Anak bosan? Jom ke DIY!

Siapa yang pernah jaga budak-budak mesti tahu, mereka ni memang penuh dengan tenaga. Lari sana, lompat sini, baling itu, gigit ini. Pendek kata, kerja teruk di luar panas tanpa makan minum 8 jam pun jauh lebih senang dari menjaga budak seorang.

Jadi, sebagai ibu bapa yang bijak, kita kenalah sediakan aktiviti yang membina untuk mereka ni.

Bukan bagi gadget untuk main, bukan letak anak bersila depan tv, tapi sediakan aktiviti yang merangsang minda dan tumbesaran mereka. Mesti ada orang kata.. mahal la nak beli semua tu. Haa.. meh sini cheq nak habaq.. JOM PERGI DIY! bukan saja murah, banyak pilihan, malah DIY pun ada di mana-mana! (disclaimer: saya bukan duta DIY ye)

Untuk anak saya Adam yang baru setahun+, ada beberapa sensory play yang boleh buat Adam occupied. Dan bahan-bahannya tak susah pun, cari je di DIY. Yang penting kena kreatif dan usaha sikit je.

1. Main bola bertangkai. Anak saya memang minat gila main bola. Macam-macam jenis bola ada kat rumah. Saya belikan bola ni (harga RM 3.30) supaya senang tangan Adam yang kecil tu pegang bola ni sambil jalan kaki ke taman. Ajar anak tanggungjawab sambil latih gross motor function skali. Bola bertangkai ni bila dibaling dia tak pergi jauh, sebab tangkai tu tambah daya geseran, jadi senang anak kecil nak kejar dan ambil.

IMG_20170909_200848

1. Susun bola dalam bekas doh buat muffin. Mudah, ringkas, dan tak mengotorkan rumah. Anak pun boleh berlatih gross motor function and spatial recognition. Harga bola-bola kecil ni? Tak sampai RM5. Harga bekas doh – kurang RM 10. Masa anak main ni – lebih kurang 20 minit. 20 minit dah boleh masak sayur tau!

IMG_20170913_003504

2. Buku bergambar yang comel dan murah! Punyalah banyak buku bergambar kat DIY ni. Dari awal dah boleh ajar anak buat pilihan, buku yang mana lebih menarik perhatian si anak. Buku yang saya beli ni harga dia RM3.50 je. Kertas kualiti bagus pula tu. Kalau harga macam ni, tak sakit hati sangat bila anak koyakkan buku. Yang penting, bagi anak biasa dengan buku dulu.

IMG-20170909-WA0057

3. Sesi buat kuih. Boleh bagi anak tolong tekan bentuk kuih/biskut yang nak dibuat dengan loyang-loyang plastik yang super cute ni! Mungkin lantai akan kotor sket dan anak akan comot.. tapi kan semua tu boleh dibasuh?pengalaman main tepung dengan anak sambil uli doh comel ni tak terharga tau! ni antara permainan yang bagus untuk rangsang daya sentuhan anak.

IMG_20170909_201333

4. Makan spageti berwarna-warni. Yang ni boleh beli mangkuk plastik yang tahan lasak je la kot di DIY. Spageti dan pewarna perlu beli di tempat lain. Anak boleh makan sambil belajar sentuhan yang baru dan menyeronokkan. Akan occupy masa anak dalam 15-20 minit.

5. Cabut pelekat daripada pintu. Yang ni mudah dan senang. Just beli pelekat yang ada corak, lekatkan pada pintu atau dinding (pastikan bukan jenis yang dicat mudah tanggal), dan tinggalkan sikit tepi untuk anak tarik keluar. Jangan terkejut game macam ni boleh buat anak leka hampir setengah jam! Boleh latih kekuatan tangan khasnya pergelangan tangan, fine motor skill  (penggunaan ibu jari) dan menggunakan kedua belah tangan.

Ada banyak lagi permainan ringkas yang kita boleh buat dan sediakan untuk si manja bermain.

IMG_20170913_010652

Selamat mencuba!

Emak ayah sebagai role model anak membaca.

Pernah dengar tak pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Well, kalau ada yang loklaq sket, banyak jawapan boleh bagi. ^v^. Jatuh ke lantai boleh, atas buku, masuk dalam mulut.. dan lain-lain. So, apa kaitan dengan tajuk kali ni?

Apa yang kita buat, apa yang kita cakap, itulah yang akan jadi kamus kehidupan anak-anak. Mereka belajar melalui pengamatan. Mata mereka sungguh pun kecil tapi bak helang! Malah mungkin lebih tajam lagi!

Sedari kecil, kena biasakan anak melihat emak ayahnya membaca. (bukan baca online di smartphone atau di laptop, tapi di buku yang boleh dipegang, di alih satu-satu muka suratnya, dan berbau kertas! perfume evergreen tu.. )

Atas sebab itu, bila dah gelar diri ulat buku, mestilah ada buku nak diulatkan kan? Eh? Buku pertama yang saya rasa terpanggil nak baca dan ulas adalah buku ni – PHD Mama oleh Dr Nik Salida & Bahruddin Bekri.

phd mama.jpgRingkas bukunya, insyaAllah dalam sejam boleh habis baca. Sambil-sambil anak tidur tu, boleh capai dan hadam. Seperti mana tajuknya (PHD Mama), seperti itulah dunia kehidupan saya sekarang. Kalut dengan dunia menulis thesis, kajiselidik yang tak berpenghujung.

Saya nak petik sikit ayat dalam buku ni.

.. apabila dengar orang kata, “Senangnya PHD. Cepatnya buat PHD.”,saya cuma tersenyum. Memang kita biasa untuk melihat apa yang sudah ada, tetapi sangat jarang untuk tahu bagaimana ia boleh ‘ada’. Tidak ada perkara di dunia ini yang terus ‘ada’. Setiapnya pasti ada penyebab dan proses yang tidak mudah.

SPOT ON!! T_T Hakikatnya, mendapatkan segulung ijazah PHD ni harganya amat mahal. Dibayar dengan tangisan, dan peluh keringat si pelajar dan keluarganya!

.. Oleh sebab itu, Allah janjikan syahid sekiranya mati semasa menuntut ilmu. Itu petunjuk bahawa menuntut ilmu itu memang susah, memang mencabar..

Akhir kata, selamat mendidik diri untuk jadi lebih cekal dan bersabar dengan perjuangan diri masing-masing. Hidup yang bermakna adalah hidup yang ada turun dan naiknya. Baru lah pandai menghargai dan bersyukur!

 

Mari ajar anak membaca guna tips-tips mengajar berdasarkan umur anak!

Saya pasti semua orang setuju yang membaca adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting dan berguna khasnya untuk anak kecil. Dengan membaca, kita boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Semalam kami didatangi tetamu, sebuah keluarga kecil macam kami dan ada seorang anak kecil lebih kurang sebaya umur Adam. Seronok tengok kelibat dua budak kecil tu bermain, lari sana sini.. dan of course, collateral damage rumah saya yang macam dilanda ribut taufan selepas mereka balik! T_T. Semalam sedang duduk-duduk tu, si kecil ni capai salah satu buku Adam dan bawa kepada saya minta dibacakan. Dah dapat peluang, apa lagi.. saya pun excited lah. Seperti mana saya baca untuk Adam, macam tu jugalah saya baca untuk dia.

Penuh gaya exaggerated , intonasi dan suara berbeza bergantung pada watak yang ada. 

Dan dah semestinya, Adam pun ikut join skali. Tetamu saya terkejut, katanya anak dia selalunya bila pegang buku, flip satu dua muka surat lepas tu baling.. tak pernah duduk dengar macam ni. Suaminya mencelah.. “kita tak pernah baca gaya macam ni kat dia.“.

Sedih saya mendengarnya. Ya, memang membaca itu bagus dan kita perlu sediakan banyak peluang pada anak untuk membaca (beli buku, sediakan ruang membaca, dan sebagainya.. boleh ulang baca tips-tips ajar membaca di sini..) Bagi buku saja tak cukup. Kita kena pancing minat anak untuk membaca dengan jadikan proses membaca tu seronok dan ‘hidup’.

Jadi, kali ni, saya cuba kupas tips-tips ajar anak membaca berdasarkan pada umur mereka.

  1. bagi si kecil berumur 6-12 bulan, pastikan ada perbualan dua hala dengan anak. Anak mungkin tak boleh menjawab lagi, tapi berikan masa pada anak untuk mendengar dan bagi klu yang mereka mendengar (contoh: bunyi hmm, angguk, atau pandang tepat pada kita). Dan lagi satu, eye contact!
  2. Untuk anak umur 12-24 bulan pula, bagi peluang kepada anak untuk mereka yang tukar halaman buku. Asyik tukar muka surat je? Biarkan. Biar mereka rasa mereka yang berkuasa dalam proses pembacaan tu. Dapat perhatian mereka dalam 5-10 minit pun dah cukup.Bila anak tanya, senyum dan jawab. 
  3. Untuk yang berumur 2-3 tahun pula, baca buku yang sama berulang kali. Persistence is the key! Kemudian, rajinkan diri tanya soalan yang ringkas pada anak seperti.. “kucing kat mana? Apa benda tu?” Gunakan gambar-gambar yang ada untuk bercerita.
  4. Untuk anak 3-4 tahun, tanya pada mereka apa yang terjadi dalam buku cerita tu. Biar mereka bercerita. Sesekali reka cerita baru berdasarkan gambar yang ada. Be creative my friends!. 
  5. Dan terakhir sekali, bagi si kecil 4-5 tahun, Kaitkan cerita di dalam buku kepada pengalaman hidup mereka. Galakkan anak untuk melukis dan menulis apa yang mereka faham atau ingat dan tunjukkan pada mereka huruf-huruf yang digunakan untuk mengeja nama mereka. Pasti mereka suka!

membaca ikut umur.png

Akhir kata, nakkan sesuatu yang baik kita perlu usaha. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Usaha biarlah sampai ke penghujungnya!

Semoga berhasil!