7 langkah terbaik elakkan ruam lampin bayi.

Adakah anda tahu organ paling besar bagi manusia adalah kulit? Ya! Kulit sebagai penghalang kepada benda asing luar dan pengekal kelembapan dalam badan, kulit adalah sistem pertahanan pertama badan kita tetapi selalu dilupakan dari aspek penjagaan. Bagi bayi pula, kulit mereka adalah 1/3 lebih nipis berbanding kulit orang dewasa. Sebab itulah, kulit bayi lebih lembut, gebu dan mulus!

baby vs adult skin2

Berdasarkan pada gambar di atas, lebih mudah untuk kita faham kenapa kulit bayi ini begitu sensitif, mudah mendapat kerengsaan (ruam lampin dan sebagainya), dan perlu penjagaan rapi dari para ibu bapa.

  1. lapisan luar kulit bayi jauh lebih nipis berbanding orang dewasa
  2. papilla salur darah bayi meresap jauh ke dalam epidermis (lebih hampir kepada lapisan luar kulit)
  3. sel kulit bayi bersaiz lebih kecil namun jarak antara setiap sel lebih besar berbanding sel kulit orang dewasa.

Semua hal ini menyebabkan kulit bayi lebih mudah terdedah kepada jangkitan, mudah mengalami kerengsaan (tindak balas dengan najis, peluh dan air kencing bayi) dan lebih cepat kehilangan kelembapan kulit (kulit lebih cepat kering) biarpun tidak nampak ketara berpeluhnya. Ini juga sebabnya apabila bayi demam, langkah pertama perlu buat adalah buka bajunya dan jerlum dengan kain lembap agar peluh boleh tersejat dan suhu badan dapat diturunkan dengan lebih cepat!

Bila dah faham rasa lebih mudah kan? Dengan ilmu, kita beramal! Dengan ilmu, barulah keputusan yang diambil lebih tepat dan bijak! 

Jadi, daripada merawat ruam lampin bayi, baiklah kita cegah dan elakkan! Ini adalah beberapa tips-tips mudah yang boleh kita sama-sama amalkan:

  1. Membasuh pakaian dan tuala baru sebelum menggunakannya adalah sangat digalakkan.
  2. Beli dan pakaikan bayi dengan pakaian kapas kerana ia mempunyai liang dan boleh menyerap kelembapan.
  3. Biarkan bayi tanpa lampin sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih kerap lebih bagus. Bagi saya, selalunya selepas mandi dan sebelum pakai baju saya akan bagi ‘free time’ 5-10 minit. Cumanya kena pastikan dah lap badan anak betul-betul (takut jatuh dek kerana lantai licin oleh air lebihan mandi tadi) dan anak dah kencing atau berak sebelumnya.. kalau tak parah carpet lantai kena pancut!
  4. Elakkan penggunaan produk berasaskan petroleum pada kulit anak. Produk berasaskan petroleum ni akan bertindak seakan-akan lapisan plastik yang membaluti badan anak anda dan menyebabkan liang roma tersumbat.
  5. Tukar lampin dengan kerap. Air kencing atau najis yang dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan lapisan kulit bayi rosak dan meradang. Sakit tau kena ruam lampin ni.. anak menangis, ibu pun nangis sekali!
  6. Gunakan krim untuk melindungi punggung bayi daripada bahan-bahan yang bersentuhan dengannya.
  7. Longgarkan lampin. Saiz yang sesuai dipakai adalah apabila anda boleh masukkan satu jari antara perut bayi dan lampin.

Semoga bermanfaat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s