Tips praktikal menjaga anak sakit di wad.

Dulu menjaga budak sakit di wad selaku doktor, kini naik pangkat jaga anak sakit pula.Biarpun penat, pengalaman mahal yang kita dapat tu biarlah ia berguna dan bermakna.Mantra terbaru saya- Nak manis hidup,kena tahan pahit bersabar dulu. 

IMG_20170918_123238_456

 

Kali pertama masuk, berjurai air mata. Nak makan pun tak boleh. Tidur apatah lagi. Kali kedua ok sikit. Kali ketiga pasrah. Kali keempat, kali ni bijak sikit, masuk dengan mindset pejuang dan orang bercuti. Eh? Macam tak kena je.

Pejuang sebabnya bila nak anak cepat sihat, emak kena kuat, hati kena keras sikit. Contoh mudah- Saya memang tak sampai hati tengok anak kena cucuk berulang kali, tapi saya faham kenapa ia perlu dibuat. Jadi kali ini, tak sebak lagi tengok anak dicucuk, malah boleh tolong pegangkan kalau perlu!

Orang bercuti bermaksud barang kelengkapan kena sedia, dan kalau tak ada/ tak cukup, persis orang bercuti yang semakin manis memorinya bila dia flexible dengan jadual dan diri sendiri, di wad pun sama.. yang susah kita mudahkan dan yang mudah kita bersyukur!

Sebagai tips praktikal mudah:

1. Jangan lupa bawa alat mainan anak jadi penghibur dan peneman di kala anak bosan. Percayalah, bila anak dah tak leh ke mana kena tambat masuk air, memang mati kutu nak penuhkan masa anak yang macam cacing kepanasan tu. (tapi janganlah bawa mainan yang berbunyi bising, takut ganggu jiran)

2. Minta dan beritahulah dengan baik. Dan ucaplah terima kasih. 

Memanglah ada cleaner, pembantu kesihatan, misi buat kerja semua, tapi janganlah buat macam kuli pula. Anak kita tanggungjawab kita. Bila anak muntah, perlu tukar cadar, lap lantai bagai, beritahulah dengan baik. Minta tolong jika perlu, pun dengan cara baik. Dan ucaplah TERIMA KASIH bila permintaan dipenuhi. Air liur tak lokek, staf pun tak sakit hati. Mana tahu untung nasib diselitkan nama kita dalam doa mereka, agar anak kita cepat sembuh.

3. Berbaiklah dengan jiran. Ambil kisah, ringankan mulut tanya dan badan menolong. Percayalah, kita dan jiran kita tu nasib sama sekapal. Biarpun tolong dengar je pun, dah rasa lega sikit hati yang risaukan anak yang sakit tak baik-baik.

4. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bawa baju lebih/ mudah dicuci. Bawa pampers/susu lebih. Mana tahu anak kena tahan lebih lama ataupun nak dijadikan cerita anak muntah atas kita berulang kali (ini pengalaman saya.. sampai tak ada tudung nak pakai, pin tuala jadi selendang). Bila anak tidur tu, cepat-cepatlah makan minum solat dan berehat. You gonna need every ounce of your energy later if things get worse. 

5. Solatlah. Tak dapat on time, jangan lupa qada’. Untuk saya, waktu maghrib lah waktu paling mencabar. Dah lah waktu singkat, waktu melawat dah tamat, dan selalunya masa tu lah anak nak buat perangai. Dengan solat dan doa penuh pengharapan, hati rasa lebih tenang, lebih redha, lebih kuat. Peringatan ada di setiap penjuru mata (di wad penuh dengan seribu satu macam drama), kenapa tak dikisahkan hidayah yang datang menerpa tu?

6. Take it easy. Ya kita tak boleh mengalah, tapi jangan sampai merana diri. Bila rasa tak larat, tukarlah orang. Pasangan pun kena saling membantu, ringankan kerja masing-masing. Yang menjaga anak rasa penat, yang pergi bekerja pun penat.

7. Berusaha LEBIH untuk cari nilai POSITIF dari suasana yang berlaku. Memang penat tak dapat tidur malam, makan pun sumbat-sumbat je, anak pulak meragam sebab tak sihat. .tapi tak semuanya sedih kan? Cuba teliti bagaimana bila anak ditahan di wad, sang suami terserlah sifat romantis dan prihatinnya. Ingat isteri suka makan coklat, jadi dibeli untuk isteri yang keletihan jaga anak di wad. Cuba lihat bagaimana anak yang sakit pun masih mampu tersenyum manis bila baru bangun tidur. Cuba perhati bagaimana comelnya setiap air muka anak. Kalau boleh, saya nak pakai kamera go pro, rakam setiap detik! bila di wad ni, tumpuan hanya pada anak, tak kalut dengan benda lain, baru perasan benda-benda ni.

IMG_20170916_135915

Akhir kata, semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan pelihara anak kita sentiasa!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s