Love the bears

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar Adam Naufal dah berumur 18 bulan. Bila teliti semula gambar dan video Adam dari waktu baru lahir, menitis air mata melihat kebesaran ciptaan Allah di depan mata. Betapa berharganya hadiah-Mu ini Ya Allah. Melihat perkembangan anak di depan mata, hati saya lebih kuat dan bersemangat mengharungi hidup. Jika si kecil tak tahu makna mengalah, apatah lagi sang ibu bapa kan? Mana boleh kalah dengan anak sendiri!

Dewasanya anak bermula dengan langkah kecil yang diolah mereka sewaktu masih kecil. Bertatih jatuh, berdiri bertopang, dan acap kali mencuba. Itulah rencah kehidupan seharian si manja. Mungkin sesekali luka kakinya terjatuh dek tersalah pijak. Ataupun calar tangannya bermain kasar dengan si kucing. Namun, jangan pula kita cepat sangat berlari mendakapnya. Jangan terlalu pantas memujuk. Pada masa yang sama juga, jangan dibiarkan begitu saja.

Jadi, apa sebenarnya yang perlu kita buat ni?

 

bears2

Love the bears? Apa maksudnya??

Seperti mana si kecil sayangkan teddy bears kepunyaan mereka, kita pun sepatutnya sama. Tapi bears yang sama maksudkan di sini bukan anak patung beruang/ plush toy tu. Sebaliknya bears ni adalah acronym untuk..

 

bears3

Jika mahukan anak anda jadi seorang yang cekal hati, kuat semangat, positif jiwa dan gigih belajar.. inilah resipinya!

Kesimpulan mudah yang saya dapat hasil dari menghadiri kelas keibubapaan, dan peluang berinteraksi sendiri dengan anak-anak kecil (anak saya/ anak saudara/ pesakit kanak-kanak/ budak-budak lain). Nampak mudah tapi hakikatnya sangat mencabar untuk diamalkan.

1.BIG REACTION:

Beri reaksi yang besar bila anak-anak berjaya buat sesuatu – berjaya berdiri sendiri, berjaya suap makanan ke mulut dengan sudu tanpa tumpahkan makanan, berjaya minum air dengan cawan yang dipegang sendiri, etc. Ketahuilah setiap perkembangan minda yang berjaya anak anda capai, itu bererti anak anda sihat dan semakin membesar dengan JAYANYA! (bukan semua anak diberi peluang ini..)

2. Encourage more: 

Berikan galakan yang tak putus-putus untuk anak-anak. Kitalah tukang sorak paling kuat bila anak bersukan, atau bila anak mencuba sesuatu yang baru dan pertama kali dihadapinya. Dengan sokongan daripada kita, bagi mereka TIDAK ADA YANG MUSTAHIL. Nak ajar anak pelbagai bahasa? Nak latih anak jadi pemain bola sepak terkemuka? Nak anak jadi saintis terulung? Nak anak jadi tahfiz muda? Haa.. inilah masanya. Semuanya bermula dari GALAKAN SEORANG IBU/BAPA.

3. Allow mistakes to happen: 

Beri peluang untuk anak buat salah. Biar berulang kali pun tak apa, asalkan kesalahan yang dia buat tu tak mengancam nyawa, merosakkan harta benda atau mengganggu orang lain. Contoh mudah, ajar anak makan sendiri. Untuk si kecil berjaya suap sendiri sudu/ tangan ke mulut sendiri, sebagai permulaan mestilah makanan bersepah, sampai habis kotor lantai baju. Masa makan pun jadi lama.

Reaksi biasa yang selalu saya lihat>>> anak dimarahi bertubi-tubi. Pastu diambil alih pula tugasan menyuap tu. Senang katanya. Tak payah tukar baju lepas makan, tak payah mop lantai dan mak pun boleh cepat buat kerja lain.. T_T. Nanti jangan dimarahkan pula anak kata menyusahkan sedangkan kita sendiri yang tak beri ruang untuk mereka berdikari!

4. Respond attentively:

Bila bersama anak, berilah masa anda yang paling berkualiti. Balaslah perbualan dengan anak sebaiknya. Hatta bahasa tubuh sekalipun. Anak kecil mungkin masih tak petah bercakap, atau pandai menyuarakan isi hati, namun perasaan dan jiwa mereka tu senang terguris. Mereka tak pinta macam-macam, hanya kasih sayang dan PERHATIAN penuh oleh si ibu atau si ayah. Anak ajak main, layankanlah sekejap. Anak ajak bergusti, ‘berlakonlah’ jadi raksasa yang perlu dikalahkan.. Anak ajak membaca, dudukkanlah anak di pangkuan anda dan bacalah dengan intonasi yang menarik.

Cuba anda buat, pasti anak akan lebih rapat dengan anda.

5. Support from the sidelines. 

Ini point yang hampir sama dengan no.2 tadi. Bila dah beri galakan, jangan cepat sangat kita datang membantu bila mereka gagal. Beri masa untuk mereka cari jalan untuk selesaikan sendiri. Jangan terkejut adakalanya penyelesaian yang mereka dapat tu tak pernah dibuat orang tapi masih menjadi! Dapat pupuk semangat menjadi kental di samping beri peluang untuk sel-sel otak mereka berhubung. Tikam dua dalam satu.. Kan bagus tu!

Akhir kata, anak itu umpama kain putih nan bersih. Kitalah yang mencorakkannya.

Jadi, didiklah anak dengan berilmu!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s