Saya adalah antara yang ‘kurang’ bernasib baik. Susah sungguh nak kurangkan lebihan berat badan selepas bersalin. Anak dan setahun tapi badan masih tembam dan comel. Jika anda pun sama seperti saya, jangan risau. Jangan sedih-sedih.
Eh.. saya bukan nak jual ubat kurus ye. Bukan juga nak ceramah tak tentu hala.
Biar apa pun saiz kita, apa yang lebih penting adalah kesihatan kita. Kurus tak semestinya sihat, dan bersaiz XL bukan bererti anda pasti berpenyakit.
Nak dapatkan anak yang sihat dan keluarga yang bahagia, si ibu kena sihat dan gembira dahulu! Jom sama-sama kita fokus pada kecantikan dalaman di samping memperbaiki kesihatan badan secara keseluruhan. Pilih cara terbaik untuk diri sendiri — aerobik @yoga @mendaki gunung @dan lain-lain. Yang penting, perlu jaga pemakanan dan badan perlu aktif!