Biasa tak dengan situasi begini? Anda sibuk bekerja sepanjang hari mencari rezeki sehingga letih tak terkata. Hajat di hati macam-macam benda nak buat tapi penamatnya kecewa. Anak-anak ajak bermain tapi akhirnya terbiar kehampaan. . Hubungan dengan pasangan pun sampai jadi hambar.. Jangan ya! Kerja-kerja juga, jangan sampai keluarga terabai! Jadi, macam mana nak kekal ‘waras’ dan sihat memacu hidup selaku ibu bapa dan juga pekerja yang produktif?
1. Plan. plan. plan! Sila maksimakan penggunaan planner anda.
Bila dah buat sebarang rancangan, pastikan buat sehingga ke penghujungnya. Jangan ubah melainkan hal-hal kecemasan sahaja. Jangan lupa .. gagal merancang tu bermakna merancang untuk gagal.
2. Yang utama didahulukan, yang kurang penting dikemudiankan.
Yang ini kita biasa dengar tapi payah sungguh nak dibuat. Betul tak? Bila di rumah,amalkan family first and always. Simple kan?
3. Berani katakan TIDAK.
Bila dah ada perancangan dan cara hidup/kerja kita pun dah berfokus, akan ada banyak ‘godaan’ yang cuba mengganggu kosentrasi kita. Boleh jadi ia adalah kelip-kelipan mesej di telefon menyampaikan jemputan kawan makan-makan di mana-mana. Mungkin juga ia ‘arahan’ kerja yang mendesak perhatian anda tapi sebenarnya boleh dirunding dan diselesaikan pada waktu bekerja. Saya katakan ‘arahan’ kerana tak kira di mana pun anda bekerja, pasti kita akan jumpa orang atasan yang hidup matinya hanya kerja kerja kerja. Pendek kata tak faham bahasa. Pengalaman saya suatu ketika dahulu, asal hari minggu, nama saya saja yang oncall. Alasannya, saya single. Saya jawab semula..
“orang single ni tak ada keluarga ke? Tak perlu ziarah emak ayah?”
Kesimpulannya, selagi anda mengiyakan, selagi itulah anda tersungkur. LEARN TO SAY NO!
4. Lepaskan ideologi ‘perfectionism’ (kesempurnaan).
Ya kita cuba BUAT yang terbaik. Ya kita MAHUkan yang terbaik. Kalau boleh sentiasa dan di semua ketika. Cumanya kita kena sedar yang realitinya bukan begitu. Hidup ada turun naiknya. Ada kala kita berjaya ada kalanya tidak. Apatah lagi bila keluarga dah semakin bertambah, mana kan mungkin tak ada kurang sana sini. To err is human.
Yang sempurna hanya Dia, Allah Yang Satu!
Saya doakan semoga segala urusan kita dipermudahkan hendaknya.