Eczema dan bayi: ketahui cara-cara mengawalnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Eczema di kalangan bayi dan anak kecil ni adalah satu masalah kesihatan yang boleh dikatakan biasa kita jumpa. Seorang dari setiap lima orang bayi ada kemungkinan menghidap eczema tau! Kita tak pasti apa punca sebenar eczema terjadi, namun faktor keturunan juga boleh main peranan. Biarpun eczema ni tidak ada penawarnya, tapi emak ayah boleh mengurangkan kerengsaan kulit anak dengan penjagaan yang betul. Masalah eczema ini juga biasanya akan hilang sendiri apabila anak semakin membesar (selalunya umur remaja).

Eczema ni adalah keadaan kulit yang merah, kering, gatal dan meradang. Adakalanya kulit meradang sehingga ia berair atau berdarah. Jika anak anda senang mendapat kerengsaan kulit (disebabkan sabun, minyak wangi, kain kasar dan sebagainya), mungkin anak anda ada masalah eczema ni. Eczema ni tak berjangkit ye.. jadi jangan risau jika anak anda bermain dengan si kecil lain yang ada masalah eczema ni.

Kulit bayi yang menghidap eczema tidak dapat berfungsi sebagai lapisan penghalang seperti biasa (boleh rujuk struktur lapisan kulit bayi di sini), menyebabkan ia mudah kering, dijangkiti kuman atau dimasuki allergen. Ketiga-tiga keadaan ini menyebabkan keadaan eczema menjadi semakin teruk (bertabahlah emak ayah sekalian!!)

Jadi, untuk mengawal keadaan eczema anak ni, apa yang kita semua perlu buat ya?

  1. Rajinlah memandikan anak. Tapi awas! 5-10 minit dah mencukupi.
  2. Gunakan sabun mandi yang tidak bercampur bahan kimia seperti SLS, Paraben, DEA, minyak wangi (fragrance/ Parfum). P/s: berhati-hati dengan sabun mandi anak yang berbuih banyak, ia selalunya ditambah bahan kimia SLS. Kalau emak ayah dapat sediakan sabun mandi yang berasaskan bahan-bahan organik untuk anak lagi bagus!!
  3. Gunakan sabun mandi/syampu pada anak di penghujung mandi, bukan di permulaan. Ini penting supaya anak tidak berendam lama di dalam air yang bercampur dengan sabun.
  4. Pastikan guna pelembap (moisturizer) pada kulit anak sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kalau dah nampak anak menggaru-garu tu, maksudnya kena tepek lah lagi pelembap pada kulit anak.
  5. Penggunaan krim bersteroid mungkin perlu pada anak yang radangan kulitnya agak teruk. Namun, perlu diingat, penggunaan steroid pada kulit anak untuk jangka masa yang lama boleh menipiskan kulit anak. (lebih nipis kulit, lebih senang allergen masuk dan menyebabkan jangkitan)
  6. Ada sesetengah bayi dan kanak-kanak memberi tindak balas positif pada penggunaan essential oil based product seperti minyak argan, minyak kelapa dara, minyak tamanu dan sebagainya. Cuba dan cari yang mana satu yang sesuai dengan anak anda. Jika betul nak guna bahan organik, pastikan ia dari sumber yang selamat dan diperakui.
  7. Pastikan kuku anak sentiasa pendek (kalau perlu pakaikan sarung tangan khas dan lembut pada anak). Kita tak mahu anak menggaru dan kemudian kulitnya luka dan berdarah.
  8. Pakaikan anak dengan baju yang longgar, dan gunakan kain yang membantu kulit bernafas seperti kain kapas.
  9. Tulis diari dan perhatikan apa yang menyebabkan eczema anak jadi lebih teruk – reaksi kepada sesetengah makanan? jenis kain? keadaan panas yang menyebabkan anak berpeluh? Air liur anak? Sabun mandi XXX? Dan lain-lain. Bila dah jumpa trigger kepada eczema anak anda, pastikan ia dielakkan sama sekali.

 

eczema.png

 

Saya menulis sebagai seorang doktor dan ibu yang anaknya juga menghidap masalah eczema (Adam tak seteruk mana tapi kami memang perlu jaga-jaga selalu). Akhir kata, semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan memberikan kesembuhan terbaik kepada anak-anak kita!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s