Anak susah makan ubat? Jom cuba 7 teknik ini..

Bagi mereka yang ada anak kecil atau pun yang anaknya selalu demam/ keluar masuk wad, mesti faham betapa susahnya nak beri anak makan ubat. Habis bersilat, bedung kaki tangan, pegang mulut bagai.. pendek kata apa cara yang terfikir semua cuba lah! Sebab tu, adakalanya, andai anak tak sihat dan disuruh tahan di wad, ada juga terselit perasaan syukur.. sekurang-kurangnya dapat la dua tiga hari ubat antibiotik melalui jarum (tak perlu anda bersilat sampai dua tiga kali sehari seminggu untuk bagi ubat makan..) Mesti ada kan rasa macam ni?

Persoalannya, perlu ke bagi makan ubat pada anak sampai bersilat bagai ni? Jawapan saya, jika nak anak sihat, walau apa pun jua caranya, ubat mesti dimakan. Somehow, one way or another, it must be done. Cumanya, lebih bagus kalau sesi makan ubat tu tak terlalu dahsyat sehingga buat anak trauma!

1. Bagi makan ubat guna picagari dan tembak ubat tadi menghala ke pipi.

Ini apa yang diajarkan pada saya oleh misi-misi di wad kanak-kanak. Mereka lebih handal bagi budak-budak makan ubat sebab itu lah kerja mereka sehari-hari! Ada juga budak yang muntahkan balik atau sembur keluar, tapi bilangan yang dapat kita masukkan dan bagi anak telan tu jauh lebih tinggi dari tembak terus ubat ke dalam mulut atau bagi dengan sudu.

2. Berikan ubat yang berperisa (kalau boleh, perisa yang anak suka). 

Anak saya sebelum ni kerap demam.. boleh kata selang dua minggu. Demam bukan satu dua hari sebaliknya berlanjutan sampai 5-6 hari. Bila tak jaga betul-betul, suhu naik mendadak dan anak tarik pulak.. oh, Allah je la yang tahu betapa penatnya menjaga dan nak pastikan anak makan ubat masa tu! Jadi, dalam kes saya, bagi anak makan ubat demam tu dah jadi sangat penting.. lambat bagi atau tak cukup dos yang masuk.. memang jaga-jaga lah takut anak tarik sebab suhu badan panas sangat. Untuk Adam anak saya, ubat demam perisa oren lebih senang untuk ditelan berbanding ubat perisa strawberi yang selalu diberi di hospital. Memang bila sihat pun, Adam suka makan buah oren dan limau!

3. Main doktor-doktor

Pengalaman saya sebagai seorang doktor, saya cukup tak suka bila ada ibu bapa yang takutkan anak mereka dengan jarum/ hospital/ doktor. Ini lah antara penyumbang anak tak mahu makan ubat! Saya bagi anak main doktor-doktor dengan stethoscope saya, picagari kosong, kain balut dan pita lekat. Bagi anak biasa dengan konsep ubat-ubatan sebagai satu cara untuk bagi orang sihat, dan bila sihat boleh main dengan gembira. Bila nak makan ubat tu Adam masih menolak lagi, tapi sekurang-kurangnya dapat juga la bawa ubat sampai ke mulut. Kalau dulu, nampak kelibat botol ubat atau picagari je dah nangis.

4. Puji anak bila berjaya makan ubat

Bila anak dah susah makan ubat, jangan pula dimarahnya lagi bila ubat tu disembur atau diluahkan balik. Sebaliknya, puji anak sebab dapat makan juga walaupun sedikit. Peluk cium anak, tepuk tangan, beritahu anak good job sebab dapat makan ubat. Seboleh-bolehnya kita tak mahu anak buat kesimpulan yang proses makan ubat ni adalah tak best dan tak selesa. Confirm anak tak nak makan langsung!

5. Jangan tipu anak 

Kalau ubat tu tak sedap, tak perlu anda tipu kata sedap. Nanti anak anak dah tak percaya lagi pada kata-kata kita, haa.. lagi parah! Saya selalu rasa sikit setiap ubat yang nak diberi, kalau manis atau sedap baru saya kata sedap. Kalau pahit, diam diam saja. Pujuk anak makan juga sampai habis.

ubat

6. Berlakon makan ubat

Kadang-kadang anak kecil ni perlukan motivasi tambahan bila nak makan ubat. Bila mereka nampak hero atau mainan kesayangan mereka selamba je makan ubat, itu boleh mendorong mereka untuk makan ubat juga. Contohnya: beri Ultraman makan ubat dengan sudu.

7. Jangan campur ubat dalam botol susu

Ini adalah big NO NO! lebih banyak mudarat dari manfaat. Takut nanti ubat tak dapat beri, kemudian anak tak mahu pula minum susu botol. Lebih parah kalau masa tu anak masih kecil dan tak pandai minum susu dengan cara lain selain susu botol. Habis bergayut dengan ibunya saja.. menangis si ibu!

Akhir kata, bertabahlah wahai ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian! Fikirkan kesihatan anak yang diimpikan, bukannya proses memberi ubat yang memeritkan! Cuba yang mana baik dan kongsikan juga andai ada cara lain yang anda tahu..

Semoga berhasil!

 


One thought on “Anak susah makan ubat? Jom cuba 7 teknik ini..

  1. Hello there, I found your site via Google while looking for a related topic, your web site came up, it looks great. I have bookmarked it in my google bookmarks.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s