10 cara galakkan anak membaca

Kredit: Puan Maryam Thoraya Ariffin. (original link)

Disebabkan ini tajuk yang dekat di hati saya dan nasihat yang diberikan sangatlah terkesan di hati, saya kongsikan dan abadikan di sini. Jom kita beramal!

1. Anak bercakap , kita boleh stimulate sepanjang masa. Bukan bila dia dah start 1 tahun, 2 tahun, tapi mmg sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ni perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.

2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita dan anak. Ini memang perlu berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sebab gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.

3. Banyakkan buat projek/ aktiviti dengan anak. Kalau umur 1 tahun tu, dah boleh buat experimen volcano dah . Haaa, sbb bila kita buat projek, ini akan galakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa nak communicate kerana mahu suarakan pendapat dan lain lain.

4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Sekali sekala buat kelakar.

5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basus, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.

6. Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama, bagi idea, tanya mereka, bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.

7. Ulangan. Perkataan perkataan harian…kita boleh mulakan ulang byk kali. Mama, abah, mandi , makan, tidur, doa, solat. Jadi mereka nampak perbuatan dan sebutan tu serentak dan berulang kali

8. Ubah habit ibu ayah dari banyak bergadget. Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk banyak cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.

9. Habis, kalau kami mmg orangnya jenis tak banyak cakap? Takpe, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..

10. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar.

10. Jadikan semua di atas sebagai rutin.

InsyaAllah kita sama sama doakan ya. Setiap dari kita pasti ada ujiiannya masing masing berkaitan anak ni.

Semoga bermanfaat.

cakap1

cakap2

Semoga bermanfaat!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s