sekali marah, 5 kali sayang!

biasa kan emak ayah bila penat terlepas marah kat anak.
lepas tu rasa bersalah.

nak ulang balik masa tak boleh..
jadi nak buat macam mana ye?

SEKALI MARAH, LIMA KALI SAYANG. 
ingat mantra ni.
bagi setiap kali anda buat anak sedih, untuk ‘padamkan’ rasa sedih mereka tu.. anda kena bagi 5 kali rasa positif pada anak.

sayang-page-001

Peluk anak kuat-kuat ke.
Sebut mak sayang ke.
Masak makanan yang anak suka ke.
Baca buku kegemaran anak ke.
Atau turun bermain di lantai bersama anak. Lutut ke lutut. Dahi ke dahi.

Ini bukan main petik tau.
Ini hasil dari kajian saintifik.

#MendidikDenganIlmu
#CuddleCare
#KeluargaBahagia

Memilih mainan terbaik untuk si manja

Kanak-kanak memang suka bermain. Bermain bagi kanak-kanak adalah SANGAT PENTING. Sebabnya? Melalui bermain, mereka belajar cara bersosial, membuat keputusan, belajar sebab dan akibat dan juga berlatih seni kemahiran fizikal (gross motor skills & fine motor skills) yang diperlukan dalam kehidupan sehari-hari.

Jadi, jangan ingat bermain tu buang masa. Malah, masa bermain tu lah antara masa penting yang setiap kanak-kanak MESTI buat setiap hari.

All works and no play makes Jack a dull boy. 

Betul sangat!

Bila dah ada anak, mesti ibu bapa excited kan nak beli mainan itu ini? Kalau boleh, satu gedung Toys R Us tu nak dibelikan. Tapi..! tunggu dulu..

“Jangan manjakan budak dengan mainan. Minta apa saja dapat. Sebaliknya biasakan si manja dengan mainan yang sedikit agar dia pandai menghargai dan belajar berkongsi.”

Nasihat dari abah saya simpan kemas dalam ingatan. Bila dah ada anak sendiri, baru saya nampak apa yang abah cuba maksudkan.

toy2

Dalam memilih mainan terbaik untuk si manja, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian:

1.Mainan terbaik untuk kanak-kanak adalah yang bersifat open ended yang mana ia boleh dimainkan dengan 100+ lebih cara. Duit poket kita jimat, rumah kurang bersepah (sebab tak perlu beli banyak mainan) dan anak-anak dirangsang otaknya untuk lebih kreatif dan berimaginasi. Best kan? Contoh mainan open ended adalah seperti lego, blok kayu, anak patung, kereta mainan dan plastisin (playdoh).

2. Bagi anak yang berumur satu tahun ke bawah, belikan mainan yang berwarna-warni, ringan, mempunyai pelbagai tekstur, dan diperbuat daripada material yang tidak toksik. Bukan apa.. umur begini mereka belajar menerusi sentuhan, penglihatan dan deria rasa.  Mereka juga suka masukkan barang dalam mulut. Jadi, keselamatan amat penting dan perlu diutamakan!

3. Elakkan dari membeli mainan antik. Mainan sebegini selalunya dibuat pada zaman sebelum peraturan keselamatan terhadap mainan kanak-kanak dikuatkuasakan, jadi ada besar kemungkinan cat yang digunakan adalah dasar utamanya plumbum dan berbahaya kepada kanak-kanak.

4. Bila membeli mainan, pastikan beli mainan yang tidak mudah pecah/ tercabut/ tertanggal.

5. Pilih mainan yang bersesuaian dengan umur dan kemampuan anak-anak. Baca label mainan ye.

6. Think LARGE. Elakkan pembelian mainan kecil. Elakkan anak-anak dari tercekik.

7. Elakkan mainan yang menembak objek keluar/ ke udara. Tinggi risiko untuk mencederakan mata/ muka/ tercekik.

8. Sentiasa awasi dan pantau anak-anak sewaktu bermain di dalam ataupun di luar rumah. Malang tidak berbau dan sebarang kemalangan boleh terjadi. Mencegah lebih baik dari mengubati!

Belikan mainan yang terbaik untuk anak-anak di samping berikan perhatian terbaik untuknya. Jadilah ibu bapa yang prihatin!

 

Nak pergi bercuti ke idok?

Soalan yang mudah tapi jawapannya mungkin tidak. Tambah pula kalau anak isteri tanya tengah-tengah bulan. Sebelum nak menjawab ya tu, banyak benda kena fikir dulu.

  1. Duit belanja (pergi balik)
  2. Cuti (kerja melambak-lambak!)
  3. Destinasi percutian (percutian keluarga maksudnya tempat yang boleh buat anak-anak gembira; ada kolam renang, taman permainan, bla bla bla)
  4. Baju berjalan (iye la.. nak juga nampak cantik dalam gambar kan?)
  5. Barang-barang anak yang penting dibawa sekali (pampers, susu, mainan, pelampung, ubat demam, sweater, etc.)
  6. Kerja-kerja di rumah (baju perlu dibasuh dulu, nanti balik bercuti ada selonggok lagi baju nak kena basuh)
  7. Nak buat apa kat sana (takkan main kolam je kot? Tak ada jalan-jalan ke? Penat tau nak fikir itinerary ni..)

Rasa penat kan bila tengok list ni? Tapi..! Apa kelebihan kalau kita pergi bercuti sebagai satu keluarga?

Nak gembirakan hati seorang ibu bapa ni senang je. Gembirakan hati anak-anak mereka dulu. Bila si kecil riang gembira, automatik emak ayah happy.

Its that simple! 

Dan mungkin belanja dorang makan besar? Eheh.

Orang kata kalau nak kenal seseorang tu dengan lebih mendalam, pergilah mengembara dengan dia. Haa.. masa dalam perjalanan tu, banyak benda boleh belajar. Banyak memori manis boleh tercipta! Berkepuk-kepuk gambar boleh tangkap tau! Emak ayah pun akan belajar jadi lebih kreatif cari bahan nak pastikan anak tak bosan dalam perjalanan. Nak belajar bersabar ala-ala boot camp, inilah masanya!

Anak kecil ni seronok bila dapat tengok benda baru. Tambah pula kalau kita bawa dia buat aktiviti yang dia suka. Mereka mungkin tak ingat apa yang kita buat untuk mereka, tapi perasaan gembira, dihargai, disayangi, dan selamat bersama keluarga tu akan bersama mereka hingga dewasa. Itu yang buat mereka jadi lebih berani dan berkeyakinan!

Tak mampu ke luar negara, pergi dalam Malaysia pun boleh. Banyak tempat percutian yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dengan harga berpatutan. Yang penting perlu survey betul-betul dan pilih mana yang berkenan! Dan pergi dengan hati yang fleksibel. Sesuaikan dengan keadaan.

family vacation

Akhir kata, nak bercuti ke idok? Tepuk dada tanya selera!