Hati ibu bapa mana yang tak gusar melihat pelbagai kes penderaan ke atas kanak-kanak berlaku di sana sini. Mengucap panjang sambil mengurut dada melihatnya. Namun, tak semuanya kelam, tak semuanya ribut.
Di taska ni mereka selalunya ada sistem, ada program untuk anak-anak kita. Perjalanan mereka teratur, khasnya berkenaan cuti. Taska selalunya cuti pada cuti umum sahaja. Jika perlu cuti lebih, mereka akan maklumkan lebih awal agar ibu bapa dapat membuat perancangan awal. Tugas mereka pun dah tentulah 100% sepenuh jiwa raga jaga anak kita; sebab itu lah bisnes sumber pendapatan mereka! Tak jaga baik-baik, pelanggan lari! Jadi, kita kenalah cari betul-betul..
Jom kita tengok tips-tips memilih taska TERBAIK untuk si manja anda..
- Cari taska yang berdaftar dengan KKM.
- Selidik kuota cikgu : bayi (maksimum boleh dijaga) . Lebih ramai cikgu, lebih bagus. Selalunya 1 cikgu: 3 bayi sahaja.
- Lokasi taska berdekatan dengan tempat kerja kita. Senang nak balik menyusu atau lari ke sana bila-bila perlu.
- Sesekali buatlah lawatan mengejut. Lihat sendiri bagaimana mereka layan anak kita dan anak-anak lain. Kalau lambat sangat buka pintu@ tak bagi kita masuk.. mesti ada buat sesuatu yang tak sepatutnya..
- Pihak taska yang ‘friendly’ dengan ibu bapa. Ada whatsapp group ke, cikgu rajin update keadaan anak (dengan gambar of course), ataupun ada sambutan hari raya/ hari keluarga. Itu tanda mereka komited nak jaga pelanggan!
- Pengusaha taska ada background pendidikan kanak-kanak.
- Taska mesra susu ibu — boleh menerima EBM dan tahu cara-cara mengendalikan susu perahan ni.
- Cikgu-cikgu taska sentiasa alert dengan keadaan anak anda. Pengalaman saya sendiri, cikgu Adam cepat je mesej/call inform jika anak saya Adam demam/tak sihat. Siap ada suhu badan lagi! Dan mereka beritahu apa langkah yang mereka dah ambil.. buka baju, jerlum anak dengan kain basah, etc. (ini bonus point paling besar untuk anda)
- Perhatikan reaksi anak-anak bila dihantar ke taska. Bagi masa penyesuaian lebih kurang 2-3 minggu. Kalau si kecil memanjang je menangis, tak nak bercakap, meraung-raung nak balik ataupun tak dapat ditenangkan biarpun anda dah lebih 5 minit tak nampak depan mata (menyorok tepi dinding lihat bagaimana reaksi anak dan bagaimana cara cikgu pujuk).. cepat-cepatlah tukar ke tempat lain.
- Perhatikan bagaimana hubungan anak kita apabila bersama dengan cikgu taska. Kanak-kanak ni tak pandai menipu, tak pandai bohong sunat. Kalau mereka tak suka, memang cepat mereka tunjukkan!
- Taska ada terima kunjungan dari pihak KKM dari semasa ke semasa- contohnya misi datang periksa gigi/ rekod vaksinasi anak, pegawai kesihatan datang periksa status kebersihan dan keselamatan taska.
- Taska terletak di kawasan yang selamat – perumahan (jiran taska rajin ada di rumah – mereka boleh kesan awal jika ada apa-apa masalah), dan taska mudah dilihat dan tidak terlindung dari luar.
- Lihat bagaimana pihak taska mengutamakan hal keselamatan anak-anak anda. Adakah pagar sentiasa ditutup dan berkunci? Ada CCTV tak? Ini penting kerana anak-anak sifatnya suka meneroka, bergerak aktif ke sana ke sini. . risau juga jika mereka keluar dan diculik orang yang tidak dikenali.
- Taska anda ada laluan kecemasan, tangga kecemasan dan juga alat pemadam kebakaran.
- Pengasuh gembira apabila melihat anak anda.
- Lihat bagaimana akhlak cikgu-cikgu taska berkenaan. Jaga aurat tak? Rajin senyum tak? Baik ke tak? …
- Cikgu taska turut sama membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan penjagaan anak. Sebagai contoh, dalam kes anak saya, mereka pun turut sama risau dan sama-sama cari jalan bagaimana nak beri Adam menyusu (Adam tak mahu menyusu botol). Sudahnya, tengah hari saya ‘lari’ balik menyusu badan dan pada waktu lain mereka tolong beri susu Adam dengan sudu. Leceh tapi itu saja langkah yang dapat dibuat.
- Anak anda nampak BERSIH, WANGI dan TERURUS. ♥♥♥
- Check kawasan tempat tidur anak sewaktu berada di taska. Jika tidur menggunakan tilam, lihat bagaimana keadaan tilam tersebut? Bersih? Ada bau-bau yang kurang enak tak?
- Sesekali perhatikan cara mereka tidurkan anak-anak di taska. Jika seragam dan kanak-kanak tidur nyenyak sangat sehingga tak terbangun langsung (beramai-ramai), risau juga kalau-kalau mereka ni diberikan ubat tidur. Adakah ada yang tidur dengan matanya ditutupkan kain? Ada risiko lemas di situ. Jadi, sila peka dan prihatin ye ibu-ibu.
- Tengok juga bagaimana susun atur perabot di taska. Sebaik-baiknya taska yang perabotnya tidak banyak, bucu-bucunya tidak tajam/dilindungi, dan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak khasnya peralatan tajam ataupun yang mengandungi ubat-ubatan.
- Hati kecil anda rasa TENANG bila meninggalkan anak kecil anda di situ. Percayalah pada gerak hati kecil anda selaku seorang ibu/ bapa.
Apa sekalipun, banyakkan berdoa pada Dia. Allah lah sebaik-baik Penjaga dan Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga jumpa taska yang terbaik untuk anak anda!
One thought on “22 Tips memilih taska TERBAIK untuk si comel anda.”