Bayi selsema dan berhingus? Ketahui warna hingus anak anda dan makna disebaliknya.

Biasa tak anak-anak kita paginya elok, balik dari taska atau rumah pengasuh tiba-tiba selsema dan berhingus. Meleleh-leleh keluarnya. Haa.. ini lagi satu cecair badan yang boleh beri banyak klu pada kita selaku ibu bapa. Klu penting untuk membantu para ibu bapa membuat keputusan bilakah waktu sebaiknya untuk membawa anak berjumpa dengan doktor, dan langkah-langkah lain yang sepatutnya. Apa sekalipun, jika selsema turut beserta dengan demam, anak kurang cergas atau tidak mahu makan/minum, biarpun hingusnya putih, anda perlu segera ke hospital ya! Khasnya jika anak anda masih kecil (umur 3 bulan ke bawah). Bayi yang masih kecil ni, biarpun selsema sikit saja, boleh mengganggu pernafasannya kerana bayi ni obligatory nasal breather! Bermaksud bayi hanya boleh bernafas melalui hidung. Mereka tak pandai nak buka dan bernafas melalui mulut macam kita sekiranya hidung mereka tersumbat!

Secara amnya, ada lima warna yang boleh kita jumpa. Kalau putih atau cerah lutsinar tu tak ada masalah. Pastikan anak cukup minum air dan kalau boleh berikan dia sumber pemakanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah limau atau oren. Bila dah tukar jadi warna kuning, perlu lebih berhati-hati. Pastikan ada ubat demam standby di rumah atau bersama pengasuh dan berikan penekanan pada keadaan hidrasi anak. Jika berlanjutan selama 2 minggu atau lebih, biarpun anak tak demam, bawalah berjumpa doktor untuk siasatan lanjut.

Jika warna hingus anak bertukar kepada warna hijau pula, jangan risau andai ia hanya pada awal pagi atau sekejap-sekejap. Perlu risau jika ia berterusan sepanjang hari, atau jadi likat (pekat) di dalam hidung sehingga mengganggu anak bernafas. Andai ada warna merah/ oren/ coklat, besar kemungkinan kulit sebelah dalam hidung anak anda sudah terlalu kering sehingga luka dan berdarah. Darah sikit-sikit masih ok. Yang perlu bertindak cepat sekiranya darah mengalir berterusan/ banyak ataupun bilangannya sedikit tapi berulang sehingga beberapa hari.

“anak saya hingus dia warna kelabu lah doktor… macam mana ni?” 

Haa.. yang ini tandanya anak anda berada di kawasan yang udaranya tercemar, penuh dengan partikel udara yang tak sepatutnya seperti asap rokok, habuk-habuk atau debu kekotoran. Cepat-cepat bersihkan rumah ye! Dan kalau ada yang merokok, mohon sekurang-kurangnya bukan di dalam rumah atau jangan pegang anak terus selepas merokok. Asap rokok boleh melekat pada baju dan asap second hand ni sama teruknya seperti menghembus asap rokok di depan anak-anak!

Semoga ilmu pendek ini bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana! warna hingus bayi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s