Ibu dan kepenatan- Jom ketahui kenapa status supermom tidak bagus untuk anda

Biasa tak kita tengok ibu kita dulu sentiasa tak duduk diam? Ada saja kerja dibuatnya. Kejap-kejap dia memasak, kemudian basuh baju, sambil-sambil tu sapu rumah, lipat baju. Sempat juga ibu tidurkan adik kita sekali. Baru nak berehat, adik bangun pula nak menyusu. Tak pun ayah balik dari kerja, bergegas pula ibu bangun buatkan air, sambut ayah di muka pintu. Kenangan ibu sebagai supermom… dan bila turn kita pula jadi ibu, kita pun aim nak jadi supermom.

Supermom ni adalah para ibu yang sentiasa sibuk. Dia mahu buat semuanya sendiri dan pada masa yang sama dia mahu jadi yang terbaik untuk SEMUA orang, sekaligus pada satu masa yang sama! Sangat susah untuk berkata tidak pada mereka yang memerlukan khidmat pertolongannya. Dirinya penuh dengan komitmen, satu demi satu, tiada titik penghujungnya.

Biar apapun sebabnya anda memilih jadi ‘supermom’ ini, anda menuju kepada kepenatan yang teramat! Dan ia sangat-sangat menjerat leher sendiri! Saya sedih bila membaca kisah seorang ibu yang mendera anaknya yang berumur 2 tahun sehingga meninggal dunia. Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, namun sebagai seorang ibu tunggal dan ada pula seorang lagi anak dewasa yang kurang sempurna akalnya, saya dapat bayangkan betapa penatnya dia menanggung semuanya seorang diri. Boleh jadi juga si ibu ini menderita kemurungan dek kesusahan hidup yang menghimpit dan tiada sokongan moral.

Saya tak suruh anda goyang kaki di rumah dan biarkan anak bergelimpangan ya.. jangan salah anggap. Ini peringatan untuk diri sendiri juga.

Jangan usaha untuk jadi ibu yang sempurna kerana kesempurnaan itu bukan milik kita. Usahalah jadi ibu yang terbaik untuk anak kita.

Macam mana nak bebaskan diri dari idealisme supermom ni?

  1. Lepaskan diri dari pemikiran yang anda boleh lakukan semuanya. Bila kita tak dapat buat sesuatu perkara tu, itu tidak bermaksud yang kita ni dah gagal sebagai ibu.
  2. Bersedia untuk meminta pertolongan apabila diperlukan. Ya, memang kita nak anak sihat, anak dapat makan yang sedap-sedap lagi berkhasiat, tapi jika disebabkan itu anda sampai mengabaikan kesihatan diri sendiri.. itu salah!
  3. Bersedia untuk membuat perubahan andai kata cara kita kita tak berjaya. Contohnya, kita dah set dalam kepala, anak lahir je, mesti nak beri susu badan sampai dua tahun. Jika ditakdirkan ada halangan menimpa dan segala cara yang boleh anda dah cuba tapi masih tak berjaya, tak ada salahnya anda bertukar pada susu botol atau pun cari ibu susu.

Jika nak anak gembira, ibu kena gembira dulu!

Anda ada pendapat lain? Jom komen membina!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s