sayangi diri anda..
sesibuk mana pun kita, curi sedikit masa untuk diri sendiri. sayangi diri anda..
sesibuk mana pun kita, curi sedikit masa untuk diri sendiri. sayangi diri anda..
Biasa tak kita tengok ibu kita dulu sentiasa tak duduk diam? Ada saja kerja dibuatnya. Kejap-kejap dia memasak, kemudian basuh baju, sambil-sambil tu sapu rumah, lipat baju. Sempat juga ibu tidurkan adik kita sekali. Baru nak berehat, adik bangun pula nak menyusu. Tak pun ayah balik dari kerja, bergegas pula ibu bangun buatkan air, sambut ayah di muka pintu. Kenangan ibu sebagai supermom… dan bila turn kita pula jadi ibu, kita pun aim nak jadi supermom.
Supermom ni adalah para ibu yang sentiasa sibuk. Dia mahu buat semuanya sendiri dan pada masa yang sama dia mahu jadi yang terbaik untuk SEMUA orang, sekaligus pada satu masa yang sama! Sangat susah untuk berkata tidak pada mereka yang memerlukan khidmat pertolongannya. Dirinya penuh dengan komitmen, satu demi satu, tiada titik penghujungnya.
Biar apapun sebabnya anda memilih jadi ‘supermom’ ini, anda menuju kepada kepenatan yang teramat! Dan ia sangat-sangat menjerat leher sendiri! Saya sedih bila membaca kisah seorang ibu yang mendera anaknya yang berumur 2 tahun sehingga meninggal dunia. Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, namun sebagai seorang ibu tunggal dan ada pula seorang lagi anak dewasa yang kurang sempurna akalnya, saya dapat bayangkan betapa penatnya dia menanggung semuanya seorang diri. Boleh jadi juga si ibu ini menderita kemurungan dek kesusahan hidup yang menghimpit dan tiada sokongan moral.
Saya tak suruh anda goyang kaki di rumah dan biarkan anak bergelimpangan ya.. jangan salah anggap. Ini peringatan untuk diri sendiri juga.
Jangan usaha untuk jadi ibu yang sempurna kerana kesempurnaan itu bukan milik kita. Usahalah jadi ibu yang terbaik untuk anak kita.
Macam mana nak bebaskan diri dari idealisme supermom ni?
Jika nak anak gembira, ibu kena gembira dulu!
Anda ada pendapat lain? Jom komen membina!
Saya adalah antara yang ‘kurang’ bernasib baik. Susah sungguh nak kurangkan lebihan berat badan selepas bersalin. Anak dan setahun tapi badan masih tembam dan comel. Jika anda pun sama seperti saya, jangan risau. Jangan sedih-sedih.
Eh.. saya bukan nak jual ubat kurus ye. Bukan juga nak ceramah tak tentu hala.
Biar apa pun saiz kita, apa yang lebih penting adalah kesihatan kita. Kurus tak semestinya sihat, dan bersaiz XL bukan bererti anda pasti berpenyakit.
Nak dapatkan anak yang sihat dan keluarga yang bahagia, si ibu kena sihat dan gembira dahulu! Jom sama-sama kita fokus pada kecantikan dalaman di samping memperbaiki kesihatan badan secara keseluruhan. Pilih cara terbaik untuk diri sendiri — aerobik @yoga @mendaki gunung @dan lain-lain. Yang penting, perlu jaga pemakanan dan badan perlu aktif!