Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar Adam Naufal anak manja saya dah hampir mencecah usia 2 tahun. Belum cukup dua tahun lagi tapi dah ternampak kelibat kenakalan a.k.a Terrible Twos. Sudah pandai memberontak, mengamuk sehingga guling-guling di lantai, berlari bila nak pakai baju, main kubu dan perang-perang biarpun dah lewat malam, dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang terrible lah! Haha. Memang tercabar kesabaran dibuatnya.
Sebenarnya, bila berhadapan dengan apa jua masalah sekalipun, cara nak selesaikan adalah dengan HADAPI ia dan FAHAMI kenapa ia berlaku.
Dari situ, kita akan lebih mudah berlapang dada, dan lebih bagus lagi .. dapat cari penyelesaian terbaik untuk mengubah/menghadapi masalah itu.
Anak kecil yang baru menginjak usia 2 tahun ni bukan saja-saja nak buat perangai. Mereka sebenarnya sedang mengalami satu proses perkembangan otak yang pesat: perkataan yang mereka faham dan tahu sudah semakin banyak, otot badan semakin kuat jadi bolehla nak buat itu ini dan cuba macam-macam, dan ini fasa di mana mereka belajar untuk mengenal dan menerima apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.
Tup Tup.. emak ayah asyik dok marah, asyik kata TAK BOLEH, dan setiap langkah asyik terhalang.. maunya tak mengamuk si kecil tu.
Si kecil tak buat perangai untuk saja-saja buat ibu bapa mereka marah, sebaliknya mereka nak BERITAHU perasaan mereka (dalam erti kata lain, itulah cara mereka berkomunikasi/ menyampaikan perasaan ‘terbesar’ mereka pada ketika itu).
Tak ada istilah tunggu dalam kamus hidup si manja yang berumur dua tahun ni.Apa dia nak, masa tu juga dia mahu. No delayed gratification for them. Sebab tu bila kehendak mereka tak dipenuhi, mengamuk la jawabnya! Jadi, ibu bapa sekalian, jangan ambil hati ya!
Cara nak atasi kelakuan mereka ni..
1)Beri ruang kebebasan untuk mereka (promote independence).
Bebas dari segi memilih agar mereka boleh belajar membuat keputusan dan merasai nilai berdikari (yang sangat-sangat mereka idamkan).
Boleh mula dengan perkara yang kecil-kecil dan tak mendatangkan bahaya. Contoh:
a) pilih warna baju yang nak dipakai hari itu. Kalau takat nak duduk di rumah dan tak perlu hadiri apa-apa majlis, beri mereka peluang untuk pilih apa yang mereka mahu.
b)Tanya pada si manja apa yang mereka nak main (jangan terus disogokkan permainan pada mereka).
c) ajak mereka masak sama-sama (gaul salad/ uli doh/dll.)
Pastikan soalan yang ditanya hanya ada dua pilihan jawapan.
Close ended questions k.
Contoh>>> Nak pakai baju gambar badak ke baju gambar zirafah?
Kenapa >>> supaya mereka ni tak overwhelm dengan soalan dan pilihan. Kita hanya nak didik dan beri peluang mereka rasa kebebasan, bukan nak mereka betul-betul bebas! Ok?
2) Rumah yang mesra permainan.
Si manja nak buat kubu dengan kusyen sofa, biarkan selagi tak mengganggu orang lain/ merbahaya.
Si manja nak main lompat-lompat? Sediakan alas penahan agar si manja tak cedera dan jauhkan dari bucu-bucu tajam.
Lagi bagus, anda join main skali. Baru betul-betul bonding time!
Memang susah nak buat, tapi jangan lupa..kanak-kanak belajar dari bermain. Jadi, main untuk si manja bukanlah masa yang terbuang sia-sia.
3) Berikan sokongan emosi pada anak.
Ini paling penting dan paling selalu kita lupakan.
Kehidupan boleh jadi sangat menyeksakan apabila kita kecil. Apabila anak-anak ini merajuk/mengamuk/buat perangai, mereka sebenarnya mahu dipeluk dan disayangi.
Saya suka guna mantra CONNECT INSTEAD OF REDIRECT. Mengalihkan perhatian mereka ketika mereka sedang tantrum memang bagus. Alangkah bagus lagi bila kita fahami dan berikan makna pada perasaan si manja tadi. Agar si dia mampu untuk mengendali emosi sendiri dengan lebih tepat dan baik.
Trust me, it’ll help you a long way from now.
Percayalah, ia akan sangat-sangat membantu di masa hadapan.
Akhir kata, jom ubah perspektif kita. Daripada fokus kenakalan anak dan Terrible Twos ni, apa kata kita jadikan ia Tremendous Twos? Fasa umur yang penuh dengan magika dan detik di mana si manja belajar mengenali identiti diri. Barulah yang negative menjadi positif, dan setiap keringat menjadi rahmat!
Mari mendidik dengan ilmu dan sabar!
Menjadi bekal di masa nanti, ketika mendidik anak dengan ilmu, pesan yang berhikmah.
Senang mampir di sini. Terima kasih atas sharing ya Bunda Adam Naufal. Senyum perkenalan, 😊😊😊
LikeLike
Artikel sangat bermanfaat sekali
LikeLike
I love it when people come together and share opinions. Great site, continue the good work!
LikeLike