cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar?

Salam semua. Tak sangka dah sampai kita ke tahun 2022. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan kepada kita, dan dijauhkan kita dari segala musibah dan bencana.

Saya tertarik dengan peribahasa ni: Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Saja terfikir nak kupas dari segi ilmu keibubapaan. Semua maklum, anak-anak ni mereka seperti spongue. Serap semua benda, baik yang dilihat depan mata, dan juga apa yang didengar oleh mereka saban hari.

Jadi, kalau anak-anak mula menuturkan ayat-ayat yang tak sedap didengar ataupun berkelaku yang bukan-bukan, tak perlu cari jauh-jauh.

check video apa yang kita biarkan anak lihat saban hari?

muhasabah balik bagaimana kelaku kita di depan anak-anak?

reflect semula bahasa dan cara percakapan kita.

lihat balik, bagaimana cara kita ‘bergaduh’ depan anak?

Adakalanya, kita ni tak sedar. Termasam muka, ternaik tona suara, terkasar bahasa, dan macam-macam ‘ter’ lagilah depan anak-anak. Kita ni ibarat cermin pada kelaku anak-anak.

How they see it, is how they gonna show it.

Pada masa yang sama, kita tak perlu mengejar kesempurnaan. Dalam erti kata lain, ya kita mahu modelkan perilaku dan percakapan terbaik, tetapi jangan sampai memakan diri.

Nak jadi perfect ni bukan mudah (dan tak akan boleh dicapai). Lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan anak jika kita tunjuk pada mereka yang kita pun manusia biasa, ada salah dan silap. Cara macam mana nak menghadapi situasi dan kesilapan yang berlaku, itu lebih human dan bagus untuk perkembangan anak-anak.

coretan pendek saja kali ni.

Just to keep the ball rolling.

Till we meet again.

Salam Tahun Baru 2022 ❤


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s