Soalan hari ini: Adakah anda mendengar suara hati si anak?

Jumaat lepas, berlaku satu peristiwa yang buat saya banyak berfikir. Muhasabah diri sedalam-dalamnya, lihat ke dalam diri – adakah saya seorang ibu yang baik atau tidak? Alkisahnya, rakan sepejabat saya membawa anak lelakinya ke ofis kami. Lepak-lepak sementara menunggu masa untuk menghantar anaknya ke kelas agama petang itu. Diberinya anaknya ini main Youtube bagi memenuhkan masa rehat yang panjang itu sambil emak sendiri berehat main telefon di sofa berdekatan. Sound so familiar right?

Obviously, the next cliché thing happen. Si kecil (berumur 7 tahun) itu tak jumpa video kegemarannya, merengek pada si ibu, ibu pun tak tahu video apa.. and Kaboom! Things escalated so fast. Tiba-tiba, dari menangis biasa bertukar jadi full blown tantrum, siap dengan ketuk-ketuk kepala dengan botol air. Lagi dipujuk, lagi menjadi. Satu-satu rakan sekerja pergi pada si anak ni, cuba untuk menenangkan dia. Ada yang sua duit kertas, ada yang sua coklat, dan ada juga yang cuba takut-takutkan si anak dengan Ustaz Garang di sekolah agama yang si anak kena pergi sekejap lagi. Dah tentulah si anak ni tambah meraung.

Dalam hati, saya terdetik. Salah apa yang mereka buat ni. Seolah-olah si anak tu sakit kepala, tapi yang disua ubat sakit perut. Takkan hilang sakitnya kalau ubat yang diberi tak menjurus tepat pada punca. Betul tak? Tapi, saya pun dalam dilema. Nak tegur, saya tak rapat sangat dengan kawan sekerja tu (dia pun jauh lebih tua dan anak pun lebih ramai dari saya). Tak tegur, pun salah juga. Takkan nak berterusan dibiarkan si anak tu menangis teresak-esak sampai macam nak putus nyawa?

Mula-mula saya biarkan aje. Dalam hati dok berharap ada orang lain mampu tenangkan si anak. Mungkin rimas dan malu agaknya si anak dok buat bising di kala orang lain nak berehat, si ibu bangun dan marah anaknya. Dipaksa bersiap untuk ke sekolah agama lebih awal. Tersentuh hati saya bila lihat si anak yang pada mulanya dah reda menangis meraung semula. Tangkas saya bangun, terus menghadap si anak. Saya duduk berlipat lutut (supaya saya duduk sama tinggi dengan si anak yang sekarang duduk di atas kerusi) dan saya pegang tangannya. Dia tarik tapi saya pegang lagi. Dengan lembut. Dan saya tengok matanya. Dengan penuh kasih. Saya bisik perlahan pada dia, “kenapa ni? Cuba cerita. Meh Aunty dengar”. Saya tanya juga.. “Aunty peluk boleh?” Dia geleng. Dan saya tak paksa.

Saya dapat rasakan pada mulanya si anak tak selesa. Dua tiga kali dia pusing badan, tak nak tengok, tapi setiap kali juga saya pusing kan badan hadap padanya. Cuma bezanya kali ini, saya pegang tangan, si anak tak tarik semula. Bila dia tengok mata saya, saya ulang lagi ayat yang sama. Fokus hanya pada si anak. Jangan dengar/buat benda lain. Si anak dah berhenti meraung, hanya tersedu-sedu menahan nangis. Saya tanya lagi: “XXX (nama dirahsiakan), marah ke? Dia geleng. Sedih ke? Dia geleng lagi. Frust? Dia angguk. Frust sebab apa? Mulut anak kumat-kamit menyebut sesuatu. Tapi saya tak pasti apa yang dia cuba sampaikan. Saya dekatkan telinga. Tanya lagi. Saya dapat tangkap perkataan komputer – video- tak ada. Saya ulang balik pada nya: XXX frust sebab nak tengok video tapi tak ada? Dia angguk. Dialog seterusnya berkenaan video apa yang dia nak cari.. bersungguh si anak cerita. Saya tak buat apa pun, hanya angguk, dan pegang erat tangan dia. Bila nampak dia dah tenang sket, kami sambung cerita pasal video youtube tu. (dia nak tengok video shooting game character Plant vs Zombies). Kebetulan saya sendiri ada pengalaman main game ni dan memang suka character dalam game tu.. cerita sket saja, tapi anak dah tersenyum dan OK.

Saya balik ke meja sendiri, dan offer si anak main game tu di laptop saya (saya dan anak main game ni). Saya riba dia dan kami main sama-sama. Tak sampai 5 minit pun, tapi si anak dah happy dan sendiri sebut ready nak ke sekolah agama. Apa yang buatkan si anak respons pada saya dan bukan pada yang lain?

Jawapannya mudah:

  1. Approach anak dengan niat untuk memahami bukan untuk menyelesaikan masalah, dan jauh sekali untuk menghukum.
  2. Bila bercakap dengan anak, biar lah anda sama level dengannya. Mata bertemu mata gitu..
  3. Create your own bubble. Kalau dia anak saya, memang saya dah peluk rapat2. Sebab dia bukan keluarga, saya hati-hati sket. Memadai dengan pegang tangan. Saya cakap pun perlahan saja, hanya untuk saya dan dia saja yang dengar.
  4. Validate his/her feeling. Berikan nama pada perasaan yang sedang dia alami. Marah/ sedih/ kecewa/ tak puas hati/ dan sebagainya.
  5. Ulang semula apa yang dia sebut. Supaya anda betul2 pasti memang itu yang si anak cuba sampaikan.
  6. Beri nonverbal clue yang anda mendengar apa yang dia sampaikan. Angguk, usap tangan, pegang hati tanda sakit, dan lain-lain. Tak perlu cakap banyak.

Percayalah, bila si anak rasa yang anda mendengar apa yang dia cuba sampaikan, esak tangis semua akan hilang sendiri. Tak perlu sua jalan penyelesaian pun. Sebab anda dah MENDENGAR SUARA HATINYA, bukan apa yang dia sebut semata-mata.

Kisah ini memang buat saya terfikir-fikir sampai lah ke hari ini. Betapa rupanya teknik yang saya guna dengan anak sendiri juga berhasil dengan si kecil yang lain.

Selamat mencuba dan selamat mendengar isi hati si anak!

All the best!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s