Konsep 3E

 

Dalam hal nak menjaga dan melayan anak kecil (toddler) yang baru nak mengenal dunia, semat siap-siap dalam kepala konsep 3E ni. Supaya kita tak cepat mengeluh bila anak menguji kesabaran, dan tak cepat melatah bila anak buat hal.

Apa 3E ni? Jeng jeng jeng! Experiment, explore and experience. 

Tiga baris keramat yang menjelaskan segala-galanya.

3E-page-001 Disebabkan 3E ni lah:

  • anak-anak suka buat sesuatu berulang-ulang. Mereka belajar dari pengalaman!
  • mereka suka memanjat, melompat, membaling barang dan sebagainya.
  • lagi ditegah lagi dibuat. Bukan apa.. mereka sebenarnya sedang cuba perhatikan sejauh mana mereka boleh ‘push limit’ emak dan ayah dalam menerima kelakuan mereka.
  • anak kecil membesar dan matang keupayaannya di depan mata.
  • mereka belajar menjadi lebih berani dan berdikari
  • mereka belajar apa yang boleh dan apa yang tidak. (bila panjat, terjatuh dan sakit kerana lutut luka contohnya.. jadi si kecil tahu yang untuk elak sakit kena panjat dengan cara yang lebih seimbang contohnya atau jangan panjat lagi jika tak mahu jatuh dan rasa sakit)

Pendek kata, bila anak ke hulu ke hilir buat macam-macam, itu NORMAL!

itu tandanya sel otak sedang berhubung dan berkembang!

So parents, let’s keep calm and let them play! (with supervision of course) 

 

 

sekali marah, 5 kali sayang!

biasa kan emak ayah bila penat terlepas marah kat anak.
lepas tu rasa bersalah.

nak ulang balik masa tak boleh..
jadi nak buat macam mana ye?

SEKALI MARAH, LIMA KALI SAYANG. 
ingat mantra ni.
bagi setiap kali anda buat anak sedih, untuk ‘padamkan’ rasa sedih mereka tu.. anda kena bagi 5 kali rasa positif pada anak.

sayang-page-001

Peluk anak kuat-kuat ke.
Sebut mak sayang ke.
Masak makanan yang anak suka ke.
Baca buku kegemaran anak ke.
Atau turun bermain di lantai bersama anak. Lutut ke lutut. Dahi ke dahi.

Ini bukan main petik tau.
Ini hasil dari kajian saintifik.

#MendidikDenganIlmu
#CuddleCare
#KeluargaBahagia

Bila anak muntah

Rasanya semua yang biasa deal dengan budak-budak mesti pernah merasa baju/ seluar dia kena muntah budak. Betul tak? Muntah adalah salah satu daripada tanda-tanda penyakit yang biasa terkena pada kanak-kanak. Kena demam biasa pun muntah, terlebih makan pun muntah, menangis beria pun boleh muntah juga! Kira biasa la tu kan?

Disebabkan muntah di kalangan kanak-kanak ni sering berlaku, adakalanya kita jadi leka. Kurang prihatin sehinggalah anak jadi teruk tak bermaya. Jangan ye ibu bapa sekalian.. jom kita tengok apa tanda-tanda amaran bila anak muntah:

1.Anak muntah-muntah melebihi 24 jam 

Bawa anak untuk diperiksa doktor. Punca sebenar kenapa anak anda muntah perlu dicari dan diketahui. Takut sebenarnya masalah kecemasan yang menyebabkan anak anda muntah-muntah. Terlambat nanti menyesal tak sudah!

2. Bayi di bawah umur 3 bulan dan muntah diiringi demam. 

Ohoi! Ini tanda bahaya. Cepat-cepat cari kunci kereta dan bergegas ke kecemasan. Tapi! Muak susu tak sama dengan muntah ye. Muak susu biasanya keluar dengan senang, tak memerlukan tenaga/kerja keras dari anak dan anak pun tak meragam. Bila muntah, bayi selalunya cranky, menangis je sebab tak selesa dan muntah pun keluar dengan penuh tenaga (forcefully). 

3. Bayi nampak seperti kurang/ ketiadaan air dalam badan (dehydrated). 

Macam mana nak tahu? Perhatikan tanda-tanda  ini:

  • Air kencing sangat pekat dan sedikit atau TIADA pampers basah dalam tempoh 6-8 jam

  • kulit bibir atau lidah anak nampak kering

  • bagi bayi yang berumur lebih satu bulan, mereka menangis tetapi TIADA air mata (bayi di bawah umur satu bulan adakalanya kelenjar air mata mereka masih tidak cukup berkembang untuk menghasilkan air mata)

  • Fontanelle (bahagian yang lembut di kepala anak, juga dipanggil ubun-ubun) TENGGELAM ke bawah. Ubun-ubun ini adalah disebabkan pertumbuhan tulang kepala bayi yang normal dan biasanya ia sangat anjal bila dipegang. Ubun-ubun di bahagian belakang selalunya akan tertutup sewaktu anak berusia 6 minggu, manakala yang depan pula tertutup melewati umur 1 tahun hingga 18 bulan.

  • Anak nampak sangat letih dan tidak bermaya.

4. Anak nampak seperti dalam kesakitan yang teramat.

Dikhuatiri muntah itu adalah disebabkan saluran usus tersumbat/ masalah dalaman yang lain.

5. Muntah yang berterusan dan teruk (violent) selepas lebih kurang 1/2 jam selepas makan. 

Kita risaukan satu keadaan dipanggil pyloric stenosis di mana saluran otot menghala dari perut ke usus menjadi sangat tebal sehingga menghalang isi perut untuk keluar ke usus dan memaksa isi perut untuk keluar semula ke atas.

6. Muntah yang berwarna  hijau kekuningan (hempedu/ bile) atau berwarna kopi gelap/ bercampur darah yang banyak. 

7. Bahagian perut (abdomen) anak nampak membengkak, mengeras bila dipegang dan sakit. 

Dalam kes ini, dikhuatiri si kecil mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan.

8. Muntah berterusan/ banyak kali yang berlaku selepas anak anda terjatuh/ mengalami kecederaan pada kepala. 

 9. Mata putih/ muka anak kelihatan kuning (jaundice). 

Jika anak anda muntah-muntah dan mempunyai SALAH SATU ATAU LEBIH tanda-tanda di atas, segera pergi dan dapatkan nasihat doktor.

Jika tidak, jangan risau. Pastikan anak diberi air minuman yang cukup, berikan makanan yang lembut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap dan sendawakan anak selepas makan. Cuba tenangkan anak dengan sentuhan yang lembut serta pujuk anak untuk lebih banyak minum. Tapi! Jangan berikan sebarang ubat tahan muntah sesuka hati melainkan hanya dengan nasihat dan preskripsi dari doktor.

muntah

 

Semoga anak anda cepat sembuh dan anda pun kuat serta sabar melayan anak yang tidak berapa sihat.

Semoga sekelumit ilmu ini membawa manfaat untuk kita semua!