Tips mengembara di perjalanan bersama anak yang demam.

Maaf dah lama tak menulis. Sejujurnya, entah dari mana Allah beri kekuatan untuk kembali ke sini, untuk sama-sama berkongsi kebaikan dan memperbaiki peribadi kita selaku seorang ayah/ibu/ mereka yang dekat di hati kanak-kanak.

Menjaga anak sakit/demam memang penat, bertambah-tambah penat lagi apabila terpaksa pula kita mengembara jauh di perjalanan bersama si manja yang sedang tak selesa tubuh badannya! Bak kata orang tua, buat apa cari nahas kan? Apa pun, kehidupan mesti diteruskan, dan adakalanya itu sahaja pilihan yang ada iaitu bawa sekali anak yang demam di perjalanan. Apa jua perjalanan (baik di udara, laut ataupun darat yang melebihi satu jam.. itu sudah dikira JAUH untuk kes ini).

Pengalaman saya menjaga anak demam sehingga hampir 12 hari berterusan (T_T), anak kami pula ada sawan tarik @ febrile fit, jadi kena selalu berjaga-jaga kawal suhu badan anak supaya anak tak dilanda sawan tarik dek kerana suhu badan terlalu panas/ naik mendadak. Nak cakap memang seksa.. sampai 5 kali ulang cucuk ambil darah, tukar pasang cadar tilam/ baju sebab anak muntah, bagi anak makan ubat on time + cukup minum air.. sampai saya dan suami pun demam sekali.

Apa sekalipun, kehidupan mematangkan kita. dan sebagai ibu bapa yang baik, kita perlu sentiasa belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk buat yang terbaik demi anak-anak.

Oleh itu, sedikit tips untuk para ibu bapa yang tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa mengembara di jalanan bersama anak yang demam:

1. Kemas siap-siap ubat-ubatan anak dalam beg tangan yang SENTIASA KITA BAWA bersama (klu: handbag anda). 

Lebih baik kalau boleh pre-pack dalam beg plastik lutsinar ala-ala pergi airport tu. Sebabnya, bila kita travel, adakalanya kita perlu kurangkan beg/ kalut sampai tertinggal beg.. jadi penting untuk kita pastikan ubat-ubatan anak ada bersama kita SEPANJANG MASA untuk kegunaan bila perlu.

Alasan kedua: kalau kita letak dalam beg anak, kadang-kadang kita termasukkan beg anak dalam bonet kereta/ check-in luggage, dikhuatiri ubat anak rosak disebabkan suhu panas/ perubahan suhu mendadak. Bila ubat rosak, bawa pun tak guna sebab tak boleh beri.. betul tak?

2. Bila pack ubat anak tu, jangan lupa kemaskan sekali syringe atau sudu khas untuk beri ubat anak. Letak dalam satu bekas yang sama untuk akses mudah. 

Ini penting sebab ubat perlu beri pada masa yang betul, dengan DOS YANG BETUL dan dengan cara yang paling baik untuk MEMAKSIMAKAN peluang anak dapat ubat sepenuhnya.

kembara2

Take no chances when it comes to giving medication to your child.

3. Pastikan anak cukup minum air.

Bila anak kurang minum air, demam boleh jadi lebih teruk. Anak pun jadi tak berapa bermaya. Ini merbahaya untuk si kecil ya! Klu mudah nak tengok anak cukup minum air ke tak, cuba kira berapa kali bawa anak ke tandas untuk buang air kecil atau cuba kira berapa kali anda perlu tukar pampers anak. Kalau memanjang ringan je pampers ataupun air kencing anak sikit je/ nampak pekat kekuningan.. itu tandanya masih kurang air dalam badan anak.

Anak tak nak minum susu? Tak nak makan? Tak apa. Apa yang boleh dia minum masa tu, layankan aje.

Gol kita adalah untuk pastikan tahap hidrasi anak bagus.

Air kotak, sup kosong, air vitagen ke.. kalau itu yang anak boleh minum masa tu, beri saja. Adakalanya bukanlah anak ni nak mengada-ngada, tapi tekaknya sakit atau tonsil bengkak ke.. tak boleh nak telan. Macam kita lah juga, bila demam.. tekak rasa perit dan tak selesa.

4. Bawa baju persalinan + sapu tangan/ tuala kecil + plastik kosong bersama anda SEPANJANG MASA. 

Bukan apa, kita perlu bersedia untuk kemungkinan anak muntah di perjalanan. Jangan jadi macam saya, menadah muntah anak dengan tangan sampai 5 minit di perjalanan! Saya pun nyaris muntah sekali tau.

5. Jika boleh, travel bersama orang lain untuk sokongan tambahan. 

Anak yang demam ni suka merengek, nak bermanja minta dipeluk/ dibelai sentiasa. Kalau anda dapat riba anak dan usap tenangkan dia sepanjang perjalanan dan biarkan orang lain yang memandu, itu lebih baik.

Si dia dapat fokus pada perjalanan dan anda fokus pada anak.

Simple kan?

6. Pendekkan masa perjalanan (jika boleh). 

Lebih lama masa anda di perjalanan, lebih tinggi risiko untuk demam anak menjadi lebih teruk.

7. Pastikan anak pakai baju yang sesuai dan selesa. 

Perlu ambil kira suhu semasa sewaktu di perjalanan. Bersedia untuk sebarang kemungkinan: suhu aircond yang terlalu sejuk, kereta yang panas di waktu tengah hari, dan lain-lain.

8. Sabar dan terus bersabar. 

Senang untuk diungkap tapi realitinya sukar untuk dilaksanakan. Saya doakan anak tuan-puan sihat selalu dan segala urusan kita dipermudahkan.

Hingga jumpa lagi!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s