Anak dan hospital -soalan kesihatan yang sering kita tertanya-tanya jawapannya.

Untuk kesekian kalinya, Adam demam lagi T_T. Dan disebabkan itu, rasa terpanggil nak buat entry FAQs (frequently asked questions) ni dan cuba beri pencerahan sebaik mungkin.

Kenapa mesti kena ambil darah? Tak kesian ke tengok budak menangis-nangis? 

Sebab kesian la kena cucuk juga ambil darah. Nak cari punca jangkitan dari mana. Virus ke? Bakteria ke? Dari bacaan darah juga boleh tengok seteruk mana jangkitan yang sedang berlaku. Bacaan sel darah putih (white blood cell) 25 kita tak rawat macam bacaan dia 10. Adakalanya kita dapat detect masalah lain yang lebih teruk seperti leukemia dan sebagainya apabila bacaan semua tunggang-terbalik macam —/!!!/+++. Bila dah jumpa punca baru boleh rawat dengan berkesan. Analogi mudah — Nak tembak penjahat kena tembak tepat sampai dapat tangkap, kalau tembak semborono takut kena orang awam plak kan.. Lebih baik cucuk sekali dan bagi rawatan yang betul dari biar anak demam berhari-hari  kat rumah. betul tak?

TT

Bila nak kena cucuk ambil darah ni? Mesti tiap-tiap kali ke? Kesian la kat budak. 

Bergantung pada keadaan. Andai anak demam hari pertama tapi dah sampai sawan, ataupun muntah cirit tak bermaya, of course la kena cucuk terus. Tapi andai anak demam tapi masih cergas,makan minum pun ok, selalunya boleh tunggu sampai hari ketiga baru cucuk. Doktor pun tak nak cucuk selalu. Kesian juga kat budak. Yang penting di sini– tengok keadaan anak macam mana. Emak ayah pun perlu peka dan percaya pada gerak hati (instinct/gut feeling) masing-masing. Kalau risau tengok gaya anak semacam je, speak up & alert kan doktor. Walaupun baru dua hari lepas dicucuk, mungkin kena cucuk lagi. BERGANTUNG KEPADA KEADAAN.

Cucuk anak sampai menangis meraung satu kampung dengar.. macam mana buat kerja ni? Tahu cucuk ke tak?? 

Anak menangis bila kena cucuk? Menangis berair mata bagai.. Itu maksudnya bagus! Anak sakit/ demam tapi masih ada tenaga untuk meronta/ marah/ mengadu sakit (dengan cara menangis). Ada air mata tu tandanya status air dalam badan anak (hydration status) masih bagus. Kalau kena cucuk, tapi anak tak menangis.. itu lagi bahaya! Tak menangis sebab memang tahan dan kuat semangat tak apa, jangan tak nangis sebab dah terlalu lemah tak bermaya!

Dan berkenaan isu cucuk dua tiga kali ni, rasanya dah banyak dikupas di fb. Jika urat darah anak memang lurus, senang nampak dan anak pun tak meronta sangat, dapat lah cucuk sekali terus dapat. Kadang-kadang anak berisi sikit, ataupun status hidrasi badan dah teruk sehingga urat darah kecut (collapse vein) jadi susah nak dapat dengan sekali percubaan. Tak ada siapa yang sanggup nak aniaya budak cucuk banyak kali. Sama-sama kita bagi sokongan dan doa agar segala urusan dipermudahkan. Itu lebih baik.

Anak dah demam tiga empat hari ni.. takkan tak nak bagi antibiotik lagi? Kedekut betul!

Kembali kepada persoalan di atas sebenarnya. Bila dah check  darah dan confirm anak kena jangkitan kuman (baca sebagai jangkitan bakteria) baru perlu bagi antibiotik. Jangkitan virus tak perlu antibiotik. Selalunya demam sebab virus (viral fever) ambil masa lebih kurang 1minggu untuk badan pulih sendiri. Ubat antibiotik ni ada tempat dan cara untuk dia bekerja.. Analoginya– kalau pesalahnya (bakteria) tak ada, buat apa nak tembak bagai? (tembak=makan antibiotik). Jika main makan je, takut nanti ada kerintangan antibiotik (resistance). Makan antibiotik hanya BILA PERLU sahaja.

Kenapa tak boleh bawa budak pergi ziarah orang sakit di hospital? Itu keluarga dia kot.. 

Bukan tak boleh langsung tapi sebaiknya DIELAKKAN. Sebabnya? Hospital kan tempat orang sakit, macam-macam kuman ada. Budak-budak ni sistem pertahanan badan mereka tak macam orang dewasa. Masih baru dan muda. Buat apa nak dedahkan mereka pada unnecessary infection dengan bawa mereka ke hospital di mana ibu segala penyakit pun ada di sana? Iye dak?

Kalau bawa anak pergi check kat hospital/klinik, doktor mesti nak tanya macam-macam. Batuk macam mana? Muntah berapa kali? Bla bla bla.. Mana nak tahu semua tu?? Dia demam, batuk, selsema.. full stop. 

Lagi detail anda cerita, lagi bagus.

Senang doktor nak pin point anak anda sakit apa dan kemungkinan dijangkiti oleh apa. Sebabnya, ada macam-macam penyakit di dunia ni, ada yang hampir sama dengan penyakit yang lain dan ada juga yang memang dia saja yang ada tanda-tanda tu. Secara amnya, penyakit di kalangan kanak-kanak ni manifestasi dia lebih kurang sama.. demam, muntah, batuk, selsema ataupun cirit. Jadi, lebih banyak klu tambahan yang anda boleh cerita, lebih banyak maklumat yang boleh digunakan untuk doktor tahu anak anda sakit apa. Buku rawatan vaksin anak (biru/merah jambu) tu kalau dapat bawa sekali.. lagi bagus!

Contoh: anak batuk. Ada banyak soalan boleh ditanya tentang batuk saja.

  • Berapa kali?
  • Waktu bila selalu batuk?- cuaca sejuk/ lepas hujan/ bilik berdebu/ waktu malam?
  • Bunyi batuk macam mana?
  • Ada sampai biru kaki tangan/ tepi bibir? Anak bertukar jadi biru ni beri klu yang anak mungkin sebenarnya ada masalah pernafasan yang sangat teruk ataupun masalah sebenarnya dengan jantung dan bukannya paru-paru.
  • Batuk sampai muntah tak?
  • Batuk berkahak tak? Nampak tak kahak warna apa?
  • Sebelum ni selalu datang ambil gas (nebulizer) ke? Berapa kerap dalam seminggu/ sebulan?

Dan lain-lain.. Semua soalan ni amat membantu dalam mendapatkan diagnosa penyakit yang tepat untuk sakit anak anda.

Itulah secara ringkas dapat saya kongsikan di sini. Ada lagi soalan lain yang anda nak tahu? Atau anda ada pendapat lain? Jika ya, cuba poskan di sini (blog), insyaAllah andai saya ada jawapannya, kita kongsi sama-sama.

Sharing is caring! Semoga sekelumit ilmu ni bermanfaat untuk semua.

 

 

 

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s