Ciri-ciri mainan terbaik untuk anak anda.
Si manja saya dah berusia 3 tahun sekarang! Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bergelar ibu kepada si lincah Adam Naufal =) Lumrah anak yang sedang lasak, mainan pasti bertabur dan rumah pasti bersepah. Saya pun dah lost count berapa kali encik suami naik angin dan pack mainan Adam dan kemudian bungkus simpan dalam stor. Saya pun pernah juga 2-3x round up buang mainan kecil Adam yang dah patah sana-sini.. adakalanya Adam rajin tolong kemas semula mainan, adakalanya permintaan kami tu dibiarkan saja macam mencurah air ke daun keladi. Tak makan saman!!
Bagi yang ada anak kecil macam saya, mesti dapat relate pada ni: sebilangan kecil duit belanja akan keluar untuk mainan si manja. Pantang nampak. Kan? Dari sebakul sampai berkotak-kotak mainan anak. Tambah-tambah yang anak seorang macam saya. Of course, if you have one kid, you’ll run the show. If you have two or more, you’re just the side kicks.. monitoring (and roaring ^-@) whenever need be..
Jadinya, kembali kepada persoalan utama kita. Apa sebenarnya ciri-ciri mainan yang terbaik untuk anak? Macam mana nak bagi anak menghargai dan main dengan mainan yang dibeli tu.. itu cerita lain ok?
1. Lebih ringkas mainan itu, lebih baik.
Ringkas macam mana tu? Mainan yang ringkas dan mudah di mana anak-anak boleh bina/main sendiri tanpa bantuan dari ibu bapa. Mainan yang tidak mudah buat mereka frust apabila ia tak jadi seperti apa yang mereka mahu.
2. Mainan yang buat mereka bermain secara aktif.
Bagi kanak-kanak, masa bermain adalah masa yang paling berharga untuk mereka.
Itulah masa untuk mereka belajar, itulah masa untuk mereka melepaskan tenaga yang tersimpan, itulah masa untuk mereka mengenal diri sendiri, dan itulah juga masa untuk mereka membina hubungan. Masa bermain juga adalah masa untuk mereka belajar peraturan dan memahami apa yang boleh dan tidak boleh diterima dalam hidup bermasyarakat. Main mereka bukan sekadar buat bising atau untuk buat anda marah tau!
Jadi, bila anak nak main sampai guling-guling, lompat-lompat atau lari sana-sini (tanpa menganggu ketenteraman awam dan tidak mencederakan diri sendiri/orang lain).. biarkanlah. Active play is good for them. Tak perlu beli mainan mahal-mahal, lagi aktif mereka boleh main, lagi mereka suka!
3. Mainan yang meransang si anak untuk lebih kreatif, berani dan menggalakkan anak-anak untuk menyelesaikan masalah.
Ye, memang saya ada sebut mainan yang ringkas lebih baik. Tapi ringkas tak bermaksud tak ada kegunaan langsung. Ringkas tak bermaksud otak si manja tak digunakan. Anak-anak sedari kecil mereka ni belum terdedah kepada had dan sempadan. Pada mereka, tiada yang mustahil. Jadi, biarpun adakalanya penyelesaian yang mereka fikirkan adalah kurang logik di mata anda, jangan dibunuh semangat ingin mencuba itu. Semaikan kreativiti mereka dan galakkan mereka terus berusaha, meneroka dan mencari penyelesaian terbaik. In another words, observe and let them fails. Jangan terlalu cepat untuk menolong.
4. Mainan versatile
Mainan apa tu? Mainan yang versatile ni adalah mainan yang tidak tertakluk kepada satu jenis permainan sahaja. Contoh mudah.. Lego/ kayu blok. Macam-macam benda si kecil boleh buat dengan mainan ni. Point utama adalah mainan yang open ended. Iaitu mainan yang dipandu oleh daya imaginasi anak-anak berbanding model yang disediakan untuk ditiru. Lagi banyak arahan/manual yang diperlukan untuk main, lagi tak versatile mainan tu..
5. Mainan yang membawa mereka meneroka alam semulajadi.
Haa.. yang ni penting! Lazim zaman sekarang, ibu bapa sibuk bekerja, bila dah balik penat.. tak larat nak layan anak main di taman.. sudahnya, telefon juga yang disogokkan pada anak. (T_T). Jangan disalahkan jika anak malas/lebih berat badan andai kata kita sendiri tak cuba pupuk sifat meneroka dan ingin tahu mereka. Sesekali bawa mereka ke pantai dan biarkan mereka bermain dengan pasir, kepah-kepah hanyut dan air ombak. Sesekali bawa mereka ke taman dan tunjukkan pada mereka semut-semut, batu, rumput dan pokok bunga di tepi jalan. Main dengan magnet pun boleh jadi penghabis masa yang seronok. Percayalah, ia akan jadi memori indah tak hanya untuk si manja tapi untuk anda juga!
6. Acting out/role play.
Ada sebabnya kenapa game arcade, Legoland dan sewaktu dengannya popular di kalangan kanak-kanak. Dunia imaginasi yang tidak terbatas tapi membantu si kecil membina keyakinan diri dan fit into the world. Tengok anak minat apa.. boleh dibelikan mainan yang membantu mereka main role play. Kalau dulu-dulu, kita main masak-masak, kahwin-kahwin, macam tu lah maksudnya. Beri peluang untuk anak cuba dan alami peranan-peranan penting yang ada.. jadi cikgu ke.. bomba ke.. tukang masak ke.. asalkan berkembang minda. Macam saya dengan Adam, rasanya ada dalam 3x juga saya beli mainan doktor-doktor untuk Adam.. set yang murah ada, set yang mahal sikit pun ada. tak pasti Adam tengok dari mana, tapi bila dia ambil syringe dan nak cucuk ubat pada tangan saya.. memang terkejut habis. Siap ada dialog.. “sakit sikit ye mak, mak jangan nangis..”
So, all in all, saya pun belajar banyak dari bermain dengan Adam. Semoga setiap dari kita diberi kesihatan tubuh badan dan emosi untuk kekal menggembirakan anak-anak dan memenuhi kehendak tumbesaran mereka.
Hingga jumpa lagi!