Saya pasti semua orang setuju yang membaca adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting dan berguna khasnya untuk anak kecil. Dengan membaca, kita boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Semalam kami didatangi tetamu, sebuah keluarga kecil macam kami dan ada seorang anak kecil lebih kurang sebaya umur Adam. Seronok tengok kelibat dua budak kecil tu bermain, lari sana sini.. dan of course, collateral damage rumah saya yang macam dilanda ribut taufan selepas mereka balik! T_T. Semalam sedang duduk-duduk tu, si kecil ni capai salah satu buku Adam dan bawa kepada saya minta dibacakan. Dah dapat peluang, apa lagi.. saya pun excited lah. Seperti mana saya baca untuk Adam, macam tu jugalah saya baca untuk dia.
Penuh gaya exaggerated , intonasi dan suara berbeza bergantung pada watak yang ada.
Dan dah semestinya, Adam pun ikut join skali. Tetamu saya terkejut, katanya anak dia selalunya bila pegang buku, flip satu dua muka surat lepas tu baling.. tak pernah duduk dengar macam ni. Suaminya mencelah.. “kita tak pernah baca gaya macam ni kat dia.“.
Sedih saya mendengarnya. Ya, memang membaca itu bagus dan kita perlu sediakan banyak peluang pada anak untuk membaca (beli buku, sediakan ruang membaca, dan sebagainya.. boleh ulang baca tips-tips ajar membaca di sini..) Bagi buku saja tak cukup. Kita kena pancing minat anak untuk membaca dengan jadikan proses membaca tu seronok dan ‘hidup’.
Jadi, kali ni, saya cuba kupas tips-tips ajar anak membaca berdasarkan pada umur mereka.
- bagi si kecil berumur 6-12 bulan, pastikan ada perbualan dua hala dengan anak. Anak mungkin tak boleh menjawab lagi, tapi berikan masa pada anak untuk mendengar dan bagi klu yang mereka mendengar (contoh: bunyi hmm, angguk, atau pandang tepat pada kita). Dan lagi satu, eye contact!
- Untuk anak umur 12-24 bulan pula, bagi peluang kepada anak untuk mereka yang tukar halaman buku. Asyik tukar muka surat je? Biarkan. Biar mereka rasa mereka yang berkuasa dalam proses pembacaan tu. Dapat perhatian mereka dalam 5-10 minit pun dah cukup.Bila anak tanya, senyum dan jawab.
- Untuk yang berumur 2-3 tahun pula, baca buku yang sama berulang kali. Persistence is the key! Kemudian, rajinkan diri tanya soalan yang ringkas pada anak seperti.. “kucing kat mana? Apa benda tu?” Gunakan gambar-gambar yang ada untuk bercerita.
- Untuk anak 3-4 tahun, tanya pada mereka apa yang terjadi dalam buku cerita tu. Biar mereka bercerita. Sesekali reka cerita baru berdasarkan gambar yang ada. Be creative my friends!.
- Dan terakhir sekali, bagi si kecil 4-5 tahun, Kaitkan cerita di dalam buku kepada pengalaman hidup mereka. Galakkan anak untuk melukis dan menulis apa yang mereka faham atau ingat dan tunjukkan pada mereka huruf-huruf yang digunakan untuk mengeja nama mereka. Pasti mereka suka!
Akhir kata, nakkan sesuatu yang baik kita perlu usaha. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Usaha biarlah sampai ke penghujungnya!
Semoga berhasil!