Lampin dan najis bayi. Klu penting untuk para ibu bapa.

*disclaimer: Jika anda jenis yang cepat geli dan sedang makan, baca at your own risk ye* 

Suatu ketika dahulu, tak pernah terlintas di kepala saya kena teliti berkenaan isu najis-najis ni. Iyelah, asal keluar cukup lah kan? Bila dah menyandang gelaran doktor ni, adakalanya soalan penting yang perlu ditanya adalah warna dan rupa najis. Tambah-tambah bila dah jadi ibu ni, lagi lah kena teliti soal-soal najis ni! Apa taknya, dalam sehari hampir empat lima kali anak buang air besar (itu normal ye). Bila anak berak cair, kita risau. Bila anak tak berak pun kita risau. Keluar warna bukan-bukan? Lagi la kita risau!

” Eeeee.. gelilah.. mana lah tengok benda-benda ni semua..”

” Penting ke? Saya rasa anak sihat je..”

” Alaaa.. warna merah menyala tu sebab cili doktor.. anak saya makan banyak semalam..”

Ini antara ayat-ayat yang biasa saya dengar. Ada banyak klu penting yang kita boleh dapat dari najis tau, hatta untuk anak mahupun ibu bapa. Cuma kali ini, saya fokuskan pada anak-anak. Secara amnya, bila anak anda berak warna hitam, merah atau putih pucat, ini yang perlu kita risaukan.

  • Bila warna hitam tu, kita risau anak ada pendarahan di dalam saluran pemakanannya (selalunya bahagian atas dan darah itu tertelan dan berada lama di dalam usus kecil atau usus besar, menjadikan warna merah itu bertukar menjadi hitam). najis hitam normal bagi bayi yang baru lahir disebabkan oleh meconium (normal dari baru lahir hingga umur bayi 3 hari).
  • Najis warna merah pula kita risaukan pendarahan baru (fresh blood) yang mungkin berlaku di bahagian usus besar ataupun dubur anak anda. Boleh jadi juga puting ibu luka dan darahnya anak tertelan, tapi kalau darah bercampur najis dalam kuantiti yang banyak… cepat cepat bawa jumpa doktor ya!
  • Najis warna putih pucat pun risau juga! Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun kegagalan fungsi hati yang tidak dapat memproses hempedu.

Jadi, macam mana pula dengan sembelit? Kalau anak nampak meneran sewaktu cuba untuk buang air besar tapi najis lembut… itu bukan sembelit ya. Itu disebabkan bayi tidak pandai menggunakan fungsi otot sphincter di bahagian dubur (rectum) untuk mengeluarkan najis. Bayi pun tak berapa pandai nak gunakan daya graviti macam kita..  Yang dikatakan sembelit tu adalah najis yang dikeluarkan keras dan berketul-ketul.. macam najis kambing contohnya. Haa.. itu baru betul sembelit! Besar kemungkinan, disebabkan anak kurang air dalam badan.

Semoga ilmu ringkas ini berguna untuk para ibu bapa di luar sana!

cuddlecareblog.com

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s