Mendidik anak berdikari dengan 5 langkah mudah!

berdikari

Tak mudah kan nak ‘melepaskan’ anak-anak membesar? Di satu muka kita nak anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang, kalau boleh tak nak bagi digigit nyamuk hatta seekor pun. Di sebelah yang lain, kita juga nak anak membesar dan berdikari, supaya mudah baginya menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba di luar sana.

How do we find the perfect balance? Of keeping them in while at the same time letting them go? 

Jom kita teliti 5 langkah mudah ini:

1.Sentuhan penuh kasih sayang dari emak ayah (peluk, cium, tepuk manja, dll)

Jangan ambil mudah bab-bab sentuhan kasih sayang ni. Anak-anak tak kira umur berapa pun perlukan sentuhan kasih sayang ni. Anak bangun pagi? Cium dahi dia.. beritahu yang anda sayangkan dia. Anak balik dari sekolah baju kotor? Peluk dia, tanya apa berlaku. Anak nervous nak masuk exam? Tepuk bahu dia, beritahu yang dia boleh buat dan anda percayakan dia.

Touch them from the heart so that your touch will touch their heart. Got it? 

2. Ajar mereka cara-cara menguruskan diri sendiri

Ini penting. Orang dulu-dulu nak didik anak berdikari dengan suruh mereka basuh dan kapur kasut sekolah sendiri. Orang sekarang ‘ajar’ anak cara mengarah dengan bagi kasut pada bibik. Eh? Ini contoh aje. Ajar anak dan galakkan mereka sikat rambut sendiri, basuh kasut sekolah, masukkan baju kotor ke dalam beg laundry, basuh pinggan selepas makan, dan macam-macam cara lagi. Sudah semestinya anda perlu tingkatkan tahap tanggungjawab mereka tu sejajar dengan usia dan keupayaan. Anak 3 tahun tak boleh disuruh membantu kerja di rumah seperti mana kita suruh anak berumur 12 tahun. Age appropriate chores ye emak ayah sekalian!

Dan jangan lupa, sebelum kita nak letakkan tanggungjawab pada mereka, kita sendiri bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang mesra kanak-kanak untuk mereka.

Nak anak basuh pinggan, pastikan sinki tidak terlalu tinggi dan pinggan mangkuk yang digunakan adalah jenis plastik supaya tidak mudah pecah jika tergelincir dari tangan anak.

Pendek kata, ya berikan anak-anak tanggungjawab di rumah, tapi beri ruang  untuk kesilapan!  

3. Didik sifat positif dan daya tahan tidak cepat mengalah. 

Jangan cepat melulu nak bantu anak bila dia tak dapat nak selesaikan sesuatu masalah. Beri masa untuk anak berfikir apa yang perlu dibuat, mencuba lagi dan beri mereka peluang untuk merasa kegagalan. Dari situ, mereka belajar dan membesar. Berikan juga anak peluang untuk memilih selagi mana pilihan itu adalah sesuatu yang tidak memudaratkan dirinya. Contoh mudah; biar anak pilih apa warna baju yang mereka nak pakai hari itu, apa snek yang mereka nak beli di kedai (beli satu saja), dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka belajar cara membuat keputusan, dan boleh meningkatkan nilai keyakinan diri (self-esteem) mereka.

Cara praktikal yang mudah adalah masukkan mereka ke dalam mana-mana aktiviti sukan/fizikal (bola sepak, bola tampar, berbasikal, judo, karate, berenang, dan lain-lain). Pilih berdasarkan kesesuaian dan minat anak-anak.

Ps: saya nak kongsikan video anak saya ‘cuba’ nak main bola di padang. (Lihat di sini). Si Adam ni kecil lagi tapi nak main bola mengalahkan budak besar.

4. Buat projek kerjasama

Banyak projek yang boleh kita libatkan anak untuk turut serta dan sama-sama pikul tanggungjawab. Apa-apa projek yang bersifat jangka panjang. Contoh mudah: menanam pokok bunga, memelihara ikan di dalam aquarium, bela kucing dan sebagainya. Pastikan anak tahu betapa pentingnya sumbangan dirinya dalam projek keluarga anda. Nak bagi siap dengan nama jawatan pun boleh! Kreatif sikit bagi anak rasa dihargai dan dipercayai.

5. Lepaskan kesempurnaan. 

Mengajar anak berdikari ni bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari dua. Ia memakan masa dan menuntut komitmen serta kesabaran yang tinggi. Jangan diharapkan kesempurnaan, takut nanti kita rasa kecewa dan anak-anak pula tertekan.

Akhir kata, semoga berhasil!

 

 

 

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s