Nak hidup yang lebih gembira? 8 amalan anak kecil yang boleh kita jadikan teladan.

Dari sebelum kahwin lagi, saya suka budak-budak. Almaklum, mereka ni tak pandai menipu dan bila tengok mereka bermain tu, memang nampak seolah-olah dunia ini tak ada masalah. Ada banyak perkara yang kita boleh jadikan teladan. Jangan ingat kerana mereka kecil, tak ada apa yang kita boleh belajar dari mereka. Jom belajar melihat dunia dari kaca mata mereka.

1.Menyapa orang lain dengan penuh semangat.

Kalau tanya ibu bapa yang lain, saat anak kecil la waktu paling indah. Bila tengok mereka bergegas lari ke pintu sambut kita balik, lihat tangan kecil (tapi tembam) mereka tu lambai lambai kita.. dengar mereka jerit panggil mak ayah.. lupa segala masalah. Hilang segala kekusutan. Kalau nak tegur orang cara si kecil ni, tegurlah dengan ikhlas. Sapalah dengan penuh senyuman. Dan raikanlah dengan sepenuh hati. Barulah jiwa dapat rasa nilai sayang yang diucap-ucapkan tu..

2. Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang menyeronokkan

Dengan si kecil ni, lagi lama kita kejar dia, lagi jauh kita bawa dia jalan kaki, lagi seronok dia. Asalnya nak tidur, nampak kawan-kawan datang, terus bangun nak main. Lari lompat sini sana. Bila badan berpeluh, bakar lemak bagai, barulah badan sihat. Hati pun jadi seronok dan muka lebih berseri! (tu kesan hormon endorfin yang keluar bila kita bersenam). Jangan lihat aktiviti fizikal sebagai beban, sebaliknya anggap sebagai hadiah. Hadiah untuk hidup lebih berkualiti!

3. Berani kata TAK NAK. 

Ini point menarik. Cuba anda perhatikan, berapa ramai ibu bapa di luar sana yang dapat beri juga anak mereka makan sayur apabila si kecil tu menolak kata tak nak? Realiti yang agak sedih (huhu), tapi bukan itu yang saya nak tonjolkan. Sebaliknya, lihat pada semangat dan keberanian si kecil ni menolak. For them, no means no! Tak ada dolak-dalih. Tak ada selindung-selindung. Tak suka cakap tak suka. Bila kena paksa juga mereka ‘tekankan’ lagi sekali pendirian mereka dengan menjerit dan menangis. Kita tak payah lah jerit nangis tu.. cuma ambil semangat je. ok?

4. Nak sesuatu, usaha! Tak dapat? Usaha lagi! 

Point yang ini lebih kurang sama macam no 3 tadi. Bila si kecil nak sesuatu, mereka akan cuba dapatkan. By hook or by crook. Nak ambil bola bawah meja? Si kecil berjalan satu langkah demi satu langkah. Tersangkut pula.. cuba tundukkan badan, merangkak sampai dapat. Tak dapat juga? Nangis panggil minta tolong (selalunya mereka akan cuba buat juga sendiri sampai dapat juga).

5. Kegagalan adalah satu perkara biasa. 

Pengalaman lihat anak belajar bertatih memang mengharukan.. jatuh bangun banyak kali tapi masih bangun dan cuba lagi! Sakit terjatuh, si kecil nangis sekejap je. Kemudian dia cuba lagi. Semangat daya juang mereka ni.. jika kita terapkan dalam kehidupan seharian kita.. kita lah yang akan paling digeruni musuh! Sebab kita tak mati dengan kegagalan. Tak berjaya.. so what? We can always try again. 

6. Little things matter. 

Anak-anak mudah tersenyum dan gembira dengan pelbagai perkara. Kenapa? Sebab pada mereka, semua benda adalah benda baru. Semua benda adalah menarik. Semua benda adalah berharga. Tak banyak benda yang mereka perlukan sebenarnya. Asal berikan kasih sayang dan perhatian secukupnya, hatta semut halus melintas pun boleh jadi satu kenangan yang menggembirakan!

IMG-20170816-WA0041

7. Minta tolong bila tak dapat selesaikan sendiri.

Dalam hidup, tak ada siapa pun yang tahu buat semua perkara. Belajar amati kelemahan diri sendiri dan ketahui apa limit masing-masing. Bila dengar suara anak kecil minta tolong.. rasa tercuit hati. Comel je suara mereka tu. Budak-budak ni.. selagi mereka boleh buat sendiri, mereka takkan minta tolong. Tapi, bila mereka sedar yang mereka tak dapat buat, memang mereka tak segan-segan minta tolong. Selamatkan diri sendiri dari kemusnahan dan penderitaan! Life is meant to be shared! 

8. Tidur bila letih.

Pernah dengar istilah power nap? Untuk si kecil, tidur bukan sekadar tidur atau lari daripada kenyataan. Masa tidur adalah masa untuk caj badan, rehatkan otak, dan tumbesaran badan. kalau mereka tak mengantuk, tak payahlah tepuk dodoi bagai.. memang tak akan lena! Kalau letih tu ataupun dah sampai waktu tidur yang ditetapkan..  20-30 minit pun adakalanya dah cukup untuk mereka. Jadi, contohi si kecil apabila sampai bab bab tidur ni. Tidur untuk menyihatkan dan tidur bila perlu saja!

Nampak remeh tapi penting dan banyak faedahnya. Akhir kata, tak semua orang boleh ajar kita sesuatu, tapi kita boleh belajar sesuatu daripada semua orang. 

Moga perkongsian hari ini bermanfaat!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s