Berpantang selepas bersalin, keperluan atau mitos semata-mata?

Biasa tak anda tengok ibu-ibu muda kendong bayi kecil pergi jalan-jalan di shopping mall atau pasar malam? Tak pun anda tengok ada ibu yang tali pusat anaknya tak tanggal pun lagi tapi dah pakai seluar jeans? Kalau dulu, memang susah nak jumpa pemandangan macam ni. Tapi.. itu dulu. Sekarang lain! Jadi… berpantang ni perlu ke tidak?

“alaaa… Lecehlah.. nak makan itu tak boleh.. makan ini tak boleh!” 

“Ingatkan masa mengandung je kena jaga makan, lepas bersalin lagi teruk!” 

Tak bestlah terperap je kat rumah..” 

tak nak lah tepek itu tepek ini..”

Ini antara komen-komen yang kita biasa dengar. Bukan orang Melayu saja ye yang berpantang selepas bersalin ni.. Kaum-kaum lain pun pantang juga.. cara saja yang berbeza namun intipati berpantang tu tetap sama.

Selaku pengamal perubatan yang juga seorang ibu kepada seorang anak dan pelajar PhD sistem terbuka (bermaksud saya hanya boleh cuti bersalin 2 minggu sahaja T_T.), proses berpantang yang betul sangat-sangat bermanfaat untuk saya. Tuhan saja lah yang tahu betapa seksanya turun naik bangunan, jalan sana-sini sedangkan badan masih tak sihat dan hati pun sedih meninggalkan si kecil di rumah.

Bagi saya, berpantang ni ada keperluan dan kelebihannya:

  1. Berpantang memberi masa rehat pada badan si ibu yang keletihan selepas bersalin dan mengandungkan anak selama 9 bulan atau lebih. Lebih-lebih lagi jika semasa mengandung/ bersalin ada komplikasi atau banyak masalah.
  2. Berpantang memberi masa rahim dan salur peranakan anda pulih ke keadaan asal. Tidak luka dan berdarah sana-sini.
  3. Berpantang membantu si ibu membina hubungan lebih rapat dengan anak (bonding) dan meningkatkan penghasilan susu badan. Bila si ibu berehat sepenuhnya dan tak buat itu-ini, pastinya lebih banyak masa boleh fokus pada si kecil! Lagi kerap menyusu badan, lagi tinggi penghasilannya! 
  4. Berpantang memberikan ketenangan emosi pada si ibu lantas mengurangkan risiko mendapat kemurungan selepas bersalin.
  5. Berpantang sepatutnya menjadikan si suami dan si isteri lebih muafakat dalam hal penjagaan anak dan kesihatan badan si ibu itu sendiri. Bila si suami tengok isteri susah payah berbengkung, bertungku bagai dan menahan sakit bila diurut, sepatutnya si suami sedar akan tanggungjawabnya yang semakin bertambah dengan bertambahnya ahli baru. Pastikan si isteri makan vitamin, minum air yang mencukupi dan makan makanan berkhasiat. Ini baru betul!

Apa pun, nak pantang atau tidak, itu pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

Anda ada pendapat lain? Jom kongsi..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s