Hentikan jenayah seksual kanak-kanak!

Sedih sangat hati bila baca kisah budak 15 tahun yang dirogol bapanya setiap hari selama dua tahun.. tak mampu nak habiskan baca artikel berkenaan, sebak memikirkan masa depannya, keadaan emosi anak dan ahli keluarga yang lain (adik-adiknya dan si ibu). Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Besar sangat peranan dan tanggungjawab kita sebagai seorang ibu bapa dan pendidik anak bangsa. Jika ibu bapa sendiri merosakkan kepercayaan dan masa depan si anak, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Ini adalah tugas masyarakat secara bersama. Mari kita sama-sama ambil peduli dan sampaikan ilmu keselamatan tubuh badan ini.

KNOWLEDGE IS POWER

Ajarkan anak bahagian tubuh badan mereka menggunakan nama yang betul. Mata, telinga, hidung semuanya anda sebut dengan betul. Kenapa perlu double standard dengan bahagian tertentu. Tolong ya! Burung, bunga, cili dan sebagainya mohon jangan digunakan. Banyak lagi perkataan lain tapi saya tak sanggup nak sebut. Perkataan sebegini akan buat mereka keliru dan keliru membawa kepada kerahsiaan. And secret is bad!! 

Biasakan komunikasi terbuka dua hala antara ibu bapa dan anak. Dari mereka kecil lagi, biasakan diri untuk tanya apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.. Barulah mereka tak kekok atau takut untuk beritahu jika ada apa-apa perkara berlaku! Tapi, tanyalah soalan yang terbuka (open ended questions). Contohnya:

” apa yang seronok di sekolah tadi?” 

“adik main apa dengan kawan-kawan adik tadi? cuba cerita dekat emak..”

Yang ini pula mungkin sesuatu idea yang baru tapi telah dipraktikkan di negara lain seperti US dan Canada. Amalkan rangkaian selamat di mana anak (umur 3+) akan kenal pasti 3 ke 5 orang dewasa yang rapat dengannya, boleh dipercayai dan membuatkan mereka rasa selamat. Kanak-kanak boleh beritahu APA JUA perkara pada rangkaian selamat ini dan mereka ini AKAN sentiasa PERCAYA pada apa yang diceritakan oleh kanak-kanak ini.

P/s: Pastikan ada satu orang dewasa yang bukan ahli keluarga terdekat seperti nenek atau mak cik atau guru.

Rasionalnya, 91% jenayah seksual di negara kita adalah diperlakukan oleh orang yang dikenali mangsa sendiri – bapa di tangga pertama, diikuti oleh bapa tiri, dan lain-lain. Ini fakta dari laporan PDRM sendiri. Bukan reka-reka.

Ajarkan dan amalkan dalam keluarga yang rahsia adalah bahaya. Lebih banyak mudarat dari manfaat. Iyelah, kalau tak buat salah, kenapa perlu sorok kan? Drill kan dalam jiwa anak-anak untuk segera beritahu sesiapa di dalam rangkaian selamat tadi sekiranya ada orang yang menyuruh mereka merahsiakan sesuatu, khasnya jika rahsia itu buat mereka rasa bersalah, risau, sedih, atau tidak gembira.

Dah ajar tentang nama tubuh badan, pastikan mereka tahu apa kawasan yang dikatakan sulit atau peribadi dan hanya boleh dilihat/ dipegang oleh mereka atau orang lain dengan kebenaran (seperti pemeriksaan doktor .. yang berteman ahli keluarga atau chaperone). Kawasan peribadi khasnya bibir, dada, alat kemaluan dan dubur. Sebarang perlakuan memaksa untuk menyentuh, melihat atau mencium kawasan ini adalah salah dan perkasakan anak-anak untuk beritahu. Pastikan juga anak-anak tahu yang mereka ada hak dan boleh berkata TIDAK atau BERHENTI kepada mana-mana perlakuan sebegini yang tidak disukai oleh dirinya atau membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Jangan lupa, ajarkan mereka tentang perasaan. Berikan nama dan erti pada perasaan mereka seperti marah, sedih, gembira, letih, dan sebagainya. Ini akan memudahkan lagi urusan mereka untuk beritahu jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selain dari itu, ajarkan apa situasi yang selamat dan apa yang tidak selamat untuk mereka. Contoh situasi selamat adalah melihat televisyen di ruang tamu bersama ahli keluarga. Situasi tidak selamat seperti dibawa masuk ke bilik bertutup dan disuruh senyap, atau ditolak ke katil dengan kasar dan sebagainya.

Mereka juga perlu tahu apa tanda-tanda amaran awal keadaan tidak selamat. Contohnya seperti sakit perut, jantung berdebar, berpeluh-peluh satu badan atau pun tangan basah berpeluh. Sebarang keadaan yang menyebabkan keadaan ini adalah tidak selamat dan mereka boleh beritahu orang dewasa (dalam rangkaian selamat tadi) untuk tindakan seterusnya.

Sentiasa beri penekanan yang anda akan percaya pada mereka dan mereka boleh beritahu apa jua perkara pada mereka. Kepercayaan jika musnah amat sukar untuk dibina kembali tau!

Saya selitkan sekali rumusan dalam versi infografik. Mohon sebarkan dan tambah sebarang maklumat lain andai saya tertinggal. Jom kita ambil peduli!! Hentikan jenayah seksual kanak-kanak!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s