Quality over quantity ANY time.
Aim for these — Times well spent with your loved ones, with plenty of hugs and kisses, and warm memories to last a lifetime.
Aim for these — Times well spent with your loved ones, with plenty of hugs and kisses, and warm memories to last a lifetime.
Tau tak apa benda yang paling banyak dibualkan oleh ibu bapa bila mereka berjumpa sesama mereka? Kalau tak cerita pasal kecomelan anak masing-masing, pasti mereka akan cerita tentang ‘hebatnya’ anak mereka bila mengamuk/ buat perangai atau tantrum. Tantrum ni sebenarnya adalah kemarahan yang berlaku secara tiba-tiba. Anak mudah tunjuk perangai bila dia lapar, terlalu letih atau mengantuk, berada di dalam situasi yang asing baginya dan boleh jadi juga anak mengamuk sebab apa yang dia hendakkan tak dipenuhi. Anak yang sedang tantrum sebenarnya cuba untuk mengatasi perasaan kecewanya.
Seperti yang saya pernah sebutkan dalam entry sebelum ini, setiap kelakuan anak adalah cara si kecil memberitahu apa yang sedang dirasainya. Jangan sia-siakan percubaan anak untuk berkomunikasi dengan kita dengan mengecop dirinya degil dan tak mahu dengar kata. Tantrum ni adalah satu perkembangan yang penting dari segi kesihatan mental dan emosi anak. Jom kita tengok apa sebenarnya yang menyebabkan tantrum ni baik untuk anak-anak.
1. Lebih baik lepaskan dari pendam.. betul tak?
Analogi yang mudah adalah apabila kita sakit perut memulas-mulas.. tentu kita rasa lega sangat bila akhirnya dapat ke tandas dan buang semua kan? Better out than in right? Macam tu lah juga dengan tantrum anak-anak ni. Bila mereka menangis dan mengamuk, mereka sebenarnya sedang melepaskan ‘stress’ mereka.
Crying is not the hurt, it is the process of becoming unhurt”
2. Anak berasa selamat dengan anda.
Anak kecil tak pandai nak manipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, terutamanya kita. Anak kecil tak dilahirkan dengan minda sebegitu. Perasan tak budak-budak yang sedang tantrum ni hanya buat perangai apabila bersama emak/ayah atau penjaganya? Selalu kita dengar yang orang lain puji baiknya anak kita.. tak buat perangai pun bila orang lain jaga.. tapi.. bila emak atau ayahnya balik… ha! All hell break loose! Terus menangis la, tergolek-golek atas lantai, sambil jerit jerit.. padahal tadi elok je. Itu sebabnya anak kecil hanya akan tunjuk ‘perangai terbaiknya’ bersama orang yang dipercayainya sahaja. Jadi, bila anak tantrum depan anda, terimalah ia sebagai pujian paling hebat! You are his most trusted person in this world!
3. Menangis membantu anak anda belajar.
Kadang-kala si kecil ni menangis hanya untuk lepaskan perasaan geram dan kecewanya sahaja. Frust sebab tak dapat susun lego jadi bentuk rumah ke, frust sebab tak dapat ambil bola yang termasuk bawah kerusi ke, dan lain-lain. Bila mereka dah lepaskan perasaan geram mereka tu, kemudian mereka akan lebih tenang dan percayalah.. mereka akan cuba fikir dan usaha lagi teruskan apa yang mereka tak berjaya selesaikan sebentar tadi! Jadi, jangan cepat sangat step in bila anak tantrum.. beri masa untuk si kecil tenangkan perasaannya sendiri.
4. Anda kata TIDAK padanya.
Ini point yang sangat penting. Sayang anak jangan sehingga kita biarkan si anak bermaharajalela buat apa yang dia suka. Adakalanya anak buat perangai sebab anda tak penuhi permintaannya.. contohnya si kecil nak main pisau, main api, atau lompat-lompat atas katil. Itu semua adalah perbuatan yang boleh membahayakan dirinya, jadi bila anda kata tidak padanya, itu sebenarnya sedang mengajar mereka apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh. Berkata TIDAK pada anak kecil bermaksud anda adalah ibu bapa yang baik, tak takut mendidik dan berhadapan dengan proses menjaga yang lebih rumit dan menyusahkan. It’s always easier to give in and said yes to the kids.. but that is wrong. Be firm with your limit and teach them gently why they cannot do it.
5. Tantrum bantu anak uruskan emosinya dalam jangka masa panjang.
Adakalanya, emosi anak kecil yang tak terkawal ditonjolkan melalui cara lain, seperti bersikap agresif, tak mahu berkongsi barang-barang dengan orang lain, ataupun langsung tak beri kerjasama dalam menyelesaikan kerja-kerja ringan seperti berus gigi, pakai kasut dan sebagainya. Tantrum dalam hal ini membantu anak kecil untuk melepaskan rasa marahnya dengan cara yang lebih selamat dan mudah. (bersabarlah ye ibu bapa sekalian.. beberapa minit je.. jangan kita pula jadi macam si kecil.. ikut jerit sekali)
That is so true.. ISN’T IT? haha!
Well, the least we could do is just HAVE FUN with it. Enjoy!!
Dari sebelum kahwin lagi, saya suka budak-budak. Almaklum, mereka ni tak pandai menipu dan bila tengok mereka bermain tu, memang nampak seolah-olah dunia ini tak ada masalah. Ada banyak perkara yang kita boleh jadikan teladan. Jangan ingat kerana mereka kecil, tak ada apa yang kita boleh belajar dari mereka. Jom belajar melihat dunia dari kaca mata mereka.
1.Menyapa orang lain dengan penuh semangat.
Kalau tanya ibu bapa yang lain, saat anak kecil la waktu paling indah. Bila tengok mereka bergegas lari ke pintu sambut kita balik, lihat tangan kecil (tapi tembam) mereka tu lambai lambai kita.. dengar mereka jerit panggil mak ayah.. lupa segala masalah. Hilang segala kekusutan. Kalau nak tegur orang cara si kecil ni, tegurlah dengan ikhlas. Sapalah dengan penuh senyuman. Dan raikanlah dengan sepenuh hati. Barulah jiwa dapat rasa nilai sayang yang diucap-ucapkan tu..
2. Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang menyeronokkan
Dengan si kecil ni, lagi lama kita kejar dia, lagi jauh kita bawa dia jalan kaki, lagi seronok dia. Asalnya nak tidur, nampak kawan-kawan datang, terus bangun nak main. Lari lompat sini sana. Bila badan berpeluh, bakar lemak bagai, barulah badan sihat. Hati pun jadi seronok dan muka lebih berseri! (tu kesan hormon endorfin yang keluar bila kita bersenam). Jangan lihat aktiviti fizikal sebagai beban, sebaliknya anggap sebagai hadiah. Hadiah untuk hidup lebih berkualiti!
3. Berani kata TAK NAK.
Ini point menarik. Cuba anda perhatikan, berapa ramai ibu bapa di luar sana yang dapat beri juga anak mereka makan sayur apabila si kecil tu menolak kata tak nak? Realiti yang agak sedih (huhu), tapi bukan itu yang saya nak tonjolkan. Sebaliknya, lihat pada semangat dan keberanian si kecil ni menolak. For them, no means no! Tak ada dolak-dalih. Tak ada selindung-selindung. Tak suka cakap tak suka. Bila kena paksa juga mereka ‘tekankan’ lagi sekali pendirian mereka dengan menjerit dan menangis. Kita tak payah lah jerit nangis tu.. cuma ambil semangat je. ok?
4. Nak sesuatu, usaha! Tak dapat? Usaha lagi!
Point yang ini lebih kurang sama macam no 3 tadi. Bila si kecil nak sesuatu, mereka akan cuba dapatkan. By hook or by crook. Nak ambil bola bawah meja? Si kecil berjalan satu langkah demi satu langkah. Tersangkut pula.. cuba tundukkan badan, merangkak sampai dapat. Tak dapat juga? Nangis panggil minta tolong (selalunya mereka akan cuba buat juga sendiri sampai dapat juga).
5. Kegagalan adalah satu perkara biasa.
Pengalaman lihat anak belajar bertatih memang mengharukan.. jatuh bangun banyak kali tapi masih bangun dan cuba lagi! Sakit terjatuh, si kecil nangis sekejap je. Kemudian dia cuba lagi. Semangat daya juang mereka ni.. jika kita terapkan dalam kehidupan seharian kita.. kita lah yang akan paling digeruni musuh! Sebab kita tak mati dengan kegagalan. Tak berjaya.. so what? We can always try again.
6. Little things matter.
Anak-anak mudah tersenyum dan gembira dengan pelbagai perkara. Kenapa? Sebab pada mereka, semua benda adalah benda baru. Semua benda adalah menarik. Semua benda adalah berharga. Tak banyak benda yang mereka perlukan sebenarnya. Asal berikan kasih sayang dan perhatian secukupnya, hatta semut halus melintas pun boleh jadi satu kenangan yang menggembirakan!
7. Minta tolong bila tak dapat selesaikan sendiri.
Dalam hidup, tak ada siapa pun yang tahu buat semua perkara. Belajar amati kelemahan diri sendiri dan ketahui apa limit masing-masing. Bila dengar suara anak kecil minta tolong.. rasa tercuit hati. Comel je suara mereka tu. Budak-budak ni.. selagi mereka boleh buat sendiri, mereka takkan minta tolong. Tapi, bila mereka sedar yang mereka tak dapat buat, memang mereka tak segan-segan minta tolong. Selamatkan diri sendiri dari kemusnahan dan penderitaan! Life is meant to be shared!
8. Tidur bila letih.
Pernah dengar istilah power nap? Untuk si kecil, tidur bukan sekadar tidur atau lari daripada kenyataan. Masa tidur adalah masa untuk caj badan, rehatkan otak, dan tumbesaran badan. kalau mereka tak mengantuk, tak payahlah tepuk dodoi bagai.. memang tak akan lena! Kalau letih tu ataupun dah sampai waktu tidur yang ditetapkan.. 20-30 minit pun adakalanya dah cukup untuk mereka. Jadi, contohi si kecil apabila sampai bab bab tidur ni. Tidur untuk menyihatkan dan tidur bila perlu saja!
Nampak remeh tapi penting dan banyak faedahnya. Akhir kata, tak semua orang boleh ajar kita sesuatu, tapi kita boleh belajar sesuatu daripada semua orang.
Moga perkongsian hari ini bermanfaat!