Tips latih anak duduk di car seat secara berterusan.

Ibu-ibu bekerjaya di luar sana mesti setuju dengan statement saya ni:

  1. susahnya nak ajar anak duduk di car seat berterusan
  2. tak tahan dengar anak menangis.. sudahnya diambil dan dipangku saja anak kita tu
  3. andai kata anak tertidur sewaktu duduk di car seat berkenaan.. bestnya memandu. Mesti nak drive laju sikit bagi cepat sampai.

Biar apa pun cabarannya, tak dapat dinafikan penggunaan car seat ni amat penting dan membantu ibu bapa fokus di jalanan (jika anak dah dilatih). Jadi, bagaimana nak latih anak duduk diam-diam dalam car seat ni?

1. Paksa dan paksa

Ini ayat suami saya dan encik bapa yang lain. Perlu tahan hati tadah telinga biarkan si kecil menangis sekejap (tak mahu duduk) dari menangis selama-lamanya (kerana kecederaan akibat kemalangan).

2. Nyanyi atau dengarkan lagu kegemarannya

Biarpun suara anda sumbang, percayalah ia akan jauh lebih sedap di telinga mereka dari suara siti nurhaliza atau celine dion (contoh saja.. jangan perasan pulak ya..) Kalau saya lah, memang dah macam konsert dalam kereta .. mujurlah tak ada secret camera. 

3. Cuba pancing dengan makanan atau snek kegemarannya

Yang ini perlu hati-hati sikit.. jangan sampai si anak buat kesimpulan pasti akan dapat makan bila duduk dalam car seat. Payah tu! Tak pasal-pasal anak jadi obese pula!

4. Alih perhatiannya dengan binatang @ apa apa yang menarik di jalanan.

It works for me everytime!! Saya biasa bercerita kisah haiwan sambil drive dan buat pelbagai bunyi haiwan. Kadang-kadang sampai tergelak.. betul ke binatang ni bunyi macam ni?? Layan saja lah..

5. Pastikan anak cukup selesa

Yang ni penting. Bagi anak susu siap-siap, tukar pampers kalau dah basah/penuh, dan penyokong kepala (jika ada) perlu diletakkan pada level yang betul. Kalau baru ambil dari pengasuh tu, pastikan peluk cium dulu puas puas supaya anak rasa ketiadaan kita sebelum tu dah terbalas.

6. Siap sedia dengan alat mainan

Ini pun untuk distract juga. Smart phone saya gunakan bila betul-betul terdesak saja. Susah juga kalau anak jadi ketagih.

7. Jadi model pada anak

Anak kecil ni memang cepat tangkap semua benda yang dia nampak kita buat. Rajin-rajinlah pakai seat belt dan sambil sambil tu cerita kenapa kena pakai. Ulang dan ulang selagi larat.

Anda ada tips lain? Jom kongsi!

IMG_20170808_174647

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s