Menyambut hari ibu di kala pandemik.
*ini sekadar luahan kisah seorang ibu yang turut bergelar frontliners*
Bekerja sebagai seorang doktor di bahagian kesihatan awam membawa saya kepada satu pengalaman yang tak mudah dilupakan. Melihat bagaimana kebanyakan negara termasuklah bumi Malaysia tercinta, satu-persatu terkesan dengan pandemik COVID19 dan menutup sempadan mereka. No more world without borders. Arahan kawalan pergerakan (movement control order) dilaksanakan dan tatkala orang lain berada di rumah, saya dan suami pula sebaliknya (kami dua-dua orang kesihatan). Cuti kami dibekukan dan anak ditinggalkan bersama jiran yang sudi menjadi pengasuh sementara taska ditutup. Saya masih ada ibu bapa yang tinggal berdekatan, tapi apabila memikirkan risiko jangkitan COVID19 kepada golongan yang berumur, saya dan suami akur kepada situasi ketika itu. Tak mahu virus itu dibawa pulang dari tempat kerja dan menjangkiti orang tua kami. Mujur Allah datangkan pengasuh yang baik dan sudi menjaga anak kami.
Hari-hari berikutnya menyaksikan saya sering pulang lewat malam. Tinggal di kawasan zon merah, kes memang bertali-arus. Ambulans sambung-menyambung hantar kes ke hospital. Telefon pun tak lepas dari tangan. Operasi menyaring pesakit pula memang sentiasa ada. Dari kontak rapat, kluster tabligh, kluster istana, kluster luar negara, kluster pasar borong hinggalah ke rumah jagaan orang tua. Kami masih teguh berjuang demi negara. Alkisahnya, bila balik ke rumah, badan (dan otak) memang keletihan dan cari katil saja.
Dan di sini, bermulalah episod tantrum si Adam. Merengek minta perhatian. Buat perangai minta disayang. Sedih sangat rasanya masa tu. Peluk cium bau masam anak tu lah jadi penawar segala keletihan kerja sehari-hari. Tak dapat saya bayangkan bagaimana teman-teman seperjuangan yang mana anak-anak mereka tiada di sisi (kerana dihantar untuk dijaga orang tua di kampung). Kesian juga pada suami, rumah asal kemas (yang selalunya tak kemas pun) dan makan minum seadanya (selalu beli saja). Anak memang suami yang hantar dan dia jugalah yang mengambil dari rumah pengasuh. Pengorbanan seorang suami menerima seadanya keadaan tugas saya yang sangat mendesak. Sebuah pengorbanan yang pada saya tak ternilai harganya. Saya ada banyak sesi one-to-one dengan Adam. Peluk dia. Dan saya selalu ceritakan pada nya apa kerja saya, ke mana saya pergi, apa yang saya buat di lapangan dan yang paling penting apa tujuan kerja saya. Biarpun umur Adam tak sampai 4 tahun, tapi dia faham tugas emak ayahnya di luar. Berjuang untuk negara. Sampai si kecil tu pun boleh bagi ‘pesanan penaja’ pasal virus dan etika batuk. ^w^
(point sy: Sampaikan maklumat yang sebetulnya dan jangan berahsia dengan si kecil. Biarpun kefahaman mereka tak sedalam orang dewasa, tapi jangan disangka yang mereka ni tak tahu langsung. Mereka faham asal saja kita jelaskan dalam bahasa yang mudah untuk mereka faham).
PS: Terima kasih hubby. For everything <3.
Fast forward two month later. We are here with cases coming down (but work still as much as before). Dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (ada sedikit kelonggaran). I’m happy to note that we’re surviving (thank you very much) and healthy and happy we still have each other to go home to. Pengajaran paling penting yang saya dapat dari pandemik ni adalah perspectives. Buruk kaca mata kita, buruklah pandangan yang kita nampak. Kemusnahan, kematian dan kesengsaraan. Tapi jika baik pandangan kita, biarpun ada sisi hitam yang mencela, sisi baik itulah yang kita kedepankan. Lihat kepada apa kebaikan yang kita dapat dari semua ini.
- Betapa setiap saat (secara virtual atau realiti) bersama keluarga itu sangat berharga.
- Mujur juga pandemik ni berlaku di sangat dunia maju dengan teknologi. Mudah untuk kita bervideo call, tele-conference dan sebagainya. Yes, we are two world apart, yet we’re close to heart gitu..
- Tak banyak benda yang kita perlukan untuk hidup sehari-hari. Banyak sebenarnya harta kita ni.
- Bagi yang tinggal di rumah or work from home, pandemik ni mengajar kita untuk lebih kreatif dengan masa dan tugas yang ada. Never say never!
All in all, we’re good here.
=================
Semoga kesihatan dan kebahagiaan ini dikekalkan dan dirahmatiNya.
Jaga kesihatan diri ya semua.
Salam Hari Ibu buat ibu-ibu walau di mana jua anda berada.