Kuman di seberang kita nampak tapi…

Saban hari, banyak cabaran yang seorang ibu atau ayah hadapi. Kekalutan nak mengejar pelbagai dateline kerja di samping memastikan hak seorang pasangan dan anak di rumah ditunaikan sebaiknya. Adakalanya, apabila yang dirancang tak menjadi dan yang dihajatkan tak kesampaian.. hati jadi bengang. Mulalah nak naik angin, masam muka, naik suara bagai. Habis semua orang jadi salah. Kuman di seberang kita nampak sedangkan gajah besar di depan mata kita tak nampak. Ooops! Rewind please! 

Saya menerima satu berita sedih hari ini. Dibandingkan dengan teman seperjuangan, saya agak ketinggalan. Masih perlu mengorak langkah, mencabar diri untuk kesekian kalinya. Dalam hati terdetik penat nak mencuba lagi tapi alhamdulillah Allah masih berikan semangat untuk terus melangkah. Perjuangan ini masih belum selesai!

Teringat seketika bagaimana Allah mengajar Nabi Yunus ketika ditelan ikan paus. Doa pendek tapi azimatnya mendalam. Betapa Allah mahu kita sebagai hamba-Nya sentiasa muhasabah diri dan kembali kepada-Nya. Bila kita ditimpa musibah ataupun dilanda ujian, jangan difikirkan di mana salahnya orang pada kita, tapi fikirkan apa salahnya diri kita. Jangan dicari kuman di seberang sana, tapi telitilah apa yang ada di depan mata. Tengok cermin dan perhatikan bayangan sendiri. Apa lagi yang boleh kita perbaiki?

Reflect and come back to Him. 

Jika itulah yang tertulis untuk kita, bersatulah seluruh alam pun takkan mampu untuk menahannya. Yakinlah yang apa jua yang Allah beri pada kita, itulah yang terbaik untuk kita. Terbaik pada masa dan tempatnya.

doa

Saya percaya setiap kegagalan yang datang adalah satu pengajaran bermakna khas untuk mematangkan kita. Jangan kita lupa pada mata si kecil yang memerhati setiap gerak-geri kita. Tunjukkan pada anak yang setiap kekalahan bukan bererti penamat atau  lesen untuk berputus asa. Hanya ia datang sebagai satu peluang untuk kita bermula semula dengan langkah yang lebih bijak. Lebih teratur dan lebih mengharap pada Dia.

Bila pikir-pikir balik, tak perlu nak sedih pun. Sebabnya, kalau Allah tak beri sekarang, Dia akan beri kemudian. Kalau tak dapat juga, sama ada Allah dah alihkan satu keburukan daripada kita ataupun Allah akan beri yang lebih baik lagi di masa akan datang.

So, have faith and keep moving on! 

next

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s