Anak tumbuh gigi adalah satu keadaan yang sangat ditunggu-tunggu (ye ke?). Senyum comel mereka tu bertambah manis dengan hiasan gigi sebatang dua.. rasa macam seronok je dengar anak gelak terbahak-bahak sambil tayang gigi mereka.. tapi..! sementara nak keluar gigi tu.. dia punya seksa.. masyaAllah! Ada anak yang cool je, paling kuat pun merengek sikit waktu tidur+air liur meleleh.. tapi ada juga yang meragam saban masa+tak boleh tidur malam+demam. Oh! Serena Williams pun tweet tau pasal perasaan hopeless nya dia melihat anak sakit nak tumbuh gigi.
Jadi, kenapa sakit ye?
Dah tentulah, gigi kan keras.. proses nak keluar dari gusi tu menyebabkan gusi si manja jadi bengkak dan meradang a.k.a sakit!
Berapa lama sakit nak tumbuh gigi ni?
Dari permulaan gusi membengkak sehinggalah bengkak surut semula (selepas gigi keluar dari permukaan gusi). Tak ada jangka masa yang tepat tapi secara purata dalam seminggu untuk SEBATANG gigi.. so, kalau anda check mulut tengok ada bayang 4 batang gigi nak keluar.. so kalilah berapa hari.. dan anda sendiri pun boleh agak kenapa anak anda meragam sangat sepanjang tempoh tu.. (god bless you.. semoga dipermudahkan..). Pengalaman saya dengan Adam, gigi pertama keluar waktu Adam umur 7 bulan.. dan paling lama gigi dia nak keluar (dari gusi bengkak dan ada bayang gigi hinggalah keluar sepenuhnya) satu bulan. Tapi nasib saya agak baik sebab Adam termasuk golongan yang cool tadi.. baju+tudung je lah basah kena air liur dan tangan kena gigit bila Adam rasa tak selesa (sakit ya amat!! Tapi better saya yang sakit dari dia.. Saya sure emak bapa yang lain pun ada sentimen macam saya jugak )
Apa waktu umur yang sepatutnya gigi keluar?
Tak ada jangka waktu yang tepat gigi keluar. Selalunya, paling awal umur 6 bulan. Paling lambat, umur 2 tahun 1/2. Kadang-kadang gigi tak keluar lagi tapi bayi dah nak makan benda-benda keras/ suka menggigit.. itu petanda awal gigi dah nak keluar.
Macam mana nak tolong hilangkan kesakitan si manja?
Kita tak dapat nak hilangkan sepenuhnya tapi kita dapat KURANGKAN sakit si manja. Caranya?
- Urut gusi anak yang membengkak. Pastikan tangan bersih atau gunakan kain lembut yang bersih.
- Beri anak teether untuk digigit. Lagi best kalau disejukkan dulu (letak sekejap dalam bahagian bawah peti ais; bukan dalam bahagian sejuk beku). — Cara ni tak jalan dengan anak saya.. saya ganti dengan ketulan ais batu.. baru ok. tapi hati-hati, jangan bagi besar sangat dan jangan terlampau banyak. Limit satu dua je sebelum tidur.
- Bagi anak makan makanan keras (Contoh: biskut bayi yang dibuat khas untuk melegakan teething pain.) — yang ni Adam suka sangat!
- Pastikan air liur dilap selalu. — ini penting. Dalam kes Adam, kadang-kadang air liur tu sampai meleleh ke leher, bercampur dengan peluh menyebabkan kulit Adam meradang. Kesian Adam tergaru-garu.
- Boleh ke bagi ubat Paracetamol a.k.a ubat demam? Paracetamol ni adalah ubat tahan sakit yang selamat untuk si kecil. Kalau nak bagi sebagai ubat tahan sakit, pastikan anda BETUL-BETUL PASTI anak merengek (dan/atau demam) disebabkan oleh sakit nak tumbuh gigi.. dan pastikan anda beri DOS yang BETUL. Kalau tak pasti, rujuk kepada doktor. Habis cerita.
- Boleh ke guna teething gel? — dulu-dulu, yang famous Bonjela.. Pakar kanak-kanak tak galakkan guna. Takut bayi tertelan. Bukan apa, gel ni selalunya ada local anesthetic (ubat tahan sakit) , dan kesannya sekejap saja disebabkan oleh bercampur dengan air liur anak (yang sememangnya banyak masa tu).
Kalau terpaksa guna juga:
- Pastikan ia gel yang TIDAK ditambah sebarang gula (sugar-free) dan gel itu memang dibuat khas untuk bayi. Sebabnya, gula boleh menyebabkan gigi reput (tooth decay) .. Kan kesian.. tak sempat gigi nak keluar, dah terdedah dengan risiko mereput.. T_T
- JANGAN GUNA LEBIH DARI YANG DISYORKAN.
- Jika anak anda berusia 4 bulan ke bawah, sila rujuk doktor terlebih dahulu.
Dan yang terakhir.. yang paling penting.. TLC! TENDER LOVING CARE!
7. Rajin-rajinlah peluk anak, peluk cium dengan penuh kasih-sayang. Kemesraan dan kelembutan anda pada si manja akan buat si manja jadi lebih selesa dan rasa difahami. Bila anak selesa, ibu gembira. Dan bila ibu gembira, ayah tak pening kepala! betul kan? Hehe.
Yang baik kita kongsikan dan sama-sama amalkan!
Terima kasih banyak-banyak atas info yang bermanfaat.
LikeLike
terima kasih sudi baca!
LikeLike