Menjaga anak kecil umur 1-3 tahun: Mudahkan kehidupan anda dengan 7 teknik ini!

Bagi anak kecil berumur 1-3 tahun, ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’. Dalam bahasa Inggeris, umur ini kita panggil toddler, berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang. Yang seronoknya bagi budak umur ini, kita boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang. Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham simple direction dan malah ada yang sudah boleh bercakap mengalahkan tukang jual sayur di pasar! Ada sahaja yang nak dibualnya. Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stress dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah.

Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ni? Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).

1.Jadikan masa makan anak suatu masa yang mudah dan menggembirakan. 

Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak best di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.

2. Dont rush with toilet training. 

Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya: 1) pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’. 2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih tu, baru senang nak diajar.

3. Puji kelakuan anak yang baik. 

Haa.. yang ini penting! Jangan asyik tegur dan marah bila anak buat perangai. Sebaliknya, pujilah bila anak berkelakuan baik! Positive reinforcement ni sangat sangat penting dalam membina hubungan baik ibu bapa dan anak dan juga untuk mendidik anak untuk terus baik. Puji yang mesti disuarakan, dan lebih baik lagi andai dapat dipeluk cium sekali. Itu baru betul!

todds

4. Ambil berat penjagaan gigi anak. 

Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.

5. Set waktu tidur anak 

Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.

6. Rajin-rajinkan diri bersembang dengan anak

Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).

7. Jangan terlalu strict dengan diri anda sendiri

Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!

Akhir kata, selamat menempuh dunia ibu bapa yang mencabar tapi penuh dengan pengalaman indah dan manis. Cut yourself some slack coz you deserved it! 


One thought on “Menjaga anak kecil umur 1-3 tahun: Mudahkan kehidupan anda dengan 7 teknik ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s