Ada ke istilah buat-buat menangis ni?

Masa anak masih kecil, tak berapa nak bergerak sangat, ekspresi menangis tu selalunya membawa maksud sesuatu. Sama ada lapar ke, lampin basah ke, panas ke, mengantuk ke.. asalkan kita settlekan sebab-sebab ni, selalunya anak kecil akan kembali ceria. Tapi, bila anak dah ‘dapat kaki’, belajar bercakap pula, tiba-tiba keluar istilah buat-buat.. ada ke istilah buat-buat ni? Bahasa lain yang kurang sedap didengar adalah mengada-ngada atau manja terlebih.

nangisAnak mungkin nangis guling-guling, bunyi menjerit-jerit sampai jiran lari datang ke rumah tanya kenapa, ataupun mungkin juga sampai head banging atau hentak-hentak kaki, tapi setitik air mata pun tak keluar. Ataupun ada ketika, bila kita datang respons je, tak sampai berapa saat dah berhenti nangis. Kita pun jadi macam.. “aik, betul ke budak ni? Buat-buat je lah niii…”

Dari segi psikologi kanak-kanak, setiap kelakuan mereka – adalah untuk memberitahu kita sesuatu.

Behaviour is communication. 

Cara terbaik untuk berhadapan dengan kelakuan mereka ni adalah dengan MEMAHAMI apa yang si kecil cuba maksudkan.  

Walaupun nampak macam buat-buat, mengada-ngada atau manja.. perasaan yang dialami oleh mereka ni adalah bukan dibuat-buat. Dalam erti kata lain, biar pun nangis cam tak real, tapi emosi di sebalik nya adalah real! 

Kelakuan yang dibuat-buat itu mungkin sebenarnya adalah si kecil cuba beritahu pada ibunya atau ayahnya yang..

“adik tak gembira..”

“adik tak puas hati…”

“adik sedih tak dipedulikan ibu..”

Kelakuan mereka jadi seperti dibuat-buat sebab kanak-kanak ni penguasaan bahasa masih kurang dan perkataan yang mereka tahu pun tak banyak. Kita yang dah besar panjang ni pun kadang-kadang main hempas-hempas pintu sebab nak tunjuk kata sedang marah atau tarik muka untuk tunjuk tak puas hati. Macam tu lah juga dengan kanak-kanak.. sukar untuk mereka ekspresikan perasaan mereka dengan tenang dan betul. Maka, jadilah tangisan separuh hati tanpa air mata … sebagai pengganti rasa tak puas hati mereka tadi.

Secara psikologinya, hidup kanak-kanak ni mudah. Mereka nak sesuatu, mereka cuba dapatkan. Sebab tak pandai nak sampaikan, buat kelaku lah jawabnya. Sedikit kesabaran dan pengetahuan akan dapat membantu kita untuk berhadapan dengan kelakuan mereka ini dengan tenang dan berhikmah.

Akhir kata, jika nak anak rasa disayangi, hadiah terbaik yang boleh kita berikan adalah M.A.S.A. yang berkualiti. Moga bermanfaat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s