Nak jadi ibu bapa ni bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Banyak hak dan keperluan anak-anak yang perlu sentiasa dijaga dan dipenuhi. Sebab itu lah, saya selalu bising dan sedih bila nampak anak-anak terbiar, dibuang atau ditinggalkan di sana sini. Anak manusia ni bukan macam anak kucing, bila nak kita ambil dan bila tak nak kita buang. Untuk membina seorang manusia yang sihat pemikiran dan jiwa raganya, sudah tentulah perkembangan emosi yang sihat memainkan peranan yang penting.
Perkembangan emosi ini merujuk kepada kebolehan untuk mengenal, meluahkan dan mengawal perasaan pada pelbagai peringkat umur. Ia juga merujuk kepada perasaan empati (kasihan, simpati dan memahami perasaan orang lain yang sedang bersedih). Perkembangan emosi kanak-kanak adalah satu perkembangan penting yang banyak bergantung kepada hubungannya dengan ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan.
Seawal umur satu hari, anak kecil amat bergantung kepada ibu bapa/ penjaganya. Saya selalu tekankan betapa ilmu keibubapaan penting dalam proses menjaga dan membesarkan seorang anak. Selain dari menyediakan makan pakai anak, kita juga perlu berikan PERHATIAN & KASIH SAYANG yang secukupnya. Banyak kes penderaan (dera fizikal dan emosi) yang berlaku ke atas anak kecil lantaran dek kerana si ibu dan si bapa tidak faham akan perkembangan emosi anak mengikut umurnya. Apa yang jadi adalah si anak yang disalahkan.
“budak ni nakal sangatlah!”
“kan ayah dah cakap.. duduklah diam-diam.. ayah nak keluar kejap je.. nanti ayah baliklah!”
“penatnya.. budak ni asyik nangis je.. asyik nak berkepit je..”
Biasa kan kita dengar ayat-ayat ni? Saya sendiri pun kadang-kadang merungut juga bila anak asyik nak mengendeng je dengan saya.. sedangkan hakikatnya.. apa yang dipinta oleh anak pada masa itu adalah normal bagi perkembangan emosinya.. T_T
Seorang anak akan lebih cepat berkembang emosinya (secara positif) sekiranya kita sebagai ibu bapa:
- puji dan berikan sokongan sekiranya anak buat sesuatu yang baik
- berikan anak perhatian dan kasih sayang
- mewujudkan tali ikatan yang kuat antara kita dan anak
- menyediakan dan membesarkan anak-anak di dalam persekitaran yang selamat dan positif
Seorang bayi berumur 3 bulan akan berhenti menangis apabila diambil dan didukung oleh ibu bapanya. Bayi berumur 6 bulan pula gembira apabila anda melayannya bermain dan mereka juga akan tergelak besar kerana seronok bermain dengan anda. Bagi anak yang berumur 12 bulan pula, mereka akan mula menonjolkan sifat ego seperti mahukan anda hantar botol susunya terus pada tangan mereka dan bukannya letak di tepi.. kalau anda suruh mereka ambil sendiri, alamatnya memang meraunglah si kecil tu.. Bagi yang berumur 2 tahun pula (ada juga yang lebih awal), mereka dah pandai meragam, nangis meraung-raung atau berguling-guling di lantai apabila permintaannya tak dipenuhi.. (panjang kalau saya nak cerita satu satu, jadi boleh rujuk infografik untuk ringkasan perkembangan emosi anak kecil ni).
Dengan belajar dan memahami perkembangan emosi yang normal bagi anak kecil, insyaAllah kita akan kurang rasa nak marah atau merungut bila anak ‘buat perangai’. Apa sekalipun, itu anak kita dan mereka adalah tanggungjawab kita. Jagalah mereka sebaik-baiknya.
Very good info !
LikeLike
thank you. do come.again and share 😉
LikeLike
Artikelnya sangat penting bagi kita dan bermanfaat sekali
LikeLike
terima kasih atas komen dan pandangan . sila datang lagi!
LikeLike
Love love love
LikeLike