Ini adalah dilema terbesar para ibu bapa zaman sekarang. Nak hantar taska atau pengasuh atau jaga sendiri?? Tersalah pilih merana dibuatnya! Dek kerana kekangan kewangan, keperluan membayar hutang, dan keadaan semasa ekonomi yang tidak berapa stabil sekarang, para ibu bapa tiada pilihan melainkan keduanya keluar berkerja mencari rezeki. Malah, ada yang terpaksa meninggalkan anak dari seawal usia dua minggu! Allah sajalah yang tahu betapa robeknya hati si ibu meninggalkan si kecil (pengalaman diri sendiri T_T).
Bagi yang berkemampuan menjaga sendiri @ dijaga keluarga terdekat, alhamdulillah! Jaga anak baik-baik! Bagi yang tidak, jom kita sama-sama teliti pros & con pilihan yang ada.
Tepuk dada tanya selera. Apa sekalipun, ingat ya.. jangan lupa bertawakal kepada Allah & pohon padanya. Biar Allah yang menjaga anak kita biar di mana pun kita berada. InsyaAllah dijamin selamat lagi bahagia!!