Anak tak suka makan sayur? Jom amalkan 10 tips ini.

Susah hati kan bila anak tak mahu makan sayur? Sedangkan kita sedia maklum sayur ni banyak khasiatnya dan ia juga membantu melawaskan najis. Bila berhadapan dengan anak kecil yang jenis memilih bila makan (picky eater), sesi makan adakalanya macam sesi perang. Betul tak? Sebenarnya, pakar kanak-kanak dan pakar pemakanan mengesyorkan agar ibu bapa TIDAK MEMAKSA anak mereka makan sayur ataupun apa jua jenis makanan lain, biar sebaik manapun khasiatnya. Bila dipaksa, anak akan memberontak dan lebih menolak makanan yang cuba kita beri tu. Sebaiknya, kita cuba berikan pada anak dengan saiz yang lebih kecil, pelbagaikan warna makanan agar lebih memikat dan hias makanan menjadi rupa yang lebih menarik (binatang/ kartun/ etc.)

Selain dari itu, selitkan anak dalam proses pemilihan dan penyediaan makanan yang ringkas dan mudah. Macam mana nak buat? Bawa anak ke pasar dan tunjukkan apa makanan yang anda nak beli sebagai bahan asas penyediaan makanan yang akan dimakannya nanti. Kemudian, boleh minta anak tolong kacau atau gaul makanan yang dah siap dipotong sebelum dihidangkan. (cuma anda perlu bersedia untuk masa memasak yang lebih lama / dapur yang lebih berselerak dari biasa).

Pastikan yang anda tidak mengarah/menengking atau mengherdik anak bila anak tak mahu makan sayur/ makanan yang anda hidangkan. Dan yang penting.. PUJI bila anak makan.

Positive reinforcement works wonder!

Anak yang dipuji hatta makan sesudu pun akan berasa gembira dan akan lebih tinggi kemungkinan untuk makan lagi. Boleh juga jika anda amalkan prinsip one bite rule di mana anak perlu makan secubit sahaja biarpun makanan itu tak disukainya. Ini kerana kajian mendapati, sesuatu makanan itu perlu diulang rasa sekurang-kurangnya 8-10 kali untuk seseorang kanak-kanak berjaya menerimanya sepenuhnya. Atas sebab ini, makanan yang baru perlu diperkenalkan secara perlahan-lahan pada anak dan jika anak menolak, jangan risau. Hanya perlu ulang dan ulang beri anak makan makanan yang sama! Hatta sehingga 20 kali sekalipun tak mengapa.

Kita sebagai ibu bapa perlu jadi contoh kepada anak-anak. Nak anak makan sayur, kita lah yang perlu makan dulu. Dan kita perlu makan SELALU supaya anak nampak yang itu adalah makanan biasa bagi keluarga dan bukannya sesuatu yang baru.

Akhir kata, ibu bapa adalah cermin utama kelakuan anak-anak. Mereka memerhati dengan mata yang tajam bak helang. Jadi, tampilkan perangai yang baik jika mahu anak yang baik. Jom kita budayakan gaya pemakanan yang sihat dalam keluarga!

1a (1)

1a (2).png


6 thoughts on “Anak tak suka makan sayur? Jom amalkan 10 tips ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s