Dalam hal nak menjaga dan melayan anak kecil (toddler) yang baru nak mengenal dunia, semat siap-siap dalam kepala konsep 3E ni. Supaya kita tak cepat mengeluh bila anak menguji kesabaran, dan tak cepat melatah bila anak buat hal.
Apa 3E ni? Jeng jeng jeng! Experiment, explore and experience.
Tiga baris keramat yang menjelaskan segala-galanya.
Disebabkan 3E ni lah:
- anak-anak suka buat sesuatu berulang-ulang. Mereka belajar dari pengalaman!
- mereka suka memanjat, melompat, membaling barang dan sebagainya.
- lagi ditegah lagi dibuat. Bukan apa.. mereka sebenarnya sedang cuba perhatikan sejauh mana mereka boleh ‘push limit’ emak dan ayah dalam menerima kelakuan mereka.
- anak kecil membesar dan matang keupayaannya di depan mata.
- mereka belajar menjadi lebih berani dan berdikari
- mereka belajar apa yang boleh dan apa yang tidak. (bila panjat, terjatuh dan sakit kerana lutut luka contohnya.. jadi si kecil tahu yang untuk elak sakit kena panjat dengan cara yang lebih seimbang contohnya atau jangan panjat lagi jika tak mahu jatuh dan rasa sakit)
Pendek kata, bila anak ke hulu ke hilir buat macam-macam, itu NORMAL!
itu tandanya sel otak sedang berhubung dan berkembang!
So parents, let’s keep calm and let them play! (with supervision of course)