9 Tips berkesan didik anak suka membaca

Antara salah satu kemahiran dalam hidup yang penting untuk para ibu bapa sediakan adalah pendidikan. Dengan pendidikan, insyaAllah anak kecil itu terjamin hidupnya. Bukan bilangan A yang dikejar, tapi pemahaman dan aplikasi dalam kehidupan. Tapi.. sebelum nak belajar itu ini, si kecil kena mahir membaca dulu! Baru mudah nak ke depan! Jadi, bagaimana nak ‘pikat’ anak minat membaca? Dan pastikan minat itu terus subur dan menyegar?

1. Semaikan sejak anak di dalam kandungan lagi. 

Ibu – ibu kena rajin bercakap, bercerita, bersembang dengan anak hatta masih di dalam kandungan. Nak didik anak jadi hafiz quran, mulakan dari awal! Nak anak jadi peguam, guru, doktor, ini lah masanya. Sains membuktikan anak di dalam kandungan respons kepada persekitaran luarannya terutamanya pada suara ibu dan bapanya. Maka, dengarkan yang baik-baik saja.

2. Biasakan anak dengan buku sejak kecil. 

Kecil ni as in umur sebulan dua pun ok. Biar kelibat buku tu bukan benda yang asing baginya. Of course, buku kena lah sesuai dengan umur anak. Bila anak suka menggigit, pastikan buku jenis kain yang lembut dan bersih. Bila mata anak baru nak kenal warna, belikan buku bergambar hitam dan putih untuk belajar contrast dulu, kemudian baru beli yang berwana-warni. Macam anak saya Adam, mula-mula dia jeling-jeling je, lepas tu nak pegang, then gigit, koyak dan akhirnya sekarang (umur setahun) baru lah nak pegang dan flip muka surat satu-satu sambil babble around (membaca gaya dia).

3. Sediakan ruang membaca (reading corner/ reading nook) di rumah yang SENANG DIAKSES oleh anak.  

Ini penting. Sepertimana dalam rumah ada ruang khas untuk tidur, mandi, tengok tv dan sebagainya.. perlu ada ruang khas untuk membaca juga. Tak perlu sampai library, reading corner pun dah cukup. Tapi, janganlah letak di bucu yang kucing pun tak nak pergi. Atau lebih teruk lagi, bilik bacaan cantik bak bilik puteri raja tapi pintunya asyik bertutup/ berkunci. Alasannya tak nak bagi bersepah.. Key point is.. it must be easily accessible by everybody in the house, especially your kids! 

4. Ibu bapa jadi contoh. 

Jangan mimpi nak anak rajin membaca andai kata kita sendiri pun malas pegang buku (baca online tak kira ye). Dengan budak-budak ni, mereka ni macam spongue, absorb semua benda yang mereka nampak. Apatah lagi kalau itu kita yang buat.

5. Layan anak bila mereka suka bertanya

Anak-anak yang sedang membesar, segala benda adalah menarik baginya. Jadi, mereka akan banyak bertanya.

Kenapa rama-rama boleh terbang?

Mana datangnya berudu?

Gajah makan apa?

dan macam-macam lagi.

Ya saya faham.. soalan budak-budak ni adakalanya tak ada penghujung. Letih juga nak menjawabnya. Saya pernah layan anak sedara bertanya sampai sejam lebih! Berhenti pun sebab maknya yang tegur.. dia tak larat nak dengar. Budaya bertanya ni bagus. Itu tanda minda anak berkembang dan mereka bersemangat nak tahu. Jangan dimatikan minat mereka tu dengan perangai kita yang marah-marah, acuh tak acuh ataupun suam-suam kuku layan anak bertanya. Kalau ada soalan yang kita pun tak tahu jawapannya, elakkan jawab tak tahu. Sebaliknya cadangkan untuk sama-sama cari jawapan dengan membaca. Kan bagus begitu..

6. Bawa anak pilih sendiri buku apa yang mereka nak beli dan baca. 

Ni saya selalu buat dengan adik-adik saya. Bawa pergi Popular Book Store, MPH, Big Bad Wolf, jualan buku second hand, dan banyak tempat lagi. Boleh juga jadikan sesi beli-belah buku ni sebagai reward. Jangan lokek keluarkan duit untuk beli buku cerita anak-anak, bukan setakat buku belajar je tau! Anak tak minat buku yang banyak perkataan..? Buku bergambar ada. Buku pop-up pun ada. Pendek kata, tak ada alasan lah.

7. Rakam suara anak membaca dan bagi dia dengar semula. 

Ini taktik yang saya guna dengan adik-adik dulu. Ketegar sangat nak membaca! Jenuh berpujuk! Bila kita suntikkan elemen menyeronokkan sewaktu membaca (rakam suara dan dengar semula), sesi membaca jadi bonding session & playtime. Mereka tak stress dan siap ternanti-nanti bila lah nak baca buku lagi. Cara ini pun boleh buat mereka jadi lebih yakin diri. Tak percaya.. cubalah sendiri!

8. Bawa anak ke perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. 

Haa.. yang ni tips dia spesifik sikit. Yang ni pun saya dah cuba dengan adik-adik. Sebabnya, perpustakaan raja tun uda ni tak macam perpustakaan yang lain. Ia sangat mesra kanak-kanak dan ada banyak aktiviti menarik untuk tarik minat kanak-kanak. Bila selalu bawa anak ke sini, library becomes a fun world. Exciting place and full of magic! Sungguh tak tipu! Kawasan kanak-kanaknya luas, ada pelbagai sofa lembut dan tak berbucu tajam, dan anak-anak pun dibenarkan berlari dan bermain dengan gembira. Penat duduk di ruang membaca, ada panggung 3D (perlu bayar sikit) khas untuk kanak-kanak. Saya yang dewasa ni pun suka pergi sana.

9. Ulang dan ulang! 

Nak jadikan budaya hidup memang makan masa. Jangan cepat mengalah. Ulang dan ulang sampai berjaya!

Semoga berhasil!

79093938f833a6d5e1436808edcc96c1


3 thoughts on “9 Tips berkesan didik anak suka membaca

  1. ade org share — at least spend time dgn ank pling kurang 10 minit sehari mcm baby kita tunjuk kt dia ulang ulang.esok ulang lagi.same mcm kita panggil nama dia.hari2 panggil.sampai satu masa bila kita pnggil nama dia bgi respon.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s