Tadika yang menarik minat dan kepercayaan ibu bapa: ketahui ciri-cirinya.

Apakah rupa yang penting untuk sebuah tadika?

1. Keceriaan dan kebersihan luaran :

Contohnya seperti rumput dan tong sampah, seringkali pengusaha tadika dilihat tidak acuh mengurusnya. Ia rutin harian dan bulanan. Ibu bapa yang peka menilai sesebuah tadika melalui aspek ini sahaja, sebelum ia menilai aspek seterusnya, ini kunci utama. Tadika yang suram, rumput panjang dan sampah tak diurus membuatkan ibu bapa dan anak-anak angkat kaki. Kesalahan besar apabila budget sesuai tidak diletakkan pada aspek ini.

2. Peralatan dan kemudahan yang dipamerkan.

Susunatur dan kondisi peralatan perlu dipastikan dalam keadaan baik. Permainan yang rosak tidak wajar disimpan dan digunakan. Suasana yang kosong tidak menggamit anak kecil untuk bermain.

3. Penampilan Guru Pendidik Tadika

Guru yang berimej guru profesional pasti tampil menarik berbanding imej lama, ditambah pula dengan kemahiran komunikasi dan tampil penuh keyakinan. Dunia profesional pendidikan awal kanak-kanak kita sudah berubah dari berbaju tshirt dan seluar track santai.

Dua faktor pertama di atas merupakan sebahagian dari ciri asas fizikal sebuah pusat pendidikan. Ia terkait langsung dan menjadi keperluan asas. Penampilan guru yang baik merupakan permulaan kepada kurikulum yang berkesan. Sebelum cerita detail, inilah tiga kunci utama.

Ibu bapa yang bijak menilai tiga ciri utama rupa sesebuah tadika dahulu, sebelum ia menilai sistem pengoperasian dan konsepnya. Kecacatan pada mana-mana aspek merendahkan peluang tadika kita dipilih.

kredit: Nurul Hanan Ariffin , CEO NALURI kreatif.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s