia suka. Mereka mungkin tak ingat apa yang kita buat untuk mereka, tapi perasaan gembira, dihargai, disayangi, dan selamat bersama keluarga tu akan bersama mereka hingga dewasa. Itu yang buat mereka jadi lebih berani dan berkeyakinan!

Tak mampu ke luar negara, pergi dalam Malaysia pun boleh. Banyak tempat percutian yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dengan harga berpatutan. Yang penting perlu survey betul-betul dan pilih mana yang berkenan! Dan pergi dengan hati yang fleksibel. Sesuaikan dengan keadaan.

family vacation

Akhir kata, nak bercuti ke idok? Tepuk dada tanya selera!

 

 

Tips praktikal menjaga anak sakit di wad.

Dulu menjaga budak sakit di wad selaku doktor, kini naik pangkat jaga anak sakit pula.Biarpun penat, pengalaman mahal yang kita dapat tu biarlah ia berguna dan bermakna.Mantra terbaru saya- Nak manis hidup,kena tahan pahit bersabar dulu. 

IMG_20170918_123238_456

 

Kali pertama masuk, berjurai air mata. Nak makan pun tak boleh. Tidur apatah lagi. Kali kedua ok sikit. Kali ketiga pasrah. Kali keempat, kali ni bijak sikit, masuk dengan mindset pejuang dan orang bercuti. Eh? Macam tak kena je.

Pejuang sebabnya bila nak anak cepat sihat, emak kena kuat, hati kena keras sikit. Contoh mudah- Saya memang tak sampai hati tengok anak kena cucuk berulang kali, tapi saya faham kenapa ia perlu dibuat. Jadi kali ini, tak sebak lagi tengok anak dicucuk, malah boleh tolong pegangkan kalau perlu!

Orang bercuti bermaksud barang kelengkapan kena sedia, dan kalau tak ada/ tak cukup, persis orang bercuti yang semakin manis memorinya bila dia flexible dengan jadual dan diri sendiri, di wad pun sama.. yang susah kita mudahkan dan yang mudah kita bersyukur!

Sebagai tips praktikal mudah:

1. Jangan lupa bawa alat mainan anak jadi penghibur dan peneman di kala anak bosan. Percayalah, bila anak dah tak leh ke mana kena tambat masuk air, memang mati kutu nak penuhkan masa anak yang macam cacing kepanasan tu. (tapi janganlah bawa mainan yang berbunyi bising, takut ganggu jiran)

2. Minta dan beritahulah dengan baik. Dan ucaplah terima kasih. 

Memanglah ada cleaner, pembantu kesihatan, misi buat kerja semua, tapi janganlah buat macam kuli pula. Anak kita tanggungjawab kita. Bila anak muntah, perlu tukar cadar, lap lantai bagai, beritahulah dengan baik. Minta tolong jika perlu, pun dengan cara baik. Dan ucaplah TERIMA KASIH bila permintaan dipenuhi. Air liur tak lokek, staf pun tak sakit hati. Mana tahu untung nasib diselitkan nama kita dalam doa mereka, agar anak kita cepat sembuh.

3. Berbaiklah dengan jiran. Ambil kisah, ringankan mulut tanya dan badan menolong. Percayalah, kita dan jiran kita tu nasib sama sekapal. Biarpun tolong dengar je pun, dah rasa lega sikit hati yang risaukan anak yang sakit tak baik-baik.

4. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bawa baju lebih/ mudah dicuci. Bawa pampers/susu lebih. Mana tahu anak kena tahan lebih lama ataupun nak dijadikan cerita anak muntah atas kita berulang kali (ini pengalaman saya.. sampai tak ada tudung nak pakai, pin tuala jadi selendang). Bila anak tidur tu, cepat-cepatlah makan minum solat dan berehat. You gonna need every ounce of your energy later if things get worse. 

5. Solatlah. Tak dapat on time, jangan lupa qada’. Untuk saya, waktu maghrib lah waktu paling mencabar. Dah lah waktu singkat, waktu melawat dah tamat, dan selalunya masa tu lah anak nak buat perangai. Dengan solat dan doa penuh pengharapan, hati rasa lebih tenang, lebih redha, lebih kuat. Peringatan ada di setiap penjuru mata (di wad penuh dengan seribu satu macam drama), kenapa tak dikisahkan hidayah yang datang menerpa tu?

6. Take it easy. Ya kita tak boleh mengalah, tapi jangan sampai merana diri. Bila rasa tak larat, tukarlah orang. Pasangan pun kena saling membantu, ringankan kerja masing-masing. Yang menjaga anak rasa penat, yang pergi bekerja pun penat.

7. Berusaha LEBIH untuk cari nilai POSITIF dari suasana yang berlaku. Memang penat tak dapat tidur malam, makan pun sumbat-sumbat je, anak pulak meragam sebab tak sihat. .tapi tak semuanya sedih kan? Cuba teliti bagaimana bila anak ditahan di wad, sang suami terserlah sifat romantis dan prihatinnya. Ingat isteri suka makan coklat, jadi dibeli untuk isteri yang keletihan jaga anak di wad. Cuba lihat bagaimana anak yang sakit pun masih mampu tersenyum manis bila baru bangun tidur. Cuba perhati bagaimana comelnya setiap air muka anak. Kalau boleh, saya nak pakai kamera go pro, rakam setiap detik! bila di wad ni, tumpuan hanya pada anak, tak kalut dengan benda lain, baru perasan benda-benda ni.

IMG_20170916_135915

Akhir kata, semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan pelihara anak kita sentiasa!