Sawan tarik boleh berulang. Walaupun sawan tarik ni tidak berbahaya kepada anak anda (sekiranya berlaku tidak berterusan dan tidak melebihi 5 minit), tapi sebagai ibu bapa pastinya tak sampai hati kan tengok anak sawan? Oleh itu, langkah pencegahan AMAT penting.
- Peka pada suhu badan anak. Bila nampak anak merengek atau asyik meragam je, cepat-cepat periksa suhu badan. Kalau ada termometer sendiri di rumah, itu lebih bagus!
- Turunkan suhu badan dengan ubat demam (paracetamol). Pastikan beri ubat dengan dos yang betul dan beri mengikut masa yang ditetapkan.
- Jangan beri aspirin kerana ia boleh menyebabkan Reye Syndrome. Elakkan juga ubat jenis NSAIDs (Voren/Voltaren/Brofen) selagi punca demam tidak dikenalpasti melalui ujian darah. Andai kata anak terkena demam denggi berdarah, penggunaan ubat jenis NSAIDs ini akan menyebabkan pendarahan menjadi lebih teruk.
- Jerlum/tuam dengan air (suhu normal) pada kepala, leher, badan,dan celah ketiak. anak. Penggunaan air sejuk/air batu boleh menyebabkan penurunan suhu mendadak yang sebenarnya tidak elok bagi anak kecil.
- Pastikan status hidrasi (hydration status) anak tip top! – kekurangan air dalam badan terutamanya sewaktu cuaca panas boleh meningkatkan risiko anak demam dan terkena sawan tarik.
- Jangan pakaikan baju tebal sewaktu anak demam– petua pakai baju tebal bagi berpeluh tidak berkesan ke atas kanak-kanak, malah lebih memudaratkan.
- Cara perawatan alternatif seperti doa, botakkan kepala anak dan sebagainya anda boleh buat jika mahu. Namun, ia hanya langkah TAMBAHAN sahaja. Masih perlu rawat demam anak seperti biasa.